Wednesday, September 24, 2014

Anak penyu

Hihi..

Sian adik.. apala umi ni kata adik anak penyu..

But, looking at these pictures.. mmg mcm anak penyu pun.. anak umi tapi lahir kat negeri penyu kan.. harusla suka pantai, suka pasir macam penyu..hihi ;)

Ekceli saja nak tepek pic adik seronok main pasir hari tu. Umi abah x henti2 dok snap pic anak2 esp adik yg langsung x nampak takut n geli masa kat pantai..

Kakak Husna masa kecik geli bila kena pasir n takut ombak
Tapi sekarang sejak besar dah ok

Abg Ngah Wafiq sekarang geli dgn pasir
x boleh kena kaki sikit meraung2
mulala jadi kaku je dok setempat x nak gerak sampai abah kena dukung
tapi bila main pasir boleh pulak
jalan atas pasir jadi fobia

Tapi Adik Hadif, tengokla tu..








Dia merangkak sampai jumpa lubang ni terus stop n ralit dok masukkan pasir dalam lubang tu

 
see
langsung x takut ombak




 muka curious
;)





my Irsyad Hadif


 
seronok adik merangkak-rangkak kat sini
tempat seluas2 nya untuk adik
umi pun x penat nak kutip2

dah tu apsal umi poyo sgt buat aksi penat kutip anak tu
hihihi

klu kat pantai scene lambung anak mmg wajib ye

turn abah

mcm pelik kan 2 pic ni
kawan sy kata nampak scary

ekceli guna effect dlm hp
umi x reti nak fokus


Adik Hadif seronok
umi n abah teruja nak bawak lagi
dgn syarat pasir n pantai yg bersih mcm kat sini

tak ramai org
tenang je
nampak macam kitorang je yg ada kat situ kan?

ini di Sudara Beach Resort, Bachok

ok people
expect another 1-2 posts di pantai dari saya ye
sbb minggu lepas keje kami jelajah pantai je
hihi

k bai
^_^

Header baru

Tayang header baru dulu, n3 baru petang2 sikit..


*tukar header saja
background n template, mmg sejak blog ini dilahirkan, beginilah rupanya

ai is setia orangnya
sekali jatuh cinta mmg yang tu lah dia

^_^

k bai
happy working all

Sunday, September 21, 2014

Kisah Nasi Goreng Ikan


Nak share masakan yg menjadi makanan ruji utk breakfast kami seisi keluarga...
Saya dah post ke fb n instag n janji nak bagi resipi dalam blog.. so, here we goo..

;)

Memula, harusla mukadimah khann..

Ok,

Sbnanye pada awl2 dapat tau pasal menu ni, sy telah memandang slek dan sebelah mata terhadap resipi ini dan menganggap ianya pelik..

Nasi Goreng Ikan

Tak rasa lagi masa tu

tapi 1st persoalan yg sy tanya husband saya masa tu,
'Nasi goreng ikan? Isi ikan campur dalam nasi? X hanyir ke jadinya nasi goreng tu?'

Husband sy cakap..'takklaaahhh..' 
harusla beliau mempertahankan resipi warisan negeri beliau sendiri kann..

Saya x percaya.. sampaila saya rasa sendiri..masa mula2 kawin, MIL masak...

ok

ibarat jatuh cinta sekali lagi dan lagi dan lagi...

Sedapppp sgt2... dan saya terus meletakkannya di ranking teratas most faveret nasi goreng mengalahkan nasi goreng USA, Pattaya, Mongolia dan negeri2 sekitarnya

^_^

Begitulah keadaannya juga bila saya makan karipap di rumah MIL.. eh, inti apa ni.. isi ikan
Nasi lemak, tetiba ada isi ikan tongkol
Pulut lepa, inti ikan
Kuih bom yg ada bijan2 kat luar tu, biasa sy makan inti kacang, tetiba kunyah rasa isi ikan..

dan yg mabelesssnya, semuaaa kuih muih itu, lagi sedappp rasanya dari yg biasa sy makan
yg biasanya sy x suka makan kuih kering macam tu,
tapi klu balik terengganu, ada yg inti ikan, baru sy makan..

