Thursday, February 28, 2013

Thoughtful Thursday #7

Salam Khamis ;)


*banjir sudah di Pantai Timur, sy harap x mengganggu perjalanan sy balik ke Terengganu hari ini...huhuhu... insyaAllah..

Selamat berhujung minggu
(",)


Wednesday, February 27, 2013

Inspirasiku


sambungan dari entri ini

I adore her..

I mean.. really really adore her..

She's such an inspiration.. ;)

Beliau sgt berpengaruh besar ke atas perubahan hidup saya.. gaya hidup, gaya berfikir, gaya berpakaian.. (bab ini- sy masih sedang memperbaiki tahap menutup aurat).
Saya doakan keberkatan dan kebaikan atas beliau kerana telah berjaya menusukkan tarbiah ke dalam hati saya....

Alhamdulillah.. sejak diperkenalkan oleh staf kedai buku MPH kepada novel beliau, Tautan Hati, sejak itulah sy mula mengenai beliau.
Sejak itulah sy mula sejuk membaca coretan-coretan nya di lembaran novel2 beliau yg lain,
memburu hikmah dalam titipan2 beliau di kolum2 pelbagai majalah,
meneguk dakwah dari koleksi video ceramah2 beliau di Youtube.

Ya, hati sy memang sgt terpaut.

Damai..

(",)

Alhamdulillah. Jumaat malam yg lepas yg sangat mengujakan. Beliau ditakdirkan bertandang untuk berforum ke IPTA tempat kerja saya..

Syukur kerana terlebih dahulu diizinkan berkenalan dgn teman yg memungkinkan saya untuk menyertai forum ini. Tanpa info dari mungkin sy tidak berpeluang untuk menyertainya memandangkan ini adalah event pelajar dan tidak diwar-warkan secara meluas.. mungkin kerana tempat terhad..

Fokus forum beliau mmg selalunya untuk remaja, namun sy yg dah tak remaja ini pun turut menyelit sama.
Di celah2 ratusan pelajar, mungkin hanya kami bertiga staf. Tp dua rakan sy itu tak apalah, mereka masih muda remaja ;) sy pun nampak remaja apa..uwekk



Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin
My all time favourite ;)


Remaja tua enterframe kat belakang tuu..



Sedikit tandamata buat kesayangan

Love
(",)


Mata sudah merah


Remaja bertiga..hehehe ;p


***

Alhamdulillah... 
Berbaloi2 sy burn 2 tiket
Minggu tu balik dua hari lewat ke Terengganu
Tak apalah, bukan selalu menerima kunjungan insan yg bermakna
Senyum ;)

Monday, February 25, 2013

I am fine..


I like to pretend that everything's all right.

Because, when everybody else thinks that you are fine, 
sometimes you forgot for a while that you are not.....






Thursday, February 21, 2013

Thoughtful Thursday #6


Salam Khamis all (",)

***

Tuhan sentuh aku dengan cintaMu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diriMu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena
Arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

* Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya denganMu... Aku tenang..
Aku tenang..

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

*


~DenganMu Aku Tenang - Opick~

Wednesday, February 20, 2013

H.A.P.P.Y

Sebelum ini, saya dok fikir n berangan sorang2,

Ustazah Fatimah Syarha yg manis itu, boleh dikatakan sudahpun pergi ke semua IPTA di Malaysia ni, kecuali Universiti tempat kerja saya..

Saya juga selalu mendengar beliau berceramah & berforum di negeri2 lain, tp jarang sekali mendengar beliau datang ke negeri kelahiran suami tercintanya ini..

Saya berangan, kalau saya ditugaskan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, pasti saya akan arrange 1 program & menjemput Ustazah yg lunak ini hadir menyebarkan bahagia di U sy ini...



Tanpa disangka-sangka..........



Tadi ada seorang teman sekerja saya yg juga saya kenali kerana sama2 meminati Ustazah Fatimah Syarha, tagged saya 1 poster di FB..


Saya pada masa itu on the way balik dari kerja luar, sgt terkejut & excited bila tgk poster itu... 
Sepanjang perjalanan yg berbaki lg 1 jam itu sy tersenyum2 & hati berbunga2...

Saya tidak sangka beliau akan berforum di Kelantan.
Saya tidak sangka beliau akan menjejakkan kaki di UMK... di tempat kerja saya!!!
(",)

Alhamdulillah... insya Allah ada rezeki ada jodoh sy akan berpeluang mendengar beliau secara live lg.. :)


* Can't stop smiling.. ;)
H.A.P.P.Y

Tuesday, February 19, 2013

Warkah Cinta Berbau Syurga


sambung ayat n3 lepas..hehe

Oke, pastu baru2 ni barulah novel Warkah Cinta Berbau Syurga di stock up di pasaran.

maka..

