Monday, April 22, 2013

Wafiq demam campak

Seakan-akan ini pengalaman pertama saya menghadapi anak demam campak.. 

Masa Husna dulu, dia naik campak seawal umur 2 bulan.. masa itu sy masih terpinga-pinga.. 
baru menjadi ibu, rasanya kelam kabut ditambah dgn ekzema nya mula menyerang pada masa yg sama.. 
Bila dia merengek-rengek kemiangan, saya x pasti itu disebabkan campak atau ekzema nya..

Kali ini, Wafiq naik campak di umur 14 bulan.. 

Secara tiba-tiba dia demam, mula hari Ahad.. membawa ke Selasa, x kebah2.. 
Nyaris2 nk kena warded.. klinik suruh refer hospital utk di admit, 
sampai2 di ER suhunya mula menurun, so doc suruh balik dulu..
Namun kami masih dalam keadaan berjaga2..

Malam itu, tidur kami (saya & MIL) tak lena, menjelang 4 pagi suhu nya panasss sgt.. 
last resort, masuk ubat punggung.. (seboleh-bolehnya nak elak selagi boleh) 
Lepas 1 dos ubat punggung, sejak itu suhunya maintain dah x naik.. 
alhamdulillah.. demam dah kebah..

Tapi 

mula nampak bintik2 kat muka..
Day 1

Saya bagitau MIL, macam nak naik campakk je ni..
Rupanya mmg betul

Makin lama makin bertambah bintik merah
MIL kata pas dah naik sampai tapak kaki, nanti dia serap balik, pastu ok

Saya tertunggu2 masa nya bila dia akan mula rasa kemiangan
Kerana, 
sy berdebar nak meladeni Drama King yang seorang ini
Manja nya terlebih2 time sakit, asyik nak berdukung saja n tangisnya panjang langsung x makan pujuk..


Umi amik cuti 3 hari
Sepanjang jaga Wafiq demam, umi sedar, bila anak kita sakit, cuma kita yg mampu bersabar jaga 
Jadi, klu anak sakit, jgnla tinggal juga kat pengasuh or taska, ia akan menyebabkan, 
1) anak kita terabai, atau
2) nak melayan anak kita, anak org lain terabai, atau
3) pengasuh hilang sabar

Fahamm? ;)
Hehe

Dugaan betul kali ni menjaga anak sakit yg merengek2 sbb x selesa badan, 
plus kakak nya yg mmg attention seeker
plus pregnancy yang melemahkan badan
plus umi x boleh minum energy booster umi iaitu kopi sbb pregnant..
pengsann

nasib baik MIL n FIL baaaanyakk backup
MIL tido dgn sy n anak2 sepanjang Wafiq demam
she takes care of everythinggg else in the house, makan pakai,  saya cuma perlu jaga anak saja..

my MIL is super-awesome u know
she always do
(",)



Esoknya,
Day 2




Bintik merah makin bertambah
Seluruh badan sampai tapak kaki

Tapi dia x de tanda2 x selesa atau miang ke apa
Malah makin aktif & selera makan kembali pulih

Akhirnya, campak itu serap n clear balik

Esoknya
Day 3
Yay!

Alhamdulillah, x melarat n x miang
Dugaan Wafiq melawan demam campak sudah berlalu..;)

Wafiq dah sihat sepenuhnya
Baru umi senang hati nak balik bekerja

Alhamdulillah
(",)

Pengumuman rasmi

Sebelum ini ianya adalah rahsia.. 

Hanya yang tahu je tahu..

Rahsia dari keluarga, ma n abah.. 

Entahla, rasa serba x kena.. risau, malu, segan.. 
Memandangkan keadaan sekarang,
 takut berita ini makin menambah gundah di hati mereka.. 
Saya menunggu-nunggu masa terbaik utk memberitahu khabar baik ini kpd mereka
Namun nampaknya masa terbaik itu x kunjung tiba..
Rasa bersalah seakan membelakangkan mereka pula yang meresahkan saya
Akhirnya dikhabarkan juga..
Semalam..

Alhamdulillah..
Senyum panjang terukir di bibir mereka..
Ini anugerah dari Allah kata mereka..
InsyaAllah, rezeki dan rahmat bakal mengiringi.....



Sekian lama Lilypie ini sudah ada di cerukk bawahh blog ini
Sapa yg scroll down pasti sudah tahu

I am 3mo pregnant
My Wafiq is 1 yr 2mo

Agak rapat kali ini

Perasaan?
First - Risau
Memandangkan keadaan skrg, sy dan hubby masih PJJ..