Lepas tu, baru saya tau, mmg makanan di Terengganu, most of it adalah fish-based.. n i like it verrrryyy much.. especially keropok lekor.. mmg irresistable ;)

Ok, nak share resipi tadi kan..

Ekceli nasi goreng ni paling simple, paling senang nak buat.. Mungkin kerana mengikut cerita dari buah mulut turun menurun, katanya, nasi goreng ini biasanya dibekalkan oleh isteri-isteri nelayan utk suami mereka buat bekal turun ke laut.

So, intipati yg kita boleh extract dari fakta tersebut ialah:

1) Bila dah namanya keluarga nelayan, mestila makanan rujinya adalah ikan.. even rumah MIL saya yg bukan nelayan itu pun, yg wajib ada atas meja ialah ikan goreng.. ;)

2) Keluarga nelayan pada kebiasaanya, kehidupannya tidaklah senang, jadi bahan2 utk dibuat masakan adalah se simple dan se minimal mungkin, tiada bahan mewah

3) Nelayan keluar berpagi2 - jadi para isteri akan memasak apa lebihan makanan dari makanan malam tadi, nasi dingin dan ikan goreng

*sapa dapat fikir intipati lain, bgtau ye ;D

Maka, begitulah mengikut yang diceritakan, asal usul resipi ini, our version lah, klu ada version lain sy x tau..

Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, mari kita mula memasak

NASI GORENG IKAN

Bahan-bahannya

Nasi
Bebawang
Ikan goreng
Cili boh
Sayur - sawi n karot
Telur
Garam dan abang aji

yg x suka guna abang aji, ikut suka nak bagi rasa macam mana pun
x payah nak kondem orang yg guna
bukan org letak selori pun, secubit saja

eh

***

Nasi yg dah sejuk - tabur garam n aji - gaul dan leraikan ketulan nasi
(sy prefer letak terus macam ni, bukan letak kemudian masa goreng, ini supaya rasanya lebih rata)

Bebawang - mayang halus
Ikan - ambil isinya 

Cara buat

Tumis bebawang
Masukkan cili boh - gaul n bagi cili masak sikit
Masuk isi ikan
Masukkan nasi
Gaul
Letak telur n sayur

done

***


Hidangkan bersama pasangan sejolinya - keropok ikan 
nescafe tarik

perghh

klu suami g cari makan kat luar jugak x taula

;)

***
Senang n cepat kan?

Pendek kata, kalau suami nak turun ke laut pukul 4 pagi, pukul 3.30 sempat lagi nak buat ni

;p

tapi kes saya hari tu, lambat buat ni sbb dok snap-snap gambar
sampai suami saya jenguk ke dapur sbb dia pelik kenapa x bunyi kuali lagi

"umiii..buat apa lagi tu...bila boleh makan niii... laparrrrr..."

hihi

Nasibla isteri nelayan dulu2 bukan blogger

k bai

Nyum-nyum

Memori - cont'd


Those yg follow blog ni dari dulu2 mesti perasan entry ni..


so
this is the latest version


*

*

*

ok

let us flashback

2007 - Berdua Lebih Baik
      we met - 2002
get married - 2008


2010 - Me & Mini Me
Aini Husna was born - 2009


2012 - Sepasang Kian Sempurna
Irsyad Wafiq was born - 2012


2014 - Makin Bertambah Seri
Irsyad Hadif was born - 2013

***

**Pic yg last sekali itu berlima ekceli**
^_^

Alhamdulillah

(",)

There's a saying goes ~ 
If you want to feel time - write

I'm writing in this blog
and putting things i like here
just to feel it again & again

Time goes on
Memory remains

xoxo

Monday, September 15, 2014

Regarding work..

Told 'ya its a busy week / month 4 me..

Banyak benda nak update kat sini ekceli.. nanti la ye.. bila dah tenang2 sikit..