Maka, dengan lajunya sy menerjah Bookcafe

Wah, ada diskaun + free delivery lg.. best2.. ;)

Sebelum ni sy agak malas membeli on9b sbb rasa x berbaloi ngan shipping cost tu

Kalau nk beli buku kat MPH, sy akan kumpul order dulu, sampai dapat free delivery.. kedekut

yela, x kuasa nak membayar shipping cost yg costy, nak2 buku, kan berat..

Ada juga on9 shop yg hentam kaw2 punye shipping cost

macam baru2 ni sy nak beli mainan husna, beratnya x sampai 1 kg kot, reganya RM50, tapi shipping cost RM14.. 

At last sy beli di alam nyata, dapat brg tu harga RM49.90.. haa..lg murah.. seposen
tp klu sy teruskan hajat beli on9 ari tu tak ke sy kena bayar RM64??
x masuk caj bank lagi..

tetiba rasa sy ibu yg hebat sbb buat pilihan bijak..apekes ;p


Err..
Mek, ni n3 nk cite pasal apa ekk??

Oohh... sori2.. hihihi
Pasal novel tu kan..

Oke la, dipanjangkan dipendekkan cerita 

Inilah 2 bijik novel yg sudah smp ke tgn sy mgu lepas..;)

RM29.99 saja utk 2 buku ini ;) 

Edisi cetakan baru ni ada gambar2 di sebalik tabir drama tu n testimoni pelakon2 nye


Pelakon watak Balqis itu cantik
Kalau org pakai purdah ni mmg org luar akan tertanya2 n teringin nak tau camana rupanya
Nampak tak betapa yg tertutup itu 'interesting' ;)

Dalam episod last dia buka juga akhirnya purdah dia tu
Saya pun jadi macam, eh, knp nak buka2 purdah lak ni, x perlu ada scene tu pun x pe sbb mmg identiti dia berpurdah kan
Rupanya di luar set dia x berpurdah.. So, ok2.. tiada masalah di situ ;)


Tapi sy paling suka tgk pelakon watak Tasnim
HelizaH tu mmg dah berada pada kelas tersendiri la kan ;)

Tapi sy frust sbb bila sy google2 pelakon watak Tasnim tu kan, rupanya dia x bertudung n seksi..
Frust frust
Saya doakan dia menutup aurat satu hari nanti.. sbb dia nampak sgt cantik, bersahaja & kena dengan penampilan bertudung labuh macam dalam drama tu... ;)

Ok, komen dari sy yg x suka tgk drama ni, 
tapi drama ni sy suka..
Alhamdulillah.. industri kita perlu banyakkan lagi drama n filem genre begini
bukan genre sahaja, tapi pengisian yg sejahtera, dari penulis skrip dan pengarah yg berakidah dan berakhlak sejahtera..
Barulah masyarakat boleh dapat input yg benar tentang Islam..dan mengelakkan fitnah kpd agama kita..

Sambungan drama Warkah Cinta , tajuknye Cinta & Wahyu tgh shooting, akan ditayang dlm bbrp bulan lagi.. InsyaAllah..

Drama sebegini pun satu bentuk dakwah juga

(",)

Sensasi v Psikologi

Pasal video org gaji hempas baby tu kan..

Saya tak berani nk tgk, sy takut sy yg trauma.. tp hati ni meluap2 nk tgk, buka la juga. Sy sempat tgk 'hempasan' yg pertama je.. terus tutup..

Saya, di antara berjuta-juta ibu lain yg x ada kaitan pun dgn baby itu, tgk x sampai seminit pun vid itu.. trauma n terbayang2..
Apatah lagi ibu bapa baby itu.. dan ahli keluarganya yg lain.....

Ok, sy x nak membebel pasal kejadian tu. Kita x berhak nk lontarkan pandangan macam2, sedih juga membaca jutaan komen2 pada video itu yg sy rasakan, klu ibubapa baby itu membacanya, pasti luka di hati mereka tambah parah..... :'(

Cuma,

Saya terkesan dgn kejadian pagi tadi, semasa ibu baby itu ditemuramah melalui telefon dalam tv berapa (cari sndiri) pagi tadi...

Sepanjang temubual itu, klip video baby itu dihempas ditayang berulang-ulang-ulang kali....

Saya yg x berani nk tgk dah tertengok sbb tertayang depan mata kan.

Emmm....

