Thursday, November 20, 2014

Diagnosa hari tu - Part 1

Nak share sikit pasal diagnosa sakit saya semasa kena warded hari tu..

Saya pun dah anak 4 baru tau pasal semua ni.. biasalah selagi x kena kat kita x rasa nak ambik tau pun..

Skrg dh ada pengalaman, bolehla share sedikit sebanyak buat kawan2 yg belum tau.. ;)


Ok. Cite dari awal ye.

Mmg dah jadi kebiasaan setiap kali saya bersalin. Hari ke 4/5 mmg hari bengkak susu.

Last kena yg kronik masa husna dulu. Smpai MIL kena tolong tuam dgn tuala suam n urut.

Kali ni kena. Lagi kronik.

Seriusly. Sakit bersalin saya boleh tahan. Sakit yg mmg surrender. Menangis tersedu2. Rasa macam ada ketul batu. Sapa yg penah rasa tau la.

Malam tu. Demam sekejap. Dalam 2 jam macam tu, kebah sendiri.

2 hari lepas tu, yg sebelah lagi. Bengkak susu pun iye. Tapi lebih kepada cramp. Tiba2 saja jadi pukul 4 pagi. Breast mengejang dan serta merta lebam biru.

Pagi itu saya demam.

Kebetulan nurse datang rumah utk lawatan hari ke 10. Cek suhu 39°. Nurse suruh saya rujuk klinik kesihatan (KK). MIL pun suruh saya jumpa doktor lepas setel cek kuning adik Naqib.

Budak kuning
Putar la badan dia macam mana pun
tidoooo manjang
nak kejut dia bangun menyusu kena tukar pampers dia guna air sejuk

***
Sambung

Memula saya macam malas. Rasa macam 'alah, sikit je ni, x payahla smpai nak jumpa doktor..'
But i know there's no way i'm gonna escape my MIL's order..hehe

Lepas selesai cek kuning adik Naqib, terus tanyakan dekat nurse nk jumpa doktor. Since hari tu ialah hari khamis, masa tu pun dah dekat pukul 1, nasib baiklah dpt nurse yg cakna dia tolong saya selesaikan urusan dari mula smpai habis..
pempahamla hari khamis kat sini, masa keje pendek. Hari khamis agak santai n kebanyakan staf 'Missing in Action'..

Suhu di klinik agak mengejutkan. 39.8°.
Padahal sebelum turun sy dah mkn panadol. Nampaknya suhu sy x turun. Makin tinggi lagi ada.

So di klinik tpaksa ambik darah n urine. Bila jumpa doktor, doktor terangkan result darah saya nmpaknya sel darah putih tinggi wc is apa yg sy faham, sel darah putih akan jadi tinggi bila ada jangkitan kuman dlm badan.

Saya terangkan dari A-Z masalah yg sy hadapi termasuk cracked nipple. Sbb Naqib x melekap dgn betul semasa menyusu. Kali ini agak parah apa yg sy alami sampai sy trauma setiap kali nak susukan naqib. Tapi nak.x nak kena hadapi juga walau sakitnya menusuk ke tulang hitam..

So pada masa itu doktor positif mengatakan demam dan jangkitan kuman yg saya alami itu berpunca dari bengkak susu n jangkitan dari cracked nipple tersebut.

Dia cuma bagi PCM n nasihatkan saya supaya susukan anak mcm biasa n pam susu 2 jam sekali hingga kosong. Biasanya klu amalkan mcm ni insyaAllah x akan berlarutan.

Tapi kalau demam lagi dia minta saya terus ke hospital.

Sedikit soal jawab antara saya dengan doktor hari tu.

CAMANA NAK REDAKAN SAKIT BILA BREAST BENGKAK DGN SUSU N RASA MCM BATU?

Memula tuam dgn ais dulu bagi reda sakit lepas tu tuam dgn tuala suam pula utk rangsang aliran susu. Lepas tu bolehla marmet (perah dgn.tgn) atau pam.

*ok bab tuam dgn ais tu sy baru tau. Sy ckp kat doktor, 'sy igt klu tuam dgn ais susu tu jadi lagi beku. Nnt lg tersekat..'
Ok.sy nampak doktor mcm nk gelakkan saya.sambil sengih dia cakap. 'Taklah. Tujuan kita tuam dgn ais dulu utk legakan sakit tu..'

Ok.

PUTING SAYA LUKA SAMPAI BERDARAH2. KLU SAYA PUN KENA JANGKITAN KUMAN, BABY SAYA CAMANA? ADA APA2 EFEK X DIA MINUM SUSU DARI PUTING YG LUKA TU?

Amazingly jawapannya TAK. Baby x akan efek apa2 atau kena jangkitan kuman walaupun dia minum.susu dari puting yg luka tu. Sebarang kuman akan dibunuh oleh asid dlm.perut dia. Allahuakbar..!

DOKTOR, PUTING YG LUKA TU SAYA LETAK.MINYAK GAMAT. PASTU BABY SAYA HISAP N MINYAK GAMAT TU MASUK DALAM BADAN DIA. AGAK2 NI ANTARA FAKTOR KE KUNING ANAK SAYA X TURUN2 N NAJIS DIA MASIH KEHITAMAN WALAUPUN DAH HARI KE 10?

Shockingly doktor angguk. Ye. Ubat gamat yg masuk dlm badan anak bersama air susu itu bagi kesan pada tahap jaundis dlm badan dia.

Ok. Saya baru tau. Ampunnn adik naqib umi x tau. After sy stop letak minyak gamat kat luka tu bacaan kuning mula menurun n najis dah x kehitaman.


HABIS TU MCMN SAYA NAK SEMBUHKAN LUKA TU?

Caranya ambik susu badan tu. Titiskan pd luka tu n teruskan bg baby menyusu mcm biasa.

Ngilu?

Tell me if anyone knows any other option. ;)

***

Will continue ;)

2 comments:

  1. ala, cepat ayu, abiskan cerita.. huhu..tapi bengkak susu n nipple merekah ni memang macam mimpi ngeri...huhu..uit, ingat aku lagi tak? zila dak dorm ko dkt kt dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestila aku igt ko zila..

      N3 baru dah up.. tq singgah sini ;)

      Delete