Hectic week.. quite stressed one.. tapi insyaAllah i will not allow that feeling really controlled me..

senyum saja..(",)

yup..i have to admit, bahang menjadi auditor .. internal auditor esp.. semakin terasa..

bersedia dipandang serong, bersedia diasingkan, bersedia dijauhkan diri oleh some people..

kena pulau ke?

hmm..so far belum.. do i have to get prepared 4 that also??

@-@

idk

work is work

nothing personal.. those who read this n kinda 'terasa'.. lets get this clear..

work is work..

professional ~ that's the key word

(",)

a friend came to me n told this.. "all this while i've been thinking of - kerja apa dalam dunia ni 'cari salah orang' dan 'mengadu domba'... then i realise, it's ur job - auditor.." she said by pointing at me.. obviously she's joking.. n i don't really get offended..

but i know some of us really think that way.. it's up to u..

we, auditor did have our own code of ethics n methodology.. we don't act semberono n kampung style..

;)

Yesterday, for the first time bawak balik kerja sampai ke rumah..

Terpaksa

Terpaksa melanggar prinsip sendiri untuk tidak membawa apa2 dari pejabat ke rumah dan sebaliknya..

Cukup2 la zaman sebelum berkeluarga dulu bersengkang mata bawak balik kerja dari ofis siapkan di rumah..

tapi semalam terpaksa, for the sake of, i don't want to spend extra hours at office.. sharp pukul 5 cabutt.. home is waiting 4 me..

Hati dah berbunga2 bila anak2 tido awal sikit smlm so ummi can open my laptop tanpa ada request utk main games n tengok upin ipin dari kiri dan kanan...

Abah pun nak keluar jumpa kawan, so ummi also can do work tanpa perasaan nak borak2 n ngeteh2** dgn abah ..

Sekalii.. abang ngah wafiq bangun balik pukul 10 n tido balik pukul 12 (tu pun kena paksa)

So pukul 12 baru umi terhendap2 bukak laptop .. pukul 2 pagi masih buntang biji mata sampai update status kat fb.. (selalu x suka up status..suka up pic saja n let the pic speaks..) so, friends yg nampak status sy kat fb smlm, mmg meraban la tu..

Pukul 4 pagi baru puas ati n shut down laptop, plan x nak tido.. sbb nak terus g keje.. tapi org yang meneman dah krohh krohh kat sebelah,
but at least hubby teman sampai pukul 3.. just in case i need any help.. (yes, he's sweet like that ;))
 bcoz makyong ni bila dah duduk mmg mengah nak bangun.. mmg dah macam buyung like seriously..
okla, mintakla tolong  jugak.. tolong sambungkan extension power laptop.. lepas tu cukupla tolong tengok saja pun xpe.. sokongan moral kata orang...

;)

terlelap juga dalam pukul 4.30 n kunci 1 jam loceng, 3 alarm di hp hubby n 3 alarm in my phone (kalau x sedar x taula).. alhamdulillah, bangun masih macam biasa, masih sempat sidai baju macam biasa.. dapat tido seposen dua jadila.. ari ni nak g check up baby, takut efek tekanan darah..

that's it

panjang lebar kisah bawak balik kerja ofis ke rumah

kecoh je

tak pernah katakan

lepas ni tak nak dah bawak balik kerja.. @_@

stay calm n enjoying my 33w days

k bai

***

**ngeteh - minum teh / kopi atau kudap-kudapan

lately saya kena 'bahan' bahana perkataan 'ngeteh' tu sbb upload ni kat instag..


mentang2 statusnya nak ngeteh sebab anak2 dah tido, korang pikir bukan2 yek..

sekarang ni, perkataan ngeteh tu dah jadi sensitive word dan terpesong maksudnya di office.. adoyaiii

;p

Tuesday, September 2, 2014

Rak Minyak Angin

Post kedua saya pada hari ke dua bulan September.. 
Gigih hapdet kan?;)

Asalnya nak buat 30 days challenge update blog hari2..
tapi rasanya x kesampaian kot
2 3 ari ni je adala masa nak mengadap 
Next week dah start bz