Kalau jadi kat diri kita... nak ingat balik pun kita trauma, apatah lagi ia ditayang berulang-ulang depan mata...

Pasti ada di kalangan keluarga mangsa yg menonton juga pagi tadi. Apa perasaan mereka?

Apakah cuma SENSASI yg dipentingkan lantas mengenepikan kesan PSIKOLOGI??

.
.
.

Well, this is merely my point of view. Feel free to have ur own opinion..


Monday, February 18, 2013

Kala Cinta dan Wahyu Bersatu

Entri berkurun yg sy tulis dulu, sy dah mention, yg prinsip sy bila membeli buku fiksyen -or- per say 'novel' adalah ~ sy follow penulisnya..

Kalau buku non fiction, x kisah mana2 penulis asalkan isinya menarik & bermanfaat..

Entri ni just nak cite pasal 2 bijik buku ni je, penulis yg baru sy nk start follow ;)

Ok, harus mukadimah dulu.. kisah asal usul, sebab musabab sy mula suka nak follow..

Memula tengok kat FB, HelizaHelmi upload pic dia pakai baju sekolah, ngan tudung labuh bagai... aloo, comelnye..

Dok promo drama yg dia berlakon "Warkah Cinta"

Banyak yg buat sy tertarik ngan drama tu, sbb banyak benda dlm drama tu yg dekat di hati sy..

Tapi sy adalah tiada masa utk mengadap tv, maka sy download dari youtube saja kesemua episod nye.
Cite tu dah habis tayang kat tv baru sy start tengok..boleh?hehe

Alhamdulillah, menepati citarasa lah drama tu.. cuma annoyed skt dgn watak Balqis yg asyik accident je x abis2..

Pastu, bila watak Wardah (Heliza) meninggal dunia.. rasa sepi n x semangat skt nk tgk..

Yang best dalam drama tu, dengar IM Nazrul mengaji.. merdunya...

n lepas tu terus semangat nak letak nama anak akan datang 'Amir Mukhlis'.. hihihi (suami sy baca ni habislaa..dah plan nama anak war2kan siap kat orang lain x bgtau dia dulu...;p)

Pas habis tgk drama tu n tak berapa teruja ngan endingnye, mulalah misi mencari novel yg mana darinya ia diadaptasikan itu.. fuh,ayat berbelit!

Well,biasala, after drama tu, mestilah meletup jualan novelnye, maka tiadalah sy rezeki utk memilikinya kerana kehabisan stok di mana2...

Pastu, satu hari tu, sy berkunjung ke library di tempat kerja saya...
Jumpa novel sambungan Warkah Cinta tu..
Sukeee ;D

pinjam library
of koz akan beli juga nnt sbb x puas ati selagi xde kepunyaan sendiri ;p

Kala Cinta dan Wahyu Bersatu

Selepas habis membaca novel ini, barulah saya mula suka pada watak Balqis tu.. ;)

Tak sabar nak tunggu dramanya bbrp bulan lg.. tapi katanya banyak yg diubahsuai dr novel asal, kita tgk saja, mana tau lg menarik.. ;)
.
.
.
.
.
Oke, pastu baru2 ni barulah novel Warkah Cinta Berbau Syurga di stock up di pasaran.

maka..


Emm..penatla menaip.. 
next entri la plak ek..hihi
(",)

Buku

Dah lama x update pasal buku.. tgk kat label n3 psl buku ada 2 je.. tu pun dah berkurun..ish, pemalas betul..!

Hihi.. ;p

Takdela malas sgt nak membaca, rajinn la jugak sikit..

Berkunjung ke kedai buku, mencium bau buku, beli n balut kemas2.. adalah keghairahan dalaman yg sukar diungkapkan....

Selama mengisi borang BE, pelepasan buku mmg digunakan sepenuhnya..

Cuma nak isi tahun ni utk penilaian 2012, baru tersedar, owh, 2012 x beli buku ek??

Tahun 2012 mmg hidup sy upside down - bersalin, berpantang, dapat kerja baru, pindah, berjauhan dari hubby, (tnpa suami n anak2, sy adalah tidak bersemangat utk shopping),  MPH xde kt kg (padahal ms dok kat sana pun byk beli buku on9 juge..huhu) - yeah, itu semua2 faktor2 yg membuatkan sy tidak berkesempatan membeli buku... alasan

Salah satu sbb sy x banyak update pasal koleksi buku2 saya kat dalam blog ni sbb, malas nak ambik gambar.. hehe

Normally n3 dalam blog saya ini semuanya, picture comes 1st, dari gambar timbul la ilham nak bercerita..
Bila nak bercerita, tapi gambar belum ada ni yg liat sikit..hehe

Sbb tu la bisnes baju saya dulu x menjadi, sbb malas nak amik gambar.. emm, baju2 tu ada 1 luggage lagi, buat bekal anak2 sy pakai n bagi hadiah kat org je... dasar pemalas..huhu

Anak-anak pun sgt minat pada buku, Husna sgt menghargai buku & sgt happy bila pergi kedai buku.