Second, Third sampai infiniti - Happy, Grateful, Excited, Happy, happy n happy...
Saya mmg inginkan ramai anak, now I'm already 30 yo, masa mengejar.. 
by 35 insyaAllah nak berhenti beranak
I want 3 more kids.. 
InsyaAllah ^-^

Harapnya.. kehadiran baby baru ini membawa anjakan baru..
Sama seperti kehadiran Aini Husna dan Irsyad Wafiq yang kedua-duanya membawa hidup kami ke satu tahap yang baru setiap kali..
Apa yang dinamakan rezeki anak itu, kami alaminya secara yg sgt obvious

'Fabiayyi Âlâi Rabbikumâ Tukadzdzibân

 jadi

Alhamdulillah..

(",)

Tuesday, April 16, 2013

Meet my sister.. uhukk ;p

Sister la sgt.. 

Meet my lovely, sweet n adorable daughter.. my pride n joy..
(adik Wafiq pun sama, nnt umi buat edisi adik pulak ye ;p)

Ramai org kata muka kami sama..

org melayu kata 'fotostat'
org putiss kata 'copy paste'
org kg saya kata 'soyok tepek'
org kg husband sy kata 'cop degangg'

hahaha... apa2 je la kan..
haruss la kan.. dah ini emaknye.. penat mengandung tau, sakit bersalin tau..
Aini Husna ni lg la.. 12 jam dalam labour room tau.. plus 6 jam sakit kat wad.. plus 1 hari 1 malam umi pengsan sbb muntah teruk, gastrik n dehydrate after bersalin..

eh, x mengungkit.. mengimbau.. semua kesakitan tu dah jadi kenangan paling manis skrg..
dan seorang ibu x akan pernah serik untuk melahirkan lagi... ;)

so, jgn nak kata anak2 ai macam muka org lain laks..hehe..

Ok

Jalan cerita pics ni...

Since nak bagi nampak sama tahap maksima, gaya senyum mesti sama..


1) Umi jeling kakak, senyum macam mana..

2) Umi tanya abah "Husna senyum nampak gigi ke tutup mulut??"


3) Abah cakap, " Tutup mulut.." snap

4) Abah cakap, "Nampak gigi.." snap


***

Ok, tu saja..
Tq sudi baca n3 agaks poyo ini..hua3x
Bye

Akhir kisah Kala Cinta & Wahyu Bersatu..

Ramai pulak yang search kat blog saya ni - akhir kisah Kala Cinta & Wahyu Bersatu a.k.a Cinta & Wahyu yang tgh tayang kat Tv AlHijrah skrg tu kan..

Huhu.. sbenanya saya pun x tengok yg kat tv, sy tunggu ianya keluar di youtube baru sy tgk.. sbb bertembung dgn slot Ustazah Fatimah Syarha di radio Ikim.. ^-^

Ending cerita tu pun baru habis shooting di kemboja,
saya x taula endingnya versi drama macam mana sbb katanya jalan cerita tu dah ditukar 70% dari versi novel.

Apa yang pasti, cinta Amir Mukhlis dan Balqis pasti lah bersatu... (",)

Kalau dalam novel, Balqis lari g Mesir.. Amir Mukhlis cari Balqis kat sana...
Balqis terima Amir Mukhlis (Ke AM yg terima B) .. pastu habisss....

Yang drama ni.. mengikut apa yg sy follow kat FB.. cuma ditukar tempat aje lah kot.. bukan di Mesir tp di Kemboja...

Sama-sama kita tengok lah nanti ye... ^-^



*saya frust... frust...

eh, rupanya watak Balqis tu pun x berhijab di dunia nyata... baru saya tau......

Semoga beliau diberikan hidayah... aminn ;)



pics hasil google

Monday, April 15, 2013

Kek yang comel

Disebabkan kejarangan umi meng update belog skrg, so cerita yg dah agak2 lama baru nak masukkan kat sini.. owh, nobody cares.. me don't care too.. as long as ada kenangan kat sini ;)

Masa besday Husna 20 Mac ari tu, umi ada di KK. So, wish dari jauh saja, itupun wish kat aki sbb tiap kali umi call anak2 mesti dah tido.. klu x tido pun kakak mesti x nak cakap ngan umi tru fon sbb "malu.." katanya.. hmm.. macam2 alasan dia... 


Besday-besday ni kitorg mmg x beria sgt nak celebrate besar2.. ntahla.. x nak membudayakan kot.. cuma sbb Husna mmg suka kek aising, so wajib beli kek aising pilihan dia tiap kali besday dia.. no candles of course..

