Thursday, January 31, 2013

Drama Sahara jew kew? #1

Annoying nyew ejew 'jew kew'... :-/

Emm..semalam meletup kat ruang maya ni pasal Drama Sahara tu..

Syukur alhamdulillah... masyarakat kita makin terbuka..terbuka..terbuka..
Makin peka..peka..peka..
Makin cerdik...cerdik..cerdik..
Dan makin berani..berani..berani....

Sudah lama saya menunggu, ada gelombang suara yang besar, lantang dan berani menegur dan membantah perkara2 seperti ini...

Alhamdulillah....

Terima lah hakikat..

Media kini, baik bercetak mahupun penyiaran... semakin dipenuhi 'sampah'.. ye SAMPAH.. SAMPAH..

Orang yang tidak berfikiran sealiran dgn saya pasti marah saya.. ye, marahlah..
Sedangkan time pergi makan dgn kawan2 pun kita pilih menu berbeza-beza.. selera makan pun boleh berbeza, takkan lah tak boleh berbeza pandangan.... ye dak?

Sejujur-jujurnya... peti televisyen bukan lah satu alat yg saya x boleh meneruskan kehidupan tanpanya...
Sejujur-jujurnya juga.. saya tidak boleh tahan walau 2 minit pun menonton drama/filem akhir2 ini... lebih tepat, drama Melayu...

Ye, mungkin ada suara tak sumbang mengatakan.. ~poyo je dia ni x tgk drama melayu konon~ tapi itulah hakikatnya...

Perasan tak.. drama melayu penuh dgn aksi gaduh.. bertekak.. kurang ajar.. jerit sana jerit sini.. jegil mata sana..jegil mata sini... perasan x?

Keluar promonya di TV pun saya bergegas tutup mata & telinga anak saya.. apatah lg mahu menontonnya.. bersama2 anak sy pula? oh tidak sama sekali.. (ye, tv masih wujud di rumah kami dan biasanya dipasang time di dapur sahaja)

Itu belum masuk sikit2 cintan, jiwang karat bukan muhrim, pergaulan bebas.... hmm...

Gelombang bantahan Drama Sahara ini saya harap menjadi titik tolak dan titik waspada penggiat2 seni selepas ini..

Sebelum ini, sudah terlalu banyak drama2 dan filem2 yang sewenangnya menghina dan mempermainkan agama Islam dalam scene2 tertentu. Apatah lagi yang terang-terangan mahu membuat filem Islamik..tapi hakikatnya jauh terpesong...

Sebelum ini, saya dah berasa 'luga perut' ore kelate kata a.k.a loya.. dgn drama Qalesya dan Geng Surau..

Kemudian, filem 7 Petala Cinta... Filem ini, saya lihat posternya, wanita berniqab (sy mmg teruja dgn wanita berniqab kerana saya rasa kagum & sgt hormat dgn wanita berniqab) , terus saya rasa tertarik utk menonton filem ini. Berusaha copy dari adik ipar saya.

Malangnya.....

Saya x tahan nak tgk walau 2 minit pun....
Cuba skip2..
Geleng kepala..
Skip2..

Terus delete..

Saya bukan menghakimi.. (walaupun sbg penonton sy mmg layak menghakimi).. tapi, hati & otak ni terlalu berat nak menghadam scene2 yg ditonjolkan yg jelas terpesong...


..bakal disambung insyaAllah..

Thoughtful Thursday #3

Salam Khamis all ♥

Wednesday, January 30, 2013

AEIOU saya malu..


video


Malu2 lak dia.. klu kat rumah bukan main buat gaya..hehe ;)

Semarak cinta

Malu rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia, sedangkan diriku insan biasa.....

Ku pujuk jua hati dan jiwa, meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat, tanda penghargaan seorang umat..

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat....

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata, nantikanlah daku di taman syurga.......

Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasululllah
Bererti cinta kepada Allah.....


Allah... bermakna sungguh lirik lagu tu...
Apakah kita benar2 sudah jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W..?
Saya? Belum berani mendabik dada.. sedang mendidik hati.....


Tips menyemarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W.

1) Berpegang teguh dengan ajaran dan didikan baginda S.A.W.
2) Mengamalkan sunnah baginda S.A.W.
3) Sentiasa berselawat ke atas baginda S.A.W.
4) Berusaha menelusuri sirah hidup baginda S.A.W.
5) Meneruskan usaha dakwah baginda S.A.W.

Mari.


****

Semasa hari Jemaah Ibu Bapa & Guru (JIBG)
PASTI As-Sabiqun

Tuesday, January 29, 2013

Bukan ganti rambut..