Wafiq pula lebih cenderung pilih buku & kertas berbanding mainan. Kalau mainan dia pegang sekejap pastu dia campak, tapi kalau buku mmg dia minat... Semoga sampai besarla anak2 umi suka pada buku & cintakan ilmu ;)

Oke, mukadimah.. panjang nau ..
Nak tulis pasal lain sbnanye, next n3 la..

(",)


khusyuknye pilih buku...mesti buku2 best ni.....

aikk..buku UpinIpin je?? hehe

Husna n sekolah - Part 2

sambungan yg bertanda * tadi

Bila Husna berwudhuk :

Wudhuknye mesti disertai dgn lagu sekali

"Kami pelajar PASTI..ingin mengambil wudhuk.. basuh tangan.....blabla... kaki"

Pergi solat dekat masjid subuh2 hari pun dia boleh nyanyi juga sambil amik wudhuk...

Jenuhla umi bisik.. "syy..husna slow sikit suara..."

Sabar jela..... hehe ;)


Bila Husna bersolat :

Bentang sendiri sejadah, pakai telekung sendiri n mula solat...

Solatnya manjang 2 rakaat je.. sudah solat pandai pulak cakap "Umi, dua je Husna solat.... kalau solat dgn umi baru lima.."
Lima?? Solat apa yg 5 rakaat tu nak ooii..hehe.. ;p

Mulut kumat kamit.. umi boleh baca gerak bibir dia tang doa iftitah ngan al fatihah je..
Lepas tu, rukuk sujud semua sampai tahiyat akhir mulut kumat kamit x tau dia baca apa..hihihi

'Khusyuk' tau dia solat.. umi nampak muka dia serius sgt, umi saja test, panggil nama dia..
Tak berkutik sikit pun... teruskan solat sampai habis...
Ok-ok-fine...x kacau dah.. ;p



Bila Husna nyanyi :

Memula lagu yg dia bawak balik, lagu 'AEIOU' macam video n3 lepas tu

Bila tang nak sebut A bunyi Ayam.. tetiba
Wafiq yg dulu menyahut.. kok kok kok...

Wafiq mmg pantang dgr perkataan 'ayam'.. cepat je dia 'berkokok'..hehe.. kampung boy la katakan.. ;)

Menjerit2 la kakak, "Biar Husna sorang je nyanyi.. adik jgn nyanyi.."

Tapi nak wat camana, wafiq mmg alergik perkataan ayam... maka riuh rendahla..siap ditutupnya mulut adik.. kesiann si kenit tu....




Pastu nyanyi lagu 'Air Mutlak'

'Air mutlak..ada 7... 3 dari langit..4 dari bumi...........lalala"

Mengingatkan daku kpd seseorang...
tapi orang tu pasal jenis2 najis..
well, if u know what i mean~


Sekarang, dia suka nyanyi lagu 'Anak Nabi Kita'..
ingat lagi x lagu tu.. kita pun nyanyi dulu masa tadika ;)

"Anak nabi kita ada 7 orang..3 lelaki, 4 perempuan......lalala..."

Tapi skrg Husna nyanyi yg versi rumah punye... tajuknye 'Dalam Rumah Kita'

Liriknye camni..
"Dalam rumah kita, ada 7 org, 3 lelaki 4 perempuan,
Aki, abah, adik Wafiq
Wan, umi, ciksu dgn Husna.."

Hmm.. suke ati dia je kann??hehe ;)

My Husna
(",)


link

****


"To be in your child's memory tomorrow, 
you have to be in their lives today.."