Pas umi balik KK, sambung lagi berkursus di KL, after seminggu di KL, singgah di Bangi 2 hari sbb teman abah g kerja, umi n anak2 check in hotel biasa di Bangi... 
Since dekat Bangi umi dah mahir kedai mana yg kek sedap, kedai mana yg kek cantik, so decide cari kek kat Bangi je, kat KL menggagau skt, nak cari dobi layan diri pun x jumpa..hihi...


Sejak2 dah besar, dah sekolah, dah jadi anak dara ni.. minat pun dah berubah.. dulu2 dia ni hardcore UpinIpin, 
now dah pandai girly-girly.. minat pinky-pinky je... 
Utk mengelakkan dia terjebak terminat princess dongengan barat or patung seksi x semenggah tu, baik umi masuk jarum dulu, kenalkan dia dgn watak Ana Muslim.. yang ayu & sopan gitu.. ;)

So, skrg ni, kawan baik dia, Ana Muslim.. nak pakai baju n tudung macam Ana Muslim, jumpa booth Ana Muslim mesti melekat.. sib baik harga barang2 nya tak mahal n cantik2.. umi pun berkenan juga.. ^-^


Emm.. nak cite pasal kek tadi... 


So, inilah kek pilihan Husna tahun ini...
somellll x? ;)
macam sama pulak senyum dgn pipi kembang mcm tu..


x tempah, walk in saja
rezeki Husna, terus dapat yg menepati citarasa dia
warna pink, Ana Muslim.. sejak tau besday dia dh dekat, x putus2 request, 'nak kek Ana Muslim kaler pink..'



Selamat Hari Lahir kakak..
Umi & abah doakan kakak jadi anak yg solehah.. aminnn....
Umi n abah akan sentiasa berusaha mendidik kakak, menjaga akhlak & akidah kakak..
Semoga anak-anak umi dilindungi Allah selalu...
Amin..


Pas bergambar ayu-ayu
Zupp..
bertukar rupa..hihi

*
*
*


Ehh.. adik mana..adik??

Adik dah tidoo....
rugilaa adikk..


Sok pagi2, adik rasmikan kek dia pulakk..
budak cinonet kek pun cinonet..hihihi ;)


Sekian
Siaran tertunda dari BangiView Motel Sek. 9 BBB
28/03/2013

(",)

Thursday, April 11, 2013

Thoughtful Thursday #13

Assalamualaikum ;)

Segmen TT di hr Khamis.. owh. sy di Bangi skrg.. baru selesai kerja 2 hari di UM. Biasala transit ke sini dulu. Esok balik Terengganu..rindunyee anak2.. :'(

Masih penat ni.. selama duduk di sini, x penah mencabar diri utk survive sorang2 naik kenderaan awam.. asyik nk bertepek ngn hubby saja..
Tapi kali ni sy dh bgtau hubby siap2. x apa sy cuba berdikari sorang2 dr klia ke um sampaila hari ni ke bangi.. x payah susah2 nk amik half day keje ke apa nk jd driver sy.. Alhamdulillah perjalanan sy lancar & dipermudahkan..

Cuma kesimpulan sy ialah, living in a busy city is just not me..

Alhamdulillah..sgt tenang bekerja n hidup di kampung.. no traffic jammed. no banjir kilat. no berhimpit dgn bangla dlm tren. no sexy mexy n pelik2.. Hmm....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, April 9, 2013

Husna & Nadhmi

Nadhmi itu anak buah saya.. umurnya 6 bulan..

Husna nampaknya sgt admire dgn sepupunya yg seorang ini... tiap kali tgk gambar @ jumpa mulut dia x putus2 cakap 'comey-comey'

Mmg comelll n gebu... ni haa budaknya...
pic cilok dr instag ibunye

Hari minggu lepas, sepupu2 ini berpeluang berkumpul bersama2.. 
riuh rendah rumah aki.. 
Aki baru ada 4 org cucu, 3 hero sorang diva..Husna la tu.. hehe
InsyaAllah..more to come ^-^ (kenyit mata kat adik ipar (baca:biras) sy ;p)


Malam tu

Lepas keadaan reda, semua kanak2 dah kepenatan bermain..

Baby Nadhmi dalam buai, sy tgh teman Wafiq menyusu..

Tetiba Husna datang gosok peha sy, muka sy kenal ~ muka nak bodek sesuatu....

Dia cakap slow2 nada memujuk

"Umiii...boleh tak nanti nak bagi adik Wafiq kat Cik Ngoh..."

Sy terkejut, pandang abahnya tgh tersengih2..

"Kenapa nak bagi adik Wafiq kat Cik Ngoh ?"

"Nak tukar ngan baby Nadhmi.."

Adoiiyaiii...
Parah ni..

Saya tanya lagi
"Kenapa nak tukar? kan adik Wafiq adik Husna.."

"Baby Nadhmi comey, adik Wafiq x comey.."

