Thursday, July 16, 2015

n I thought it was over.. ^_^ (part 4)

(Post ni lari sikit dari topik asal..)

5 hari 4 malam di Kuching... 2 hari tu perjalanan la, 3 hari kerja..

Ekceli ni 2nd time kat sini.. yang first duluuu kat ENTRY NI (link) (*apsal ntah gambar jadi tunggang terbalik dlm post tu..biarla, malas nak betulkan..layann)

Alhamdulillah, work went well.. Tuan rumah di sana pun sangattt baikk hati bawa kami jenjalan di masa2 selang.. habis work2 kita walk2 pula.. :)

Antara aktiviti kat sana.. i've got loads of pics.. letak sikit2 je kat sini.. tapi yang nyata trip kali ni lain skt dari yg 1st dulu.. aktiviti lain pulak..

yang ni wajib
g cari kek lapis

tapi kami kami x beria membeli di sini
kami beli di tempat lainn
baekk punyaa..! ;)

ber seafood at Top Spot

x clear la pulak lampu udang besar kat belakang tu

jenjalan riverfront
janggal pulak haku rasa berjalan2 dgn org muda memalam ni
i is anak dah 4
dah lupa jadi org bujang cemana..huhu


jumpa budak comel ni kat sana
adik praktikal saya dulu
nabila yang happening ;)

kat semenanjung x jumpa
datang sini jugak baru jumpa
dah macam jejak kasih pulak
rindu bella ^_^


alang2 dah up gambar kucing
saja nak tunjuk, bukan 1 tugu kucing kami jumpa
3 kat area bandar kuching tu
hihii..gigih bergambar

makanan yg mesti cuba
laksa sarawak tu mesti la kan
tapi yang ni nasi goreng terubuk
nyums~

ok, ni tempat saya beli kek lapis
tingkat 1 medan pelita
x ramai tau tempat ni
tapi pasni saya mmg recommend kat sini
yg seberang sungai tu glamer sgt org bertumpu kat situ je kan
sampai reganya pun..hmmm
plus saiz kek..hmmm

kat sini semua kek rm10
rasa mabeles (lagi sedap kot, lemak n x manis sgt)
n saiz besar

ada je gambar saya letak sebelah2
malas la nk tunjuk
tak suka kondem produk orang
klu datang kuching cuba la cari tempat kek ni

org yg x tau mmg x sangka ada kilang kek kat atas ni
sbb bangunan nya agak sunyi.. mall yang dah x beroperasi

Kampung Budaya
masa ni hujan
x boleh bergambar kat depan pintu masuk tu

 
kami sampai dah lewat
tapi mujur sempat tgk show sekejap
masuk2 konfidennn duduk seat depan

sekali tgk renungan abang dayak pakai cawat tu
goyang ooii
bukan goyang pe, ntah macam seram pulak..

kena pulak dia cari audience nak ajak bersumpit sama2 dia
adoii..seramm
terus gelabah n menyesal duduk depan
terus buat2 pandang tempat lain n buat2 bz berborak

nasib dia pick org belah2 belakang..fuhhh..

lagi satu pasal sumpit ni
saya selalu ada bayangan, sebelum sumpit tarik nafas dulu
pastu tak sedar tertarik sekali buluh sumpit tu
kan org cakap beracun kan
tertelan pastu mati

adoii..seriyes
saya mmg ada bayangan tu tiap kali tgk kat tv org menyumpit
ntah hapa2 kan
hmm


lepas gi Cultural Village
Singgah jap resort depan tu
cari surau, cari makan
apa nama dia ek, Damai Beach kot

gunung kat belakang tu Gunung Santubong

(terus ternyanyi lagu 'puteri santubong, puteri sejinjang..menjaga gunung negeri Sarawak..lalala)
bebudak skrg mesti xtau lagu tu
hihi

