Monday, August 15, 2016

Pengalaman banjir 2014 kami

*N3 tertangguh~lama peram kat draf~~

Lama menyepi..

Banyak yang berlaku semenjak2 ni.. paling mengesankan - BANJIR

Kami sekeluarga juga mangsa banjir di Kelate. Namun apa yg kami alami mungkin hanya sekecil2 ujian dan sipi-sipi dari musibah yang dialami oleh orang lain. Mendengar cerita, melihat video dan gambar2 pasca banjir di sekitar Kelantan terutama kawasan Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah. Tiada sebab untuk kami bersungut merungut atas kerugian yang dialami, apatah lagi tidak menadah tangan mengucap syukur pada yang Maha Berkuasa atas apa yang terselamat dari kami.

***

Hujan dan angin kuat dah berlarutan dalam seminggu dua. Bila malam. Tidur kami tak lena mendengar deruan angin dan auman ribut yang luarbiasa di luar. Siang. Hujan turun lebat tiada tanda mahu berhenti. Langit mendung seolah matahari sedang merajuk. Suasana terasa syahdu..

Berita air dah mula naik dah mula meluas di tv & fb. Kami di Kota Bharu especially di taman rumah kami, kurang terasa kekalutannya sebab kawasan sini memang x pernah naik air. Katanya last masa banjir besar tahun 2004 adala naik sikit, tapi tak la sampai masuk dalam rumah. So kami pun beragak2 banjir kali ni pasti x setinggi 2004, so memasing wat lek lek je.

Kota Bharu berpesta lagi. tiap2 tahun mmg macam nila. Rumah tempat saya dibesarkan dulu adalah di kawasan pinggir sungai kelantan (dekat tambatan diraja), waktu2 macam ni memang suasana sibuk. Ore kelate nak gi 'tengok air'. Tahun ni, sekali lagi kami merasa 'kemeriahan' itu. Kami pun ikut sekali tukang menyibuk n buat jem, 'tengok air' juga.


khamis 18/12
waktu ni air dah besar di sungai kelantan


hari2 next selepas ni, area tambatan diraja tu dah pack
jammed
kami pun dah x jengah lagi
malas nak buat tumpang sesak


Selasa 23/12/2014
Pantai Irama Bachok

tengok ombak tu
menakutkan

kami pun tak berlama-lama kat sini
gerun

Berita pasal banjir di Kelantan dah mula bertali arus dalam media sosial
ada yg betul, ada yg x berapa nak betul
ada yang diperbesar2 kan

pelik juga bilamana org dok update suasana yg dahsyat2 tentang keadaan di sini 
sedangkan kami yang tinggal di sini 
especially keadaan di kota bharu ni
dalam 22hb-24hb tu keadaan masih terkawal
tapi bila di media sosial orang dok sebarkan gambar2 yg tak betul 
especially gambar banjir tahun 2004
yg peliknya tukang update keadaan banjir di kelantan ni 
org yg x duduk di sini pun
update dari kl la, selangor la
hairan juga tu

pastu
keluar berita ni kat fb

memula kami mcm gelak2
rasa mcm - takkan la kan sampai mcm ni..
banjir tu banjir la, tapi tak la sampai tenggelam

masa tu

kitorang rasa macam tu......

.
.
.

Malam tu kami continue dok follow updates pasal banjir kat fb
area Kuala Krai, Gua Musang dah teruk masa ni

Kota Bharu dah start org update air dah mula nak masuk bandar
hujan tak kuat sangat masa ni
tapi angin ribut memang menakutkan

Esoknya
24/12/2014

Pepagi ajak husband g 'tengok air'

bebudak 2 org ni agak 'darat-s' (jakun) sikit
x penah tgk air banjir

ni jalan menghala ke rumah tokngah diorang (pakcik saya)
terkejut bebudak ni tgk jalan ke rumah tokngah tenggelam camni

sibuk dok tanya "umah tongah tenggelam ke umi?"

saja je saya menyakat kata 
a ah tenggelam
pastu memasing nak nangis

"habisla mainan kita yg kat umah tongahh.."

(kat umah tokngah mmg mainan diorg penuh rumah, tokngah rajin membeli)

hmm
mainan yang dirisaukannya
ingatkan risaukan tokngah
@-@

***
Air dah makin naik di merata-riti
Kami duduk dalam rumah dah mula rasa bahang kekalutan
dengan trafik luarbiasa di depan rumah
bunyi siren ambulans, siren polis 
bunyi helikopter dari udara

kami masih bersangka baik

mmg akan banjir, tapi tak sampai kottt rumah kita
itu cakap2 saya n hubby

petang tu, g tengok air sekali lagi di lokasi sama macam pagi tadi
ok, 
mmg air naik cepatt
tempat husna n wafiq berdiri pagi tadi dah tenggelam sepenuhnya
billboard yg kat belakang tu dah separuh tenggelam

balik tu plan nak singgah pasaraya beli pampers naqib
x sempat masuk lagi tgk kaunter bertindan2 org nak membayar
masing2 dengan troli berisi barang makanan asas - sardin, telur, beras

ok
masa ni x rasa pape lagi

tapi x jadi masuk pasaraya


on the way nak balik
tgk kat pinggir jalan kereta dah mula bersusun 
org dah start park kereta kat tempat yg tinggi

mini market penuh orang
n benda yg mula buat kitorg rasa cuak, stesen minyak dah mula bersusun kereta

tetiba teringat dokumentari pasal Doomsday kat cenel discovery

terus tanya paling kat husband n tanya

"abang sedar tak kekalutan yg sedang berlaku ni...?"

husband saya terus angguk2
muka dah nampak cuak dah

"abang hantar syg n anak2 balik rumah dulu la, nanti pas maghrib keluar balik nak isi minyak.. syg start la mengemas apa yg patut.."

ok
cuak kot husband dah cakap mcm tu

Masa ni kat whatsapp n facebook dah macam2 gambar naik kan

Antara yang gerunnn nak tgk gambar ni

Simen memanjang tu benteng di sepanjang sungai kelantan
Bayangan benteng tu pecah x leh hilang dari fikiran masa ni
Gerun

Berbalik pada malam tu

Husband saya tinggalkan kami 4 beranak di rumah
Pergi isi minyak kereta n cari lilin
Kami kena berjaga2 takut blackout malam ni

Suasana di luar masih hiruk pikuk
Bunyi kereta.bunyi helikopter

Sekejap lepas tu hb saya balik
Berjaya isi minyak kereta
Tapi lilin habis..segenap kedai area rumah

Ok. This is getting serious now
Nampaknya semua org dah dalam keadaan berjaga2

Malam tu kami berkemas apa yg patut 
Dalam hati doa malam ni berlalu tanpa ada apa2 kejadian x diingini

***

Sambung next post

No comments:

Post a Comment