Wednesday, October 29, 2014

39 weeks..

39weeks
(",)

Dah minggu2 akhir ni tiap kali g check up kat klinik mesti doktor akan greet dgn kata2.. "oh, x bersalin lagi awak ye.." 

Adakah itu tandanya doktor pun dah naik bosan tgk muka kita tetiap minggu.. x taula kan..:D

So malam tadi, lepas isyak terus pergi klinik utk 39 w checkup.. Anak2 mmg suka teman umi g klinik sbb boleh main kat sana.. 
Tapi umi dah agak. Malam biasanya klinik akan penuh dgn parents bawak anak2 jumpa paed. Utk O&G x ramai. 

So malam ni anak2 x dpt mainn. Sbb klinik sgt pack. Nasib baik juga umi sampai after register n buat urine test terus kena panggil.

Kali ni bawak abg ngah sekali masuk bilik doktor. selama ni  Abg Ngah x berminat pun nak ikut umi , lagi ghairah nak main kat luar..

Kakak of koz la kan. kakak mmg x pnah miss 3 org adik semua kakak ada teman umi jumpa doktor. 
Sbb tu kakak mudah simpati dgn umi, tgk doktor suntik umi. ambik darah semua..

Cuma kakak dah bgtau siap2 nanti umi nak keluarkan adik baby kakak x nak tgk nanti kakak sedih tgk umi sakit.. :')


Ok, kat dalam bilik doktor abg ngah yg mulutnya x berenti bercakap tu mmg wat semua org tergelak
bila doktor nak cek perut umi dia tanya kakak

"ehhh...akakkk..kenapa umi tu.. umi bukak baju (selak baju).. tak aluu (tak malu) kan akak kann?.."

pastu bila imej scan keluar kat monitor, kakak nya beria la bgtau, abg ngah, tgk tu adik..

yg abg ngah pulak

"mana..mana... bukanla kakak.. tu bukan adik... x macam adik hadif pun.. abg ngah x nampak punn.."

ok. sabar jela..
sudahnya umi buat isyarat suruh diam
dia pun jawab

"ooowwkeyyy.."

adoyaii.. abg ngah-abg ngah

;D

***
ok. so update checkup smlm

baby makin turun ke bawah dah
EFW (berat baby) dalam <>3.2kg
boleh tahannn kan? ;)

Doc cakap perut nampak padat, dia risau takut air ketuban kurang
nak ukur, klu betul kurang nak buat surat refer hospital
adoii.. dalam otak dah terbayang tido hospital malam ni

bila doc ukur alhamdulillah, tak
bacaannya 9+- 
kalau kurang dari 5 tu yg bahaya

pastu umi bgtau hari ni rasa macam baby kurang gerak
ntahla
mungkin sbb bizi kat ofis
bizi kat rumah
mcm x rasa baby gerak

so doktor suggest buat CTG

sampai ke bilik ctg pun kakak nak ikut

my cute nurse
;)

ok, mmg betul graf ctg agak kurang memberangsangkan
doktor mintak buat lelama sikit

alaa..umi dah teringat2 abah,cik su, abg ngah n adik hadif dok kat luar
sian pulak tunggu lama2

bila dah last2 tu baru la graf nya berbukit-bukit
barula doktor puas ati

alhamdulillah

;)

so, next appointment 4/11
'kalllaauuu' x bersalin lagi la
bak kata doktor
saya rasa minggu ini awak bersalin dah kott

tahun lepas pun doktor cakap gitu jugak masa checkup 39w
sudahnya lagi 2 minggu pastu baru bersalin
hehe

apa-apa pun
asal selamat dan dipermudahkan
insyaAllah..aaminn

***

No comments:

Post a Comment