Sunday, February 17, 2013

Husna n sekolah


Sedikit catatan mengenai progress Husna sejak mula sekolah.. sebelum ia kabur dari ingatan umi...
Semoga jadi kenangan di kemudian hari ;)


# Mula bersekolah seminggu lewat , sbb minggu pertama umi n abah culik jap bawak balik rumah tokma

# Sekolahnya dari pukul 8pg - 12tgh

# Selasa hingga Khamis adalah hari kelas Iqra' start pukul 12.30tgh - 2.30 ptg

# Hari pertama kelas Iqra', Husna balik naik van sekolah, pukul 4 baru sampai rumah sbb driver anta budak yg duduk jauh dulu..
Kesian anak umi, katanya - "Mata Husna sampai gerak2 dah" (mata gerak2 = ngantuk)

# Hari Iqra' seterusnya aki jemput

baru balik kelas Iqra'


Sebelum ni, aki n umi sudah ajar Iqra di rumah.
Lepas dah sekolah ni ~
H : Husna nak baca Iqra' dgn ustazah sorang je....x nak ngan aki, x nak ngan umi....
U : Kenapa x nak baca dengan aki dah?
H : Sbb Husna malu..
U : Kenapa x nak baca dengan umi lak?
H : Sbb Husna ngantuk..
U : (adaa je jawapan dia...)

(bila baca Iqra' ngan umi, nak habiskan 2 muka pun, 20kali menguap..
bila baca Iqra' ngan aki, alahai x keluar suara... sabar jelaaa..)


# Sepanjang di sekolah, sanggup tak pergi toilet, sbb - "malu kat cikgu.."

# Di sekolah cikgu panggil 'Aini'

# Kawan2 Aini pun semua nama bermula huruf A ~Ana, Amalina, Aqil, Aqif~ generasi tahun 2009 nama mula huruf A kot..hehe

# Adik Wafiq pun terikut2 rutin kakak sekolah juga.. dekat2 pukul 8 n pukul 12 tgh, adik Wafiq gelisah :
1) Dongak tgk jam dinding (mcm yo-yo-o je kan, tp mmg btul dia tgk jam..;p)
2) Tangan tunjuk ke tempat simpan kunci motor
3) Pastu tunjuk pulak ke arah motor
4) Last resort - nangis - sbb nak keluar jalan2 naik motor sgt2 dah

# Aki yg hantar n ambik Husna. Terima kasih banyak2 pada Aki.. x terbalas jasa aki.. :'(

comel kan, aki n cucu2 ;)



Setakat hari ini, baru lebih kurang sebulan lebih bersekolah, tapi umi sangat impress dengan macam2 ilmu yg sudah dipelajari.. Antaranya:


- Hafal doa2 asas 
(sblum sekolah just hafal doa makan, lepas makan n doa tidur shj..huhuhu)
- Hafal doa iftititah
- Hafal Al-Fatihah 
(ekceli dr sebelum sekolah sudah hafal)
- Hafal doa dhuha
- Hafal selawat syifa'
- Hafal Ayat Kursi
- Pandai berwudhuk dgn tertib*
- Solat dgn tertib & tamakninah*
- Lagu2 nasyid*
- Zikir munajat
- Selawat

Umi tertunggu2 lepas beberapa bulan lagi, apa ilmu yg Husna nk bawak balik lg..
Terima kasih ustazah2 Husna ;)



tanda * means nnt ada cerita di sebalik.. hehe.. semangat umi, macam buat nota lak ;)
next n3 k

Hakikat kiri & kanan - dari kacamata Husna

Hihi.. tajuk nak panjang...

Well.. tak kata kat dia la kan.. dia budak 4 tahun..
Masa kita kecik dulu pun kita keliru juga.. kiri ngan kanan..
Nak2 time senaman masa kelas PJ tu kan, cikgu tunjuk wat senaman, cikgu angkat kaki kiri, kita pegi angkat kaki kanan kita.. sebab sama alignment dgn cikgu.. Puas la cikgu jerit, 'kiri awak, kanan saya...'

Ke dah besar panjang ni ada yg keliru lagi? Sbb time senamrobik kat tempat kerja sy 2 minggu lepas, instructor tu ada jerit jugak, 'kiri saya, kanan anda...' Acaner tu? ;)

Ok, tu mukadimah..

KISAH 1

Aini Husna, melihat siaran azan di tv al-Hijrah,. tetiba menjerit..

"Wan, Aki, Umi... orang tu solat salah.." (scene yg pramugara n org OKU solat tu...)

"Kenapa lak salah..?"

"Tangan basuh yak duduk kat bawah, bukan kat atas..tgk ni husna buat.." sambil buat gaya kiam.

"Yeke..nnt umi tgk bila azan lg sekali.."

Maka, tertunggu2 la umi bila azan seterusnya. Seriously, we never bother utk perhati benda tu.. benda tu tertayang beribu kali pun x perasan..

Rupanya, dalam siaran tu, dah betul dah org tu solat.. cuma dia nya keliru, kanan org tu, kiri dia.. tu yg dia kata salah... hehehe..