Adoii.. sentap makk..

"Cuba tgk adik Wafiq.. kesiann adik.. ni adik kakak ni.. adik Wafiq pun comey.."

Wafiq masa tu terkelip2 dok hisap susu smbil pandang sy n husna
Ciann adik kan.. kakak kata adik x comey.. adik comey apa..huhu

"Husna nak baby Nadhmi.. baby Nadhmi baik.. x gaduh dgn Husna.. x rebut barang dgn Husna..."

Oooooo...
itu sebabnya rupanya..

Baby Nadhmi kan baru 6 bulan, memangla dia x pandai lagi nak main.. xde sifat possession lg.. 
tu yg husna seronok dia yg 'in-charge'


Adik Wafiq skrg ni dah ada perangai sendiri, dah pandai melawan n conquer barang2..
Husna rasa tercabar la kan..

Umi n abah sedang berusaha didik kakak mengalah dgn adik.. 
skrg ni nampak agak payah dia nak bertoleransi dgn adiknya...
Kami agak risau..
Ada sesiapa ada tips x?
:-/

*
*
*
*
*

Husna bersama 'pujaan hati' nya ;)


Malam itu, pantang baby Nadhmi bergerak @ nangis dalam buai.. berlari2 dia pegi ayun buai
Pastu cakap 
"ala baby nadhmi comey-comey...ni kakak ada ni..."

Amboinya la hai..
Hehe ;)

Thursday, April 4, 2013

Thoughtful Thursday #12

Assalamualaikum ;)


Cam biasa.. segmen TT di hari Khamis ;p

Owh, minggu ni bermula semula rutin mingguan macam biasa..
Doa-doakan rutin ini x lama lg akan sy tempuhi.. 
Really looking forward for some improvement in my life :-/

Happy weekend all
Have a quality weekend

Love

Wednesday, April 3, 2013

Shortest trip to Kota Kinabalu - Last

Sambungan dari SINI

Kasi langsai n3 KK ni malam ni.. yg ni last..pomiss..hihi ;)

Sesampai2 di tapak Pasar Pilipin yg sy cuma mampu melihat dari dalam teksi je semalam tu..
salah seorang teman yg memang dah biasa pergi sana, ajak dulu kitorg g tgk accessories di kedai seberang jalan..
katanya kedai yg glamer ialah Jamilah Enterprise..


pic dr luar je.. x berani pulak sy nk snap pic kat dalam kedai.. 
nampak ada org ngan walkie talkie je.. kang dia igt sy something lak..huhu..

Tapi ada satu pic ni sy amik

Nampak tak mutiara yg bentuk dia kerapu-kerapu tu..

jgn main2.. rega smpai belas2 puluh2 ribu tu tau..

sy cakap kat kawan sy, ada ke org nak pakai ni.. x cantik pun..
x cantik pun mahal jugak
kawan sy kata, klu artis n model pakai nampak cantikla kot.. kalau kita..... hmm....
ooo-keyyy... msg understood... hehehe ;p


Emm..nasib baik sy ni x obses bling-bling.. pusing 1 round dah bosan..
klu sesapa yg minat tu, nanar kejap kot dok dalam kedai tu..hehe..

Semua barang dalam tu ada less 50%, yg 70% pun ada..

Masa sy dok tgk2 tu kawan saya bisik, sbnanye kat gerai yg dalam pasar tu lg murah2 n byk choice..

Tapi memandangkan masa yg suntuk, alang2 dah terspend masa kat situ sbb kawan yg minat bling-bling tu tgh hanyut lagi dok memilih.. sy pun capaila juga bbrp bekas kerongsang utk bg hadiah kat makcik2 sy di kg..

xde pun bahagian saya.. sbb sy rasa kan, bnda macam tu banyak juga ada di semenanjung.. kat mydin pun cantik2 n rega samaaa jek....huhu.. tapi utk bagi kat org, xpela, kt bagi yg ada aura sabah-sabah sikit ;p

utk sy n adik ipar sy, cuma sy beli penyangkut handbag je..

cenggini.. pic google yek.. lupa nk snap lak..


giteww function dia.. kellas x kakton?hihi ;)


asyik masalah jee nak sangkut handbag kt meja kan.. x kesahla handbag x mahal pun.. @-@ (psst..ada handbag sy yg rega lagi murah dr hanger tu tau.. muahaha ;D)

Ok, setel di butik bling-bling dlm suasana aircond.. jom kita berpanas2 di pasar pula ;p



Saya x meriah sgt membeli pun, sbb sy datang dgn 1 beg sandang saja n sy nak maintain x nak letak brg dkt cargo..
so sy make sure pembelian sy adalah minima.. tambah 1 beg kecikk jekk ;p