This month will be a busy month
kerja n urusan keluarga
outstation n cuti kenduri kendara

Outstation kali ni saja ngengada nak husband bawakkan
x nak naik flight
kl je pun
Now dah 30weeks++, ekceli lepas je nak naik flight lagi 
tahun lepas masa husband kat sana gigih je naik flight masa peknen 30w

Tengok ENTRY NI

Skrg husband dah balik sini, ngengada la sikit
"sakit belakang la naik flight.."
"nanti kena jalan jauh2 kat airport.."
"tak nak la naik lrt/cab sorang2 peknen2 ni.."

paling best
"kalau saya tetiba nak bersalin masa tu camana.."

;p

Ok, mukadimah wajib panjang.

Nak cite pasal cosmetic rak cun yg saya beli ari tu

Tapi bila dapat kat saya x jadila rak kosmetik, jadi rak letak minyak angin je
sy x ada kosmetik atau alat mekap pun

nak keluar cukup pakai moisturizer, bedak n calit lipstik sikit

kalau rajin, conteng kening n terangkan tahi lalat bawah hidung

haha..

yang itu mmg selalu jadi kepelikan di kalangan kawan2 saya

apsal la minah ni beria tonyoh pensil kening kat tahi lalat

saja. tahi lalat trademark

(",)

Ok, nak cite pasal rak tadi kan

ni la rupa asalnya
pic google
watermark mudah.my terang2 dah kat situ

tapi saya bukan beli dari Mudah
saya beli dgn kawan saya

kebetulan beliau pun mahu membeli periuk ajaib dari saya
saya pun mengorder sekali rak ni sbb nampak macam cecomel je
so masa jumpa kami bertukar2 barang dan bertukar2 duit 

seronok kekawan sesama meniaga ni
ai beli barang u
u beli barang ai

saya suka je support bisnes kekawan 
walaupun boleh dapat beli kat tempat lain, n sometimes boleh dapat lagi murah pun
tapi kalau saya tau kawan2 saya ada jual
saya akan dahulukan beli dari kawan2

eh, saya pun ada juga meniaga
tapi x penah nak promote kat dalam blog ni kan

mungkin sbb saya x nak campur adukkan bisnes n personal
lol

motifff sgt

;p

ok

tadi cakap pasal rak kan

mendalah ni adalah d.i.y

ia didatangkan bercerai-berai
kena pasang sendiri

saya x snap pulak gambar kepingan2 masa belum pasang

gambarajah ada


ok
nak memasang kepingan2 kecik yg ada berpuluh2 ni

bersama anak2 kecik yang tahap curiousity nya tinggi tu

cabaran la jugak kan
cabaran anak tekak

hehe

akhirnya siapp jugakk

tadaaaa~~

see..
apa benda tgh tunggu nak rasmikan rak tuu

*kereta ungu tu

maka
jadilah ia garaj kenderaan abg ngah

dalam laci dua belah kanan tu ada ultraman tgh tido

pastu
kakak pulak nangis2n nak rak tu

nak buat rumah kitty dia
sebahagian koleksi kitty nya

x muatla semua nak sumbat rak tu anakk ooii

tapi dia nakkk jugakkk

maka 

berebutlah dua beradik

penyelesaiannya

umi guna kuasa veto


case won
by umi
^_^


husband pun senyum saja sbb barang2 cinonet saya dah x bersepah2

n saya pun dah x bising dah bila time nak keluar

"abang..ada nampak x ...."

"abang..kerongsang hilang.."

"abang...tu.. abangg ni..."

yang biasanya akan berakhir dengan acara menahan telinga 

hihi


**
k bai

Monday, September 1, 2014

Anak-anak dan watak kartun


Godek-godek pic instagram

jumpa gamba2 ni

xdekeje umi kan

;p

Kakak Husna v Ana Muslim

Abang Wafiq v The Triplet (Brave)


Adik Hadif v Pocoyo



Hihii..
saja umi main2

abah lagi nakal


(",)
k bai