Apapun, good sense Husna.. ;)


KISAH 2

Di meja makan, Husna akan duduk berhadapan dengan akinya.. Bila aki mula makan..

H : Akiii.... bukan makan dgn tgn tu.... tu tgn basuh yak..kotorr..

U : Husna..dah betul tu aki makan tangan tu...

H : Bukan umi... tgk ni.... (dia julurkan tgn kiri dia, bg kena dekat tgn kanan aki...)

U : (Umi n aki gelak) Takk... meh sini umi tunjuk... 

Umi pun buat la demo pusing2 kan badan.. nak tunjuk kedudukan tgn kanan n kiri... dia diam, tapi muka dia x puas ati sgt..hehe..


KISAH 3

Kisah yg ketiga ni x berkait sgt kiri kanan, cuma lately sy hairan knp husna eja perkataan terbalik..
Bila baca pun dia baca terbalik.. menulis pun mula dari arah terbalik.. dari kanan ke kiri..
Saya terus fikir jauh.. 'anak aku ni disleksia ke??'

Rupanya sbb sejak sekolah ni dia banyak didedahkan dengan tulisan jawi.. sbb tu tulisan rumi pun dia baca macam jawi juga..

Ohh.. sebijik macam abahnya masa kecik.
FIL sy cerita, husband saya pun dulu baca buku belek dari belakang n baca dari kanan ke kiri..

(",)

Begitulah seadanya.



Moral of the story : Budak2 mmg tajam deria.. berhati2.. jaga tingkah laku kita n bersedia utk belajar sesuatu dari mereka juga.. Kanak2 lagi suci fikirannya dan lebih telus buah fikirannya..

Abah tak balik - Episod 2


Minggu ni abah x balik lagi...

Seperti biasa.. anak2 menunggu.... di port biasa
.
.
.
Tunggu..

Terus menunggu


Adik Wafiq: Mana abah kita ni kakak??

Kakak Husna : Entahla dik...kakak pun tgh tunggu juga ni..

Kakak Husna : Adik dengar kakak nyanyi la sambil kita tunggu abah ek...


Adik Wafiq : Huarghh!! Ngantukla saya dengar kakak nyanyi.. 
.
.
.
..baik saya tido..
tido pakai selipar??erkk!

******

link


#sori n3 ntah hapa2.. umi pun in blurr mode ari ni
:-/

Thursday, February 14, 2013

Thoughtful Thursday #5


Salam Khamis all..
Have a good day
(",)

Wednesday, February 13, 2013

WW ~ Freegift


#if u know what i mean....

Thursday, February 7, 2013

Roses are red..


"Roses are red, violets are blue,
Faces like yours belong in the zoo,
Don't be mad I'll be there too,
Not in the cage, but laughing at you..."


hahaha... nakalnye quote ni..
tak baik kan..

Saya jumpa quote ni..
jgn marah saya, bukan saya yang cipta..

tapi klu x nak sama dgn spesies dekat zoo.. kena senyum2 selalu k..
no duckface, no cencorot face...


S.M.I.L.E

Salah seorang ikon senyum di tempat kerja saya

*yana~jgn maree ;p

Thoughtful Thursday #4


Salam Khamis all ;)

Selamat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di hujung minggu yg agak panjang ini...

Xin Nian Kuai Le (",)

Wednesday, February 6, 2013

Cinta Tersimpul Rapi

Semalam,

Menghampiri pukul 10, cepat2 sumbat earfon di telinga..

89.8 Mhz di Kota Bharu

"Kenali Cinta Allah" .. itulah tajuknya

Asyik. .

Sedikit kerut, banyak senyum.

Alhamdulillah...lebih menghiburkan dari mana2 rancangan lawak.


Si dia membacakan satu hadis.

Buat saya teringat pada serangkap lirik lagu..

"Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu..
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari..
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki..
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami..."
(lagu apa, cari sendiri..hehe ;p)

Begitulah seadanya. Mengejar cinta manusia.


Akan tetapi.


Jika cinta Allah yang dikejar... begini pula rangkapnya..

"Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu. Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatinya dalam diriKu..
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai...
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta..
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa..
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari...."
(Hadis Qudsi Riwayat Al Bukhari)


Allah..

:'(

*****

Si dia yang kutunggu2 suaranya semalam ;)

Tuesday, February 5, 2013

Mangsa fesyen

Cabaran punya anak dara yg sedang membesar.......