Seperti yg digembar-gemburkan... silalah borong collagen, ikan bilis, apa2 hasil laut yg kering2 kat sini... mmg meriahh...

collagen @ sabah seaweed
silala borong.. 
sbb bila g semenanjung dah mahal sikit dah


kawan sy makan, mmg cantikk kulit muka dia..
nannti bila saya RAJINNN.. sy pun nak try makan juga.. 
yg UMS bg free tu..
sy x beli pun..muahaha ;)

kawan sy kata, sebanyak yg UMS bagi free tu pun dah brp puluh kali boleh buat, sbb nanti dia kembang kan ... so.. hmm ;p


gamat kering


Ikan bilis dia serius cantik2.. yg tu je sy beli.. 
nanti nak mkn bubur nasi kan.. sbb kat semenanjung ikan bilis halus tu agak mahal kan..


Yang lain2, sy banyak beli barang2 souvenir je.. 
keychain, fridge magnet, beg, tshirts.. yg ada ciri2 Sabahan..
itu je prinsip sy klu g mana, beli barang yg ada ciri tempat tu.. yg x ada kat tempat kita..

salah satu tshirt yg sy beli utk kami sekeluarga..

ngeh3x
keluarga apakahh??hehe



Emm.. tamatla sudah acara shopping...

pukul 3.30, bas datang ambik kami bawak ke airport..
tukar baju, solat, rehat jap.. boarding..

Bye-bye KK

InsyaAllah.. sy berhajat nak datang lagii..
sbb sy x puas hati x merasa seafood kat sana
gi kat pasar basah tu kan.. tgk udang2 dia.. mak aiii..!! 
Geram tau..geramm.. 
gemuk2 n gebu2..


di KLIA
sy punya yg belah kanan
tgk tu cinonet je kan xtra bag sy, yg biru tu ;p

okla.. boleh tulis topik lain dah pasni..
yay

good nite all..
(",)

Shortest trip to Kota Kinabalu #4

Sambungan dari SINI

Esoknya pagi2 buta kami dah kena ready utk program sebenar-benarnya.. meeting di UMS..

Emm, mesti ada yg pelik kn, awat jauh nau nk meeting sampai ke Sabah..

Ekceli meeting ni ada rotation, semua IPTA kena, sebelum ni di UNIMAS, kali ni di UMS.. next insyaAllah di UMT.. org UMT, mohon bawa kami jalan-jalan ke pulau ye ;D

Okla..pepagi tu.. after breakfast, cekidaud checkout, angkut semua beg.. kami dibawa naik bas ke UMS..
Hari ni hari last, flight kami pukul 5.30ptg, meeting jadual habis kul 12,

maknanya..

sempatla shopping jap...hihihihihi ;p

Ohh..kali ni x beria menyenap pic.. mungkin sbb blur-blur badan penat, rushing.. so just follow the flow..
so, x de pic sekitar UMS yg cantik.. tepi laut tau..
kitorg siap cakap, kang ada lanun mendarat kat sini kang.. hihi..diorg gelak je ;D

Okla..pong pang pong pang...meeting bla-bla-bla...


Kul 12 lebih.. habiss..
Alhamdulillah.. selesai tugas..
(",)

Oh ye, ada cenderahati dari pihak UMS... weee..suke2 ;p
Nak tgk x?

Ni dia..


Bekalan berkhemah
hihi..xdela.. ni produk2 Sabahan..
Ada kopi tenom, teh Sabah ngan jem mulberi
nyumss ;p

Brilliant idea..
nanti turn U saya, nak bagi budu, beras pulut ngan lepok..packing cantik2 camni jugak..boleh?;)

ni yg special
ni la collagen @ Sabah seaweed..
yg glamer kat Sabah ni..


instruction penggunaan dia
klik klu xleh baca


Tq UMS.. goodies yg sgt menyentuh hati..hihi (",)

;
;
;

Pas lunch..

"Abg drebar bas.. tolong anta kami g Pasar Pilipin ye.. "


Next n3

Mati seribu kali??

N3 KK lom langsai.. jom kita off topic jap..

Dah lama x buat n3 khidmat masyarakat lah sahngatt ;p

Maksudnya n3 yg kita sama2 boleh renung2 dan pikir2 jap.. just something to think about..weee.. ;)

***

Saya jarang dgr radio, tapi sy ada waktu rutin dgr radio.. iaitu weekdays around pukul 7.30-7.50 pagi dan 5.10-5.30 ptg.. of course dalam kete on d way g n balik keje.. tu je.. 

