Tuesday, February 10, 2015

Quick Update

Update lilypie je..

smlm tanya husband, 'naqib dah cukup 100 hari ke belum ek?'

'kan ke ada dalam blog?'

Maksudnya lilypie la tu..

Bila scroll ke bawah, dah outdated rupanya..

rasa macam baru je update ari tu.. tapi tu lah..anak ramai kan.. Ada baby baru, kena update lagi..hehe ;)



Bagus juga ada mendalah tu, leh tau dgn betul (taklah spesifik) umur anak, masa nak isi borang ke apa senang.. hihi

Sebenarnya tujuan tanya tu sbb terliur nak minum air kelapa, coconut shake, aiskrim kelapa.. Fenomena kelapa betul di kota bharu sekarang ni..hihi..

Still kena kira manual, umur naqib ari ni  27+31+31+10=99

eh, apesal x cukup 100 hari lagi..huhu

 k bai

Thursday, February 5, 2015

hashtag #bilahusnamasukdapur

***ni entri lama yang terkandas. so pls bear with cerita2 yg ada dah jadi sejarah pun.. n rupa husna yg masih baby2 lagi.. pic lama ;)

makanan2 dlm ni dah basi .. tapi resipi x basi la..

jom layan pic berhashtag #bilahusnamasukdapur dalam instag saya..

ekceli tiru hashtag fynn jamal #bilakokpinglapar .. hehe

btw, only simple recipe here.. saya bukan reti sgt masak..hihi.. cuma suka2 main masak2 dgn anak dara yg tgh curious nak blaja tu..

(",)

Anak dara saya ni mmg suka tolong umi kat dapur, kalau masak x panggil dia nanti dia nangis..
kekadang geram juga kalau time nak cepat, nak buat air secawan pun dia sibuk nak take part jugak..

rajin anak umi ni, moga rajin sampai besarla ye
UstazAzharIdrus kata, tak pandai masak takpe, tapi rajin masak.. ;p

*saya akan letakkan resipi kat tiap pic, tapi x yah ikut sgtla, saya hentam keromo je ikut sesedap lidah sendiri.. ;)

ROTI JALA ABAH MENGIDAM
abah request nak makan
since time ni umi dah lebih due nak meletup dah (masa ni peknen Hadif)
takut dah bersalin, lambat pulak boleh buat
nasib anak umi tolong ;)

RESIPI ROTI JALA
Tepung gandum
Telur 2 biji
Marjerin/minyak
Air
Sedikit pewarna kuning

Bancuh adunan
kisar bagi adunan halus
try test lepas x masuk corong acuan tu, klu tersekat2, tambah air lg
pastu kirai je la
;) 


ini sesaja nak test cecorong baru tu
resipi masih sama
cuma buat 2 3 adunan utk warna lain2
klu nak warna pelangi buatla 7 adunan
giteww


******

MINI BEGER TELANJ****
Haa..bukan nasi lemak je telanj****, beger punn
(if u can recall - kes chef wan kondem nasi lemak MAS ;p)

ni kalau mat salleh tgk confirm hangin jugak ni sbb merosakkan imej burger
lol
;p

RESEPI MINI BURGER
Roti keping
Daging burger
Keju
Sedikit marjerin

sayur mayur 
(dlm pic tu sy x letak sbb xde stok masa tu~sbb tu dah jadi telanj***)

Mulakan proses tekap menekap
(anak2 seronok wat aktiviti ni ;))

Goreng daging n bakar sikit roti
tindan2 la sesuka ati
kalau nak wat tinggi2 boleh cucuk lidi

(",)


*****


PUDING ROTI LEB LEB
puding roti ni terhasil dari roti lebihan tekap menekap masa buat mini beger
jgn membazir, dari reja roti pun hasilkan makanan yg sedapp
dan dari bekas kek choc moist anis pun boleh hasilkan bentuk makanan yg comei

;)

RESIPI PUDING ROTI
Roti
Telur
Susu cair
Pewarna ikut suka

Kacau telur + susu
Masukkan roti
Lenyek2 kan
Bahagi-bahagi adunan ke dalam bekas2 utk dicampurkan warna
pastu masukkan dalam acuan selang seli guna sudu