Pic kiri : Baju pregnant umi, tudung umi, beg n stokin dia sndiri
Pic kanan : Cardigan umi, jilbab wan



Monday, February 4, 2013

Ulangtahun


Fakta gambar ini :

1) Kek itu bukan intended utk sambut birthday. Umi saja2 beli sbb kak husna suka makan kek n akan menjadi sgt excited bila dapat kek dalam kotak.
*suka tgk reaksi dia lompat2 n cakap "umi beli kek kat husna? ooooo.. Terima kasih umi, husna suuukaa kek.."
Macam tu la ayat dia tiap kali dapat apa yg dia suka.. Umi rasa bahagia ;)


2) Kek itu cinonet 300g sahaja harganya RM9 je..hehe


3) Tujuan pegi kedai kek adalah utk beli belon sbb aki kata anak2 berebut belon yg ustazah husna bagi.. aki yg prihatin terus ajak umi g beli belon banyak2 utk anak2 main dgn aman.. Aki is always d best ;)


4) 90% kek itu Husna yang makan


5) Pic di dapur, tapi Husna pakai tudung tu sbb dia baru lepas mandi n belum sikat rambut tapi x menyempat nak potong kek.. 
Umi pun sarungkn tudung x nak bagi nampak serabai sgt.


6) Nampak x pipi adik merah2? :'( adik alahan susu.. 
Adik naik umur setahun umi tukar susu baru, tapi nampaknye x sesuai.. habis pipi gebu adik naik merah2 berair..huk2
Dah tukar susu lama balik, nampak dah ada perubahan ;)


7) Hari ni 23 Rabiulawal 1434H - Aini Husna genap 4 tahun kalendar Hijrah
Hari ni juga 4 Februari 2013 - Irsyad Wafiq genap 1 tahun kalendar Masihi

8) Dua-dua anak umi lahir awal tahun.. so kalau nak adik baru lahir awal tahun juga tahun depan, kena plan dari sekarang... Erkk 

9) Fakta 1-7 adalah benar. No. 8 adalah merepek..hua3x

***
Selamat Ulangtahun anak2 umi..
Saayaangg dia
(",)

Sunday, February 3, 2013

Bakat terendam suamiku.. ;D

Tak sangka, husband saya itu......... ada bakat menulis juga yek.. hihihi ;)

Bakat 'terendam' namanya..

Suprised la jugak kan, si dia yg x penah nak kisah nak update status kat fb tu, ari ni up cerita panjang lebar kat wall nye...

Cerita sadis, tapi sy baca statusnye sambil 'senyum temewek' (sbb dia dah cite dulu kat sy sblumnya)

Berikut ceritanya (sy just edit perenggan je)

Kejadian yang insyaAllah aku xnak tengok lagi..

Petang tadi aku g gunting rambut. Masuk kedai gunting aku tengok ada 3 org tengah menunggu. Okla xramai sangat. Aku pun tunggu turn aku. Masa tu aku perasan ada seorang laki tengah dukung baby dalam umur 5@6 bulan kot. xtau dia tunggu sape sebab masa tu aku ngn dia je Melayu. Yg tgh digunting ngan yg menunggu seme bro2 India. Aku terpikir gak dia ni datang buat lawatan ke memang nak gunting rambut. Camne dia nak gunting rambut? Baby tu camne? Mungkin mak dia ada kat luar kot.. Jadi, aku pun tunggu turn aku.


Sampai turn bro melayu ni barulah aku tau yg dia datang nk gunting rambut baby dia. Walaupun aku memang 100% xsetuju ngan ibubapa yg gunting rambut baby bwh 1 tahun kt kdai gunting, tp nk wat cmne..hak masing2..risiko tanggung sendiri. 


Tukang gunting guna mesin potong rambut,.huh..bila mesin tu kena kepala aku pun dah leh rasa gegar ni lagi ah kalau kena kepala baby. Tapi baby tu nampak ok walaupun mata dia bulat tengok mesin tu.


Tiba2 baby tu nangis kuat2, nangis takut, tapi yg tukang gunting still wat keje dia. Baby tu elak dia pegang kepala,.terlepas..pegang balik..aduyai...aku dh rs x selesa nak tgk. Sebelum aku tunduk wat xtau aku tengok muka ayah dia tersengih2. Agak2la bro..anak ko tgh nangis kuat ko sengih je??!! xnk pujuk anak ko? xnk suruh tukang gunting stop jp sementara ko pujuk anak ko? Aduyai..aku tunduk xsanggup tgk smbl aku doa cpt2la siap.