Plus selasa malam pukul 10, yang ni mmg purposely (",)

Kita cakap yg dgr radio dlm kete tu kan.. walaupun kadar masa sy dgr radio hanyalah +-20minit satu sesi.. tapi sy selalu terserempak (terserempak??) lagu yg sama..
means sometimes pegi n balik pun sy akan dgr 1-2 lagu yg sama.. well.. mainstream radio..

Oklah, panjang lak mukadimah..


Salah satu lagu yg selalu berlanggar bahu dgn sy time terserempak tu ialah lagu ni...

setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu

sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu

Cari sendiri la tajuk dia ekk..hehe  (kejamm x? ;p)

Honestly, melodi dia sedap, kena dgn jiwa sentimental sy ni.. tapi tiap kali dgr lirik dia tu kan.. sy macammm.....err... berpeluh dahi sikit...

Dalam hati saya, kesiannya ppuan ni.. sampai macam tu sekali..
even dj radio tu pun penah sound..
"ni kes buli ke apa ni??"
hahaha... maknanya dj tu pun lap dahi jugak dgr lirik lagu ni....

Kamon..

Sometimes lirik2 lagu ni kan... melampau2..
Nak bagi ayat power.. jiwang karatt hijau pun.. agak-agakla sikittt....

Nak mati seribu kali???

Mari kita baca sedutan kisah ni jap....

Diriwayatkan bahawa, pada suatu ketika sekelompok orang Bani Israel lewat di sisi sebuah pemakaman. Mereka berkata satu sama lain..

"Alangkah baiknya jika salah seorang di antara kita berdoa kepada Allah Taala agar seseorang dari penghuni kubur ini bisa bangun dan menggambarkan kepada kita berita tentang alam kubur..."

Justeru, mereka bersama2 berdoa kepada Allah.

Tiba-tiba, salah satu mayat bangkit dari kuburnya dan di tempat antara kedua matanya terdapat bekas-bekas sujud. 

Si mayat bertanya...

"Wahai kaumku, apa yang kau inginkan dariku? Aku menderita akibat rasa sakit saat sakaratulmaut selama lima puluh tahun terakhir ini.. Apa yang kuderita saat kematian belum juga berkurang hingga saat ini..."

***

Hmm... masih nak mati seribu kali utk buktikan cinta??

Walliyullah besar Syaddad bin Aus berkata,

"Mati adalah bencana yang paling mengerikan di antara semua petaka di dunia ini dan di akhirat nanti bagi seorang mukmin.

Ia lebih menyakitkan daripada badan dicincang dengan pedang atau gunting, atau direbus dalam kuali..

Jika seorang yang mati bisa bangkit dan memberi tahu kepada penduduk dunia tentang kematian, maka mereka tidak akan mengambil suatu manfaat pun dari kehidupan dunia dan tidak akan pernahdapat tidur barang sejenak pun.."


***



Apatah lagi bergebang utk mati seribu kali.......



***

Aipp..jgn main sedap mulut je nak nyanyi.. wafiq marahh ni..
Nampak kening kerut ni..!!
Makan aiskrim lg sedap..


Bye
(",)

Shortest trip to Kota Kinabalu #3

Sambungan dari SINI

Trip je yang shortest, tp entri x.. x taula brp episod ni..hihi ;p

Ok, malam tu kami ada dinner.. tapi bukan kat ballroom hotel yang sama, tapi hotel lain, di sebelah.. masih dalam bangunan mall yg sama.. kena jalan kaki sikit la.. dekat je..
Ermm..hotel tmpat kami dinner ni nampak cam ok sikit.. x taula kot sbb sy dah prejudis ngn hotel yg sy stay tu ke apa..huhu

Sy xde snap pic pun spjg dinner ni.. nantila bila pihak UMS emelkan pic2 kat sy, sy update kat sini.. (ada org kesah kee? hihi.. xpela, sy kesah.. sbb ni blog sy..catatan sy.. buat kngn sndiri je pun ;p) 

n sy pun dah x igt apa yg sy makan.. yg sy tahu, semua berat2.. dari makhluk air, darat, udara.. tumbuhan melata, tumbuhan bergayut.. semua ada..hehe

tapi kan, kan td ms kat bilik sy dah bedal megi 1 cup, roti 60sen seketul, kit kat seketul, ngan air milo sekotak plus oren jus yg x minum ms dlm flight td....

makanya, nafsu nak makan ms dinner ni xdela meluap2 sgt pun..
sy cicip sikit2 je semua hidangan.. smpai hidangan 3rd last, sy hanya mampu memandang org lain makan.. huhu..
Surrender..