Cantikkkk tempat ni
plus macam2 ada dalam ni
food court, mini market
bilik2 pun ada banyak pilihan

nak yg stail bunkers pun ada


Sewa katil je
pantri ada bebas nak buat air makan ringan2
bilik air sharing
aircond siap
dari rm50 semalam

menarik kan?
utk uolss la
yg backpackers datang single mingle

iolls mana buleh
anak2 nak berlari-larian kat mana
kena sewa satu lot tempat ni baru boleh
hihi

makan
besides hadap ayam penyet hari2
(bila balik semenanjung, bila buntu x tau nak makan pe mesti rindu kedai2 makan kat sana, senang nak cari nasi ayam penyet, pecel lele, bawal lele bagai..kan?)

dalam pic atas tu
yang wajib bila datang kuching la kan
umai n pisang cheese

alaa..pisang cheese kat semenanjung dah banyak skrg
dulu ye la kat kuching je jumpa
tapi saya prefer yang kat kuching..sedappp
kalah habiss yg kat semenanjung 


ni masa nak checkout dah
nampak bangunan DUN kat belakang


nyeberang jap
ada org x cukup kek

pakcik perahu
pepagi tu xde org nyeberang lagi
kitorg je
so dia kata nak tunggu smpai kitorang balik

ekceli dia ikut kami ke kedai ke
rupanya kedai kek bagi komisen kat pakcik perahu yang bawak customer
wahh..bagus2
saya suka, boleh bantu tambah income pakcik perahu ni kan

naik perahu ni, masih belum ada kena kesan gst lagi ye
masih 50sen
tapi u olls bagi la lebih sikit kat pakcik2 perahu tu
mmg la sungai tu sekangkang itik je

tu jela nak tepek
(malas nak edit gambar sbnanye)

adala sikit hasil tangkapan

oh, nak cerita
tragik juga pasal kami nak membeli terubuk masin di Pasar Satok
tempahnya dah 2 hari sebelum

masa nak gi ambik tu, kitorang on d way nak g airport
bajet pick up je terus
kata dah tempah n dah janji nak ambik pukul brp kannn
sampai2-boleh pulak x packing lagi pun

saspennnn
nyaris x tertinggal flight
cam biasa la, berlari2 di airport tu mmg sebahagian dari rahsia kurus
haha

kek lapis
pes laksa (suka laksa ni sbb makan dgn bihun je kan)

nampak x yg dalam botol tu
haa..klu kat sini gi TCRS (The Chicken Rice Shop) semata-mata gian dgn Kuching 3 Layer Tea dia tu kan

Masa makan2 kat sana, diorang ni suka display botol2 tu kat belakang kaunter
bila orang tanya nak beli , x jual pulakk

lenkali x yahla display belakang kaunter
letak kat dapur je atau dalam stor
hihi
marah nampakk
sbb tanya kat 2,3 restoran nak beli yang dia display tu je

diorg cakap, g la beli sendiri kat pasaraya, berlambak2
huhu

yela2, kite g cari sendiri kat pasaraya :'(

gigihh tau kita mencari, maklumla jakun, kat semenanjung x jumpa pati gula pong tu
eh gula pong ke gula apung?
tapi camtu la sebutan dia..hehe

balik rumah 
kita buat 1 jag terus tiap kali nak minum

puasss
;p

***
Sepanjang beberapa hari di sana
hectic, penat, kerja-jalan2
balik bilik untuk tidur je

total saya mengepam cuma 2 kali
oh noooooo..!!
its getting worse, seriously..
:"((

rangsangan production susu pun langsung dah x rasa
mmg rasa susah hatiii sgt time tu
tapi dah mula berazam, kena buat something untuk back to normal
walaupun confident level tu masa tu dalam 40% je
insyaAllah..

aki hantar gambar ni masa umi kat sana
nampak besar dah
ehhh adikk.. baru 2 minggu umi x jumpa adik
jgnla cepat sgt membesarr.. x puas lagi main dgn baby..huhu

kawan saya kata
x pe beranak la lagi

ambooiiiiii...!!

k bai

***ada lagi sambungan, belum sampai punchline..hihi

No comments:

Post a Comment