Kukus

nak bakar pon boleyy

(",)


*******


MAKARONI CHEESE TERNAK LEMAK

ini pun abah request
since kami ini pjj 
(updated - sekarang tak dah..ngeee)
masa bersama adalah sgt limited
so makaroni ini terhasil selepas umi bersengkang mata memasak di malam2 hari
lepas masak, pukul 12malam terus makan
elokla ternak lemak semasa tidur lepas tu
asal bahagia
;)

RESIPI MAKARONI CHEESE

Makaroni 
(separuh plastik)
Daging 
(nak guna daging kisar boleh tapi klu nak lagi sedap guna daging segar kisar sendiri)
susu cair 1 tin
bawang besar Holland 1 biji
serbuk kari 1 peket
mozarella cheese
telur 5 biji

Cara membuatnya

Celur makaroni -letak minyak sikit- tos

Tumis bawang 
masuk daging
masuk serbuk kari
masuk susu cair
kacau
biar menggelegak sekejap

dalam bekas lain
pukul telur
masuk makaroni
masuk cheese
masuk bahan tumisan 

masukkan bahan tumisan tadi
gaul rata

masuk dalam acuan - sukati nak acuan cmn
atau masuk terus dalam pemanggang ajaib
tabur cheese 

bakar

nyumss
ni antara menu faveret nak buat n faveret nak makan
x jemu buat n x jemu makan
x payah la nak diet sgt

oh ya..people get annoyed when i'm talking about diet
sbb semua org kata 'mu kurus doh la...x payah nak koya diet sgt..'

diet bukan sekadar utk kurus
sekadar memantau apa yg kita makan
asyik makan yg berlemak saja pun x elok juga
walaupun mmg badan kita jenis x naik

tapi kan
org kurus ni ada juga timbunan2 lemak tu
klu saya masalah di perut
baby bump sgt
n juga
masalah biji kolesterol di area mata

ari tu g buang RM5 sebiji dia cas
boleh tahannn
dahla sakitt
@-@


*****


ROTI ISLAND SUPREME


another faveret menu semua org
especially husna

pepagi nak buat b1st sblum g sekolah pun sempat lagi
leset2 tabur2 siap2
simpan dalam peti ala frozen food
esok pepagi bakar je


pas umi buat ni dia dah x pandang pizza hut dah
serius
kitorg klu g pizza hut mesti order island supreme
lepas makan ni, pastu g makan kat pizza hut
husna siap kata, x nak yg ni, nak yg umi buat
see
kembang semangkuk maknya
^_^

yela bila buat sendiri boleh letak ramuan sepuas hati
letak tuna tebal2
crabstick pepenuh smpai x nmpak roti
tabur cheese sambil pejam mata
xde org nak marah
hehe

ok2
jom tgk resepi

Bahan2
Roti sandwich 
(sebenarnya lagi better klu roti bun besar tu pastu potong sendiri-kasi tebal sikit)
Tuna 1 tin
(tuna kosong yg dalam air @ minyak)
Crabstick - potong2
Nenas dalam tin - potong2
Bawang Holland - potong2
Mozarella cheese
Sos Thousand Island
Mayonis 

Cara buat

Gaulkan tuna+bawang+mayonis sikit

Sapu sos thousand island kat roti - sapu tebal sikit
letak adunan tuna tadi (adunan?)

tabur crabstick
nenas 

suruhla anak dara yg tgh curious nak blaja masak tu buat kerja tabur menabur ni
hehe

pastu tabur cheese
bakarrr

as usual
my bff pemanggang ajaib
klu xde pemanggang ajaib rasanya x la berapa rajin sgt nk masak benda2 bakar2 ni
hehe

api tu jgn besar
nnt cepat hangit

makan panas2
bertali2 cheese tu bila tarik nanti
sebijik macam iklan pizza hut

bebudak suka menu ni

happy trying 
(",)