Masa pengerusi buat ucapan.. ayat pertama yg dia bagi kat kitorang... "Tahniah kepada semua yang berhati kering berani datang ke sini...." hihi.. ;p

sindir nampak.. maklumla, sebelum ni kecohh je org semenanjung takut-takut nak datang.. sekali dah sampai, terus menyesal sbb kansel program lawatan.. siap ada yg request mintak teruskan program lawatan... tp sorila.. nasi dah jadi bubar..ehh..bubur.. (Bubar?~rolling eyes @-@)

Tapi sebenarnya ramai juga yg mmg x hadir n xde wakil.. dari 20 IPTA, cuma 14 yg hadir.. lagi 6 xde.. so agak suram la dinner kali ni sbb x penuh korum.. juara2 karok xde..
Nasib suara pengerusi sebijik Broery Marantika bila nyanyi lagu Widuri.. n suara stafnye sejibik Abu Bakar Ellah bila dia nyanyi lagu Sabahan.. best ;) (Err..Abu Bakar Ellah org Sabah ke Sarawak ekk??)

Mata sy dah nak tertutup sebelum habis event lg.. yela, dari pagi2 buta lagi dah kerah tenaga.. ohh.. nasib pihak penganjur memahami kepenatan kami, event x berlanjutan lama n xde acara yg mendera kami mcm sblum2 ni..hehe.. Pukul 10 dah langsai dah boleh balik bilik... syukurr... ;)

Tapi...

Malam tu......

.
.
.

......saya langsung x boleh tido...

:-/


krekk..krekk..
(bunyi cengkerik)


next n3 ~ ke UMS

Tuesday, April 2, 2013

Shortest trip to Kota Kinabalu #2

Sambungan dari SINI

Dari airport kami amik teksi ke hotel, nama hotel x nak sebut sbb ada edisi nak kutuk sikit jap lg sbb x puas ati sgt.. huhu..

Masa on d way nk ke hotel tu, lalu la kot Pasar Pilipin yg disebut2 tu.. kononnya klu nak borong collagen n ikan bilis kat situ la tempatnya.. 

"nnt kita jalan kaki datang sini nak".. kawan sy cakap kat sy... Saya angguk laju2 ;D

Sekali hapaa.. lajuuu je lg teksi meluncur.. maknanya hotel kami jauhhhh lagi... xde mananya nak jalan kaki g pasar pilipin dah..hehe..

Hotel yg kami duduk tu, dekat dgn UMS.. letaknya dalam mall yg besar.. ala2 Mid Valley la klu kat sini.. tp kecik sikit.. org KK mesti tau hotel apa berdasarkan hint ni..hehe ;p

Emm..kami diberi bilik superior.. sy mintak standard je, nak dok sorang je kot, lgpun smlmn je, plus kn bayar sndiri dulu malasla nak amik yg mahal, tp x dapat.. so terima la bilik superior dgn harga 200++ dah govt rate katanya.. 
ok la.. agak standardla harganya..

Tapi bila masuk bilik kan, hmm.. rasanya bilik itu sama saja standardnya dgn bilik standard di hotel2 lain.. sy siap call reception tanya, kot dia bagi salah bilik.. sy kata x sepadan harga.. ahaii..berlagak betul org semenanjung ni.
bukan pe, kenala tanya.. klu betul dia tersalah bg bilik kan dah rugi kat situ..hehe.. 
tapi katanya dah betul la tu bilik superior.. 
Hmm..nak wat camno..redho je la.. wlupun hati menggerutu sikit.. 
dahla xde bathtub, xde iron dlm bilik,kna mintak, sabun shampoo semua kedekut, paip rosak, pintu bilik air rosak, haa.. apa lagi...huhu :-/

Tapi kan, gerutu hati saya terbayar kot sbb saya dah............

PATAHKAN IRON DIORANG...HAHAHA

Nasib la, iron pun dah reput tangkai dia.. bukan sy niat jahat k ;p

***

Jadual kami mmg pack, maklumla masa singkat.. sy cuma ada masa utk bersihkan badan n solat saja dalam 20minit mcm tu.. pastu terus kena turun utk pre-meeting.. 
makan pun x sempat.. laparr sgt.. last mkn dlm flight td je.. 
huhu.. nak nangis :'( (klu husband sy tau msti dia pun sedih jugak sbb dia bukan boleh dgr wife nya ni x cukup makan.. selalu dia tanya, syg lapar x? syg dah mkn?kesian syg lapar..hihi ;p)

Saya pun menyelinap jap ke mall, g kedai ala2 7E cari roti, megi, kitkat n air milo.. 
sekali masuk bilik meeting.. hambekk... penuh makanan.. owh, smp skrg sy terbayang rasa popianya yg sedap tu.. x penah makan popia sesedap tu.. nyummss.. (jgn mengidam pasni dah.. menggagau nak kn g KK lak cari popia tu..)