Tapi makin lama makin kuat baby tu nangis sampai suara tersekat2. Aku angkat muka balik, Ya Allah,..tukang gunting tu nk gunting rambut belah depan baby tu sambil baby tu meronta2..melompat2.. Aku tgk air hidung baby tu pn smpai dh kuar.. Dan yg paling aku x tahan tengok dan menyirapkan darah aku..gunting tu bermain2 kt dpn mata ngan dahi baby tu..tukang gunting tu usaha jugak nk gunting rambut belah depan baby tu..sama mcm td baby tu elak dia pegang kepala baby tu..baby tu tepis si ayah lak pegang tangan. 


Aku x tahan aku sound, "Bos...bahaya la u wat camtu..gunting tu kt depan mata kot.".

Mungkin tersentak si tukang gunting campak gunting tukar ngn mesin lak. Yang si ayah sempat lagi usha daring kt aku..Pahal???!!!Anak ko tu beb..kalau aku hayun gunting depan mata ko pe yg ko rasa?hepi?lucu?nak gelak?


Dah tukar mesin pun baby tu still nangis kuat2 sampai suara tersekat2..kalau org pantai timur panggil "nangis selok". Ya Allah..jgnla jd ape2..jgnla baby ni kena sawan..si ayah masih maintain ngn sengih dia..aduyai... Dan yg paling hiba aku tgk bila baby tu terkapai2 tangan nak peluk ayah dia..huh....


Dah habis, baby tu terus peluk ayah dia dan terus diam. Mula2 aku igt baby tu pengsan. Kalau pengsan.??? huh..aku xbersedia nk tgk keadaan cmtu. Alhamdulillah, aku nampak baby tu peluk ayah dia lagi kuat masa ayah dia bangun.Lepas ayah dia bayar terus dia keluar. 

Habis drama yg wat aku terpikir kenapa ada orang yg sanggup biar anak dia nangis camtu? Aku yakin lain tukang gunting lain caranya..tp seorang ayah mesti jadi seorang ayah bila masa anak dia perlukan dia!!! 


Pe2 pun sampai sekarang aku masih igt air muka baby tu ngn tangan terkapai2 nk peluk ayah dia tp xdpt. Aduyaiiiii.....

*****

Ni kisah benar yg suami sy alami petang tadi...

Emm... x tau nak cakapla.. orang ni ada macam2 jenis.. Mungkin dia ada alasan dia tersendiri membawa babynye gi mesin rambut di kedai gunting.. Mengikut cerita husband saya, baby itu x sampai setahun pun umurnya.....

Kita ibubapa yg juga ada anak kecik ni, mesti rasa sensitif kalau nampak benda2 melibatkan kanak2 ni depan mata..
Mungkin suami saya tidak nyatakan dalam ceritanya apa yg dinyatakan kpd saya, iaitu beliau menitiskan airmata melihat kejadian itu... (Eh, suami saya tu dalam hati ada taman tau ;p)

...........................................


Quote for tonight : "Seorang ayah mesti jadi seorang ayah bila masa anak perlukan dia" (bukan jadi pembantu tukang gunting ye time anak perlukan pujukan ayah) ~ Genius ;)

Psst~ lepas ni blog saya ni ada penulis jemputan la nampaknya .
Bolehla berduet buat Novelet 2 dalam 1 macam Ustazah Fatimah Syarha dan suami Dr. Farhan Hadi tu yek ;)


#jgn ada yg muntah ye sbb sy puji husband sy melangit..hehehe (",)

"Anyone can be a father but it takes someone special to be a dad.."

Abah tak balik...

Minggu ni abah x balik....

cian anak2 tunggu abah.......sobs2
umi pun tunggu juga


psst~ abah jgn nangis lak tgk pic sayu ni..
.
.
.
.
.


Anak2 ok je.. 
Saja umi wat sedih awal-awal tu

Tengok ni




Jumpa abah next week k 
(",)


**sy ada hutang blogpost dua tajuk lagi.. ye sy x lupa..
td gelabah jap blog kena virus.. now dah ok.. (i guess)
c ya!

Sedihnyeeee...blog kena viruss!!

Entry testing..

Pepagi buka blog, ada warning MALWARE DETECTED!!

Arghh!! Biasanya dgr blog org kena, ni kena kat blog sendirik..

Sedihnyeee...

Tanak hilang blog ni.. semua posting2 dalam ni sgt bermakna buat saya....

Dah buang semua link blog yg ditepek kat sini.. sbb possible problem mungkin dari link blog yg diattach di sini..
Xleh nak blogwalking stalking buat sementara..

Sayangnyeee tpaksa remove link blog kawan2.. :'(

Hope boleh menyelesaikan masalah buat sementara..

Malware, nyah kau dari sini!!!! huhu