*****

NUGET TOFU n TUNA


I am the victim of sugar n salt craving
bila datang rasa nak makan tu memang meluap2 n like i said b4 - spesifik

this is a menu to satisfy my wild cravings..hihi

Nuget tofu n tuna

ini lagi satu - sedappppp sgt
serius

bukan nak puji diri pandai masak
nak puji gabungan bahan dalam menu ni mmg mabeless

x semestinya kena ada bahan pelik2 n mahal2 utk dapatkan makanan yg sedap
yg murah dan mudah pun boleh je

;)

Tengok resipi jom

Tauhu telur / tofu 
Tuna
Telur - pukul
Sedikit Gandum
Serbuk kari
Bebawang
Cili padi
Perasa

simple kan bahan dia

cara buat

Penyek2 kan tauhu telur
Masukkan Tuna
Masukkan gandum sikit
bebawang + cili padi
perasa

Gaul rata

Cedok mcm buat cekodok
Golekkan atas tepung gandum
Celup telur

Goreng

pas angkat rasa nak terus masuk mulut je
sukati la kan
ngapla terus klu nak hilang deria rasa
hehe

Cubalah

recommended

(",)

****

Ok, dah penat memasak bersama husna?
last dah yg ni
confirm mabeles jugak

tagline masakan saya semestinya
mudah, ringkas, mabeles (mabeles tu abang kepada sedap) dan guna pemanggang ajaib
eh?

;)

Ok last

AISKRIM SERAI
hihi
ekceli Ayam Serai
Husna yg cakap Aiskrim Serai

Sangat simple nak buat ni

Bahan2

Serai  
(belahkan sikit atau klu nak rasa serai yg kuat boleh ketuk)
Isi ayam
Sedikit kelapa parut
Bebawang - hiris
Cili padi - hiris
Hirisan serai 
Hirisan daun kari
Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Perasa

Cara buat

Kisar isi ayam

Campurkan semua bahan2 lain kecuali batang serai ke dalam kisaran ayam tu
gaul sebati

Boleh letak tepung gandum sikit utk bagi dia lagi melekat

Tepekkan atas batang serai macam dalam gambar tu

Bakar

Of kos la guna barang ajaib tu kan

ajaib sampai yg malas memasak pun tetiba rajin masak sbb ada benda ajaib ni
mmg ajaib
hihi

Oh ya 
masa bakar tu
api sederhana
tutup kejap utk bagi dia masak smpai ke dalam

pastu boleh bukak n besar kan sikit api utk bagi kesan garing tu

Nak makan mcm tu je pun boleh
makan dengan nasi pun boleh

Cuba lah ye

tgh makan nnt igt saya ye

hihi


Okla

tu je la rangkuman resipi2 lama

nnt klu rerajin
rajin masak
rajin mengarang
saya update lagi

Resipi2 lain boleh tgk kat label Main Masak2 kat tepi belah kanan blog ni

x banyak pun

i cook occasionally
time rajin je
hihi

bye

a mother of 4 now
^_^

Monday, February 2, 2015

Muffin Maggi

1st entry 2015

Itu pun dah masuk feb.. rajinnya update kann..hihi

Ekceli n3 yg berakhir hanya di draft mmg bersusun2... Karang3 sampai berjela2 last2 malas nak sudahkan..maka tersadailah ia di situ.. Masih hutang cerita pengalaman nak bersalin hari tu (anak dah besar pun x kira nk cite jugak) #blogakukauyangpanas ;p
n pengalaman banjir ari tu.. kami sekeluarga mangsa banjir tau..huhu.. :'/

Nantila ada masa (masa ada je, walaupun anak ramai, baby baikk je, kerja dia tido, makan, yak, sengih3)
yg penting nak kena ada mood.. Bila angin nak update tu datang, pukul 2 pagi pun sanggup lagi dok tahan mata dalam gelap sorang2 mengadap fon..hehe

ok, cukupla kata2 aluan pengerusi..

