Monday, February 2, 2015

Muffin Maggi

1st entry 2015

Itu pun dah masuk feb.. rajinnya update kann..hihi

Ekceli n3 yg berakhir hanya di draft mmg bersusun2... Karang3 sampai berjela2 last2 malas nak sudahkan..maka tersadailah ia di situ.. Masih hutang cerita pengalaman nak bersalin hari tu (anak dah besar pun x kira nk cite jugak) #blogakukauyangpanas ;p
n pengalaman banjir ari tu.. kami sekeluarga mangsa banjir tau..huhu.. :'/

Nantila ada masa (masa ada je, walaupun anak ramai, baby baikk je, kerja dia tido, makan, yak, sengih3)
yg penting nak kena ada mood.. Bila angin nak update tu datang, pukul 2 pagi pun sanggup lagi dok tahan mata dalam gelap sorang2 mengadap fon..hehe

ok, cukupla kata2 aluan pengerusi..

Sebagai memanaskan enjin, marila kita mengupdate n3 yang pendek sahaja.. supaya ia tidak mengalami nasib serupa dgn n3 lain yang dah terkandas.. ;D

***

Dah lama datang imaginasi nak buat ni. Craving saya memang spesifik, tu yg bila masak mmg ikut imaginasi gerak hati apa yg di craving kan tu la.. Macam masa BUAT NI

So kali ni rasa nak makan something yg lembut teksturnya, rasa telur yg mewah n rasa yg kick mcm rasa kari pedas dengan lelehan cheese....mmmmm...

So, i came out with this..


MUFFIN MAGGI


Gigih tau balik kerja main masak2.. Maksudnya main masak2 tu bereksperimen dgn resipi baru, kalau masak biasa2 yg nak buat dinner tu x kisah sgt, anak2 asal ada sup ayam atau telur kicap dah menambah2 dah makan..

Hmm..sapa kata jadi wanita bekerjaya x payah masak? hmm..
As for me, masak bukan benda yg saya kena dipaksa buat oleh sesiapa pun, my husband never force me to cook for him.. dia ok je makan apa pun, always happy tummy.. nak2 sekarang dia tgh diet kann..koh3 (sakit tekak pulak ;D)
Its something i am pleasured to do.. i think cooking is therapeutic.. (asalkan anak2 x berbelit di kaki masa sy tgh masak)
Masa dok potong2, susun2 bahan.. Suka je susun berbaris dulu bahan2 macam kat rancangan masakan tu kan.. Tu yang bila sudah masak bertimbun bekas dalam sink.. ampunnn (husband sy yg selalu tolong basuh lepas sy masak..pecah rahsia sy x berjimatcermat guna bekas sothattakpayahbasuhbanyak2 seperti beliau..hihi)

Ok la..jom tengok resepi..
This is my 1st try, more room to improvise..dari segi bahan n teknik.. bila dah rasa hasilnya bolehla kita tau kat mana kurang lebihnya ;)


2 pek Maggi kari 
(rumah mangsa banjir wajib ada banyak stok maggi~bantuan banjir ;D)
Daging kisar 
(guna 1/3 plastik je)
Telur 
(semalam guna 4 biji)
Bawang holland sebiji
Serbuk kari 
(additional pada perencah maggi, kalau x mmg x rasa sgt karinya)
Mozarella cheese 
(nak guna cheddar pun boleh)
Cili padi 
(lidah melayu- ada mozarella cheese pun nak jugak penangan kick bila gigit lada tu)
Maggi cukup rasa 

yg saya x letak semalam tapi rasa lagi better klu letak
susu cair
daun bawang

***

Step nak buat

Celur maggi - toskan

---
A

Tumis bawang jap
kalau xde bebudak nak makan boleh terus masukkan cili

Masukkan daging kisar 

Masukkan perencah, rempah kari n maggi cukup rasa
Kacau


---
B

Pukul 3 (out of 4) telur 

Masukkan sikit (banyak pun xpe) cheese

Masukkan maggi yang dicelur
Kacau 

---

Jodohkan A dan B

Camni


Sebatikan

---
Kemudian
Panggillah anak dara yang ada untuk membiasakan diri di dapur 
agar nanti tidaklah dia asyik tapau makanan kedai untuk suaminya walaupun sudah bekerjaya.. @_@

Lepas dah isi dalam bekas muffin tu
Tuang sebiji lagi telur baki yg tadi (yg dah dipukul)
Tuang sikit2 je 

Letak cili padi yg dipotong klu nak
Tabur cheese -nyums

Bakar

As usual saya guna pemanggang ajaib

api sederhana

---
Ada yg tanya griskan tak acuan muffin? 

tak, saya x griskan
depend pada jenis acuan jugak kot

---

Dah siap bolehla makan


sedapp
x tipu

husna dok ulang2 'sedap umi masak..' sampai dekat 10x, lepas makan sesuap datang peluk saya 2 3 kali maknanya mmg betul2 sedap la tu.. (n yes she's dramatic that way ;))

again 
my husband's tummy gets happy again

betul dah tu saya menyokong azam diet beliau dgn tidak memasak nasi utk makan malam
tapi saya ganti dengan telur dan keju

apa? kolesterol??

kih3

k bai

(",)

No comments:

Post a Comment