Pre-meeting abis kul 6.. sy dah surrender x nak ikut g mana2 dah sbb badan dah lemau.. naik bilik makan megi n habiskan makanan yg beli tadi.. pastu rehat jap.. terlelap.. 
Ok, sy skrg berada di Sabah, bukan di Semenanjung.. maghrib pukul 6.30 ye.. lupa lak.. terlelap smp kul 7, 7.45 dah nak kena ada kat ballroom utk dinner..

Jawab dia..

Kelam kabutt


***
next n3

ready utk ke dinner
kepala masih ting tong tkejut tido
temanya kasual je

psst~ nampak x perut ai ;D

Shortest trip to Kota Kinabalu

'Shortest' tu nak melambangkan betapa sekejapnya sy berada di KK ari tu..;p

Kisahnya, sy ke sana atas urusan kerja..
Perancangan2 dah lama disusun atur.. sejak Nov 2012..
Tetiba,
jadi krisis Lahad Datu tu kan, makanya ramai la yg seriau bila dgr kata kena pergi Sabah kan..
Sebut Sabah je ingat Lahad Datu kan?
Macam2 diskusi, emel sana sini, mohon penjelasan situasi kat sana, mohon tunda, mohon tukar venue..

Pong pang pong pang..

At last,
Pihak UMS bagi assurance yg keadaan di KK terkawal dan terangkan KK ekceli sgt2 jauhhh dr tempat krisis tu..

Still, ada yg doubtful nak pergi..

Saya..?  husband n family dgn berat hati bg pergi dgn syarat ada teman bila sampai di KK.. (memandangkan delegasi dari UMK adalah sy seorang)

Perancangan awal program adalah selama 3 hari.. tp disebabkan ramai yg refuse utk join especially program last iaitu lawatan ke Kundasang n Ranau..
n ramai sepakat nak buat yg wajib saja iaitu attend meeting sahaja, maka program sampingan, bengkel n lawatan dibatalkan..
jadila 1 hari sahaja..
me rasa lega sbb me x nak terlepas jenguk anak minggu tu sbb next weeknya ada kursus lg...huhu.. kalau extend hari, mungkin x sempat balik kampung utk amik anak2 :'(


Sbb tu la jadi 'shortest' trip... kesahnyee.... ;p


Hari itu hari Selasa, pepagi buta sy sudah tercongok di airport Kota Bharu.. flight 6.45pg,
turun sblum Subuh lagi, sampai di airport sudah dipanggil2 utk masuk ke departure hall.. nasib sempat solat subuh kat surau dalam tu.. berhimpit sikit dgn rombongan yg ramai utk pergi umrah.. xpe..ambik berkat (",)

Sampai di KLIA dalam pukul 8, owh, flight ke KK 9.40..
melangut lagi.. duduk2 makan roti n minum air kotak sorang2..huhu.. tengok2 gelagat org.. pusing2 window2..
dalam kul 8.45 kawan sy dari UPNM sampai, legaa.. dah ada kawan.. bosan sorang2 ;)

Ok, flight ke KK ini lamanyaaa sy rasa.. 2 jam 30 minit.. biasa saya naik bas 3 jam, at least naik bas leh jugak tgk pemandangan kat luar buat hilang boring, ni nak tgk apa, tgk awan je la..hehe..

Dalam pukul 12.30 saya pun menjejakkan kaki di negeri di bawah bayu ini.. for the first time ever..hihi..


K la, sambung next n3 la pulak ek ;)


Poster U saya yg gedabak di airport Kota Bharu
See.. ramainya bosses yg anta sy kat airport pagi tu..
haha..poyo me ;p

Monday, April 1, 2013

Penat n pening

Dah lama x share cerita kat sini.. 2 minggu lalu agak bizi ke sana sini..
Penat n pening..
Lepas ni klu kena travel jauh dalam masa yg singkat mungkin kena fikir balik..
Nak2 dalam keadaan badan x berapa fit macam skrg ni..

4 flight dalam masa 3 hari,
Masuk destinasi akhir, sampai di Terengganu saya sudah agak pening & berhalusinasi..
Rasa lost x tau ada kat mana.. bunyi macam melampau, tp mcm tu lah hakikatnya, mungkin sbb sy sgt penat..

Hari ni 1st day masuk kerja selepas agak lama meninggalkan ofis, patutnya hari ni n esok sy ada program lagi n kena terbang lg, nasib ada bbrp miscommunication, so x jadi pegi.. hihi..selamatt ;p

Ada banyak juga benda nak share n catatkan dlm blog ni buat kenangan..
Next n3 k (",)

Kesayangan