Sebagai memanaskan enjin, marila kita mengupdate n3 yang pendek sahaja.. supaya ia tidak mengalami nasib serupa dgn n3 lain yang dah terkandas.. ;D

***

Dah lama datang imaginasi nak buat ni. Craving saya memang spesifik, tu yg bila masak mmg ikut imaginasi gerak hati apa yg di craving kan tu la.. Macam masa BUAT NI

So kali ni rasa nak makan something yg lembut teksturnya, rasa telur yg mewah n rasa yg kick mcm rasa kari pedas dengan lelehan cheese....mmmmm...

So, i came out with this..


MUFFIN MAGGI


Gigih tau balik kerja main masak2.. Maksudnya main masak2 tu bereksperimen dgn resipi baru, kalau masak biasa2 yg nak buat dinner tu x kisah sgt, anak2 asal ada sup ayam atau telur kicap dah menambah2 dah makan..

Hmm..sapa kata jadi wanita bekerjaya x payah masak? hmm..
As for me, masak bukan benda yg saya kena dipaksa buat oleh sesiapa pun, my husband never force me to cook for him.. dia ok je makan apa pun, always happy tummy.. nak2 sekarang dia tgh diet kann..koh3 (sakit tekak pulak ;D)
Its something i am pleasured to do.. i think cooking is therapeutic.. (asalkan anak2 x berbelit di kaki masa sy tgh masak)
Masa dok potong2, susun2 bahan.. Suka je susun berbaris dulu bahan2 macam kat rancangan masakan tu kan.. Tu yang bila sudah masak bertimbun bekas dalam sink.. ampunnn (husband sy yg selalu tolong basuh lepas sy masak..pecah rahsia sy x berjimatcermat guna bekas sothattakpayahbasuhbanyak2 seperti beliau..hihi)

Ok la..jom tengok resepi..
This is my 1st try, more room to improvise..dari segi bahan n teknik.. bila dah rasa hasilnya bolehla kita tau kat mana kurang lebihnya ;)


2 pek Maggi kari 
(rumah mangsa banjir wajib ada banyak stok maggi~bantuan banjir ;D)
Daging kisar 
(guna 1/3 plastik je)
Telur 
(semalam guna 4 biji)
Bawang holland sebiji
Serbuk kari 
(additional pada perencah maggi, kalau x mmg x rasa sgt karinya)
Mozarella cheese 
(nak guna cheddar pun boleh)
Cili padi 
(lidah melayu- ada mozarella cheese pun nak jugak penangan kick bila gigit lada tu)
Maggi cukup rasa 

yg saya x letak semalam tapi rasa lagi better klu letak
susu cair
daun bawang

***

Step nak buat

Celur maggi - toskan

---
A

Tumis bawang jap
kalau xde bebudak nak makan boleh terus masukkan cili

Masukkan daging kisar 

Masukkan perencah, rempah kari n maggi cukup rasa
Kacau


---
B

Pukul 3 (out of 4) telur 

Masukkan sikit (banyak pun xpe) cheese

Masukkan maggi yang dicelur
Kacau 

---

Jodohkan A dan B

Camni


Sebatikan

---
Kemudian
Panggillah anak dara yang ada untuk membiasakan diri di dapur 
agar nanti tidaklah dia asyik tapau makanan kedai untuk suaminya walaupun sudah bekerjaya.. @_@

Lepas dah isi dalam bekas muffin tu
Tuang sebiji lagi telur baki yg tadi (yg dah dipukul)
Tuang sikit2 je 

Letak cili padi yg dipotong klu nak
Tabur cheese -nyums

Bakar

As usual saya guna pemanggang ajaib

api sederhana

---
Ada yg tanya griskan tak acuan muffin? 

tak, saya x griskan
depend pada jenis acuan jugak kot

---

Dah siap bolehla makan


sedapp
x tipu

husna dok ulang2 'sedap umi masak..' sampai dekat 10x, lepas makan sesuap datang peluk saya 2 3 kali maknanya mmg betul2 sedap la tu.. (n yes she's dramatic that way ;))

again 
my husband's tummy gets happy again

betul dah tu saya menyokong azam diet beliau dgn tidak memasak nasi utk makan malam
tapi saya ganti dengan telur dan keju

apa? kolesterol??

kih3

k bai

(",)