Pagi tadi, melayari fb, terserempak dgn perkongsian ini di wall Wardina..

Alhamdulillah... berdasarkan komen2 yang terlantun sbg feedback pada surat ini, rupanya ramai yang merasakan sama dgn apa yg penulis surat ini rasa, dan apa yg saya sendiri secara peribadi nya merasa cuma masih berkira2 utk meluahkan...........

Surat dari Muslimah Risau..

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau


.
.
.

Dah habis baca? Alhamdulillah....

Apa rasa hati yang terbit lepas baca surat ini?

1) merasakan yg sama - this is definitely what i'm thinking n u already express it..tq

2) biarlah, cara masing2.. kalau x suka jangan beli n baca majalah genre begitu..

3) seimbangkanlah.. untuk keperluan fizikal, tengoklah majalah tu.. utk keperluan rohani, bacalah majalah lain, kan ada banyak majalah islamik juga..

4) ko x cantik, pipi ko x gebu, pinggang ko x ramping, xde duit nak shopaholic, sbb tu ko cakap macam tu, cuba klu ko cantik n mampu....

5) biarlah, jadi hijabister tu baby step utk org yg baru blaja nk tutup aurat..

6) nak tunjuk alim lah tu.. klu x suka tegurlah dengan berhikmah, bukan main tembak macam ni.. (wc is i personally don't understand, tegur sikit pun terus dikata menghukum.. adakah org melayu kita ini mmg x boleh ditegur?)

atau apa2 lagi konfrontasi yg terdetik dalam hati kita...

Terpulang lah.. 

Hidup ini penuh pilihan, pilihlah yang terbaik..


***


erkk
#pic lama

Lepas anak2 tido kita main ye..

Fuh, memang best main ni.. ni permainan org2 tua ni.. bukan budak2..

Sebab tu lah, walau berselindung di sebalik "abah, umi nk beli ni utk Husna boleh x?"

Abah angguk.

Sampai rumah. "Abah, nanti lepas anak2 tido kita main ni ek.."

Laju je abah jawab " Dah agak dah, bukan beli utk Husna, tp umi yg gian nk main.."

Alaa, abah ni macam x paham2 je..hihihi

Hehe.. inilah bendanya

Masa dulu2 suka main ni.. seronok kan.. Monopoly @ Saidina. 

Ni yg edisi Upin Ipin punye.. sooo comelll.. tengokla ni....



Comel kan?
Comel..comel..comell (ipin jawab)
(",)

Kesahnya, ms sebelum beli ni, tgk Husna main ngan tokma dia, saidina yg biasa tu. 
Pastu dgr la diorg dok berjual beli, 

Pastu amaze tgk husna pandai kira duit.. utk berjual beli n bayar denda (sbb dia sokmo masuk 'penjara'..muahahaha ;p)

So, umi rasa permainan ni bagus utk improve skill mengira n perdagangan dia.. maka umi pun susun ayatla buat proposal kat abah nak beli ni..hihihi...;)

Tapi umi x sempat lagi nak main betul2, main main2 ngan Husna ada la.. tapi Husna sokmo nak menang je.. klu kalah dia nangis.. huhuhu.. masalah betul..

Memang kena tunggu anak2 tido dulu baru syok main betul2.. 


p/s: umi nak watak Mail,. Mail kan mata duitan sikit.. otak bisnes.. dua singgit-dua singgit ;p


*tajuk double-meaning x ley blah.. ;p

Wednesday, January 23, 2013

Putera Maulud ~Akhirnya..

sambungan dari SINI

Masa mula2 masuk LR tu, bukaannya adalah 5cm.. masa tu lebih kurang pukul 11.15 malam. Umi sudah bersedia fizikal n mental untuk berkampung di dalam LR ni, berdasarkan kepada pengalaman yg lepas, iaitu tempoh ummi bertarung nyawa di dalam LR ialah 12 jam.. ye 12 jam....

Selang 20minit, umi rasa x boleh tahan sgt2 dah... Ok, part ni, cuma org yg ada pengalaman yg boleh faham.. bilamana rasa nak meneran tu meluap2 mmg x boleh ditahan2 lg dah.. tp kebiasaannya, jawapan selamba misi @ doc ialah, jgn teran lagi.. kepit kaki, baring mengiring... and kita akan like,"what???" memang rasa cam xleh terima la kan, sbb saat tu mmg rasa genting sgt2...

Tapi hakikatnya macam tulah, apa yg misi n doc cakap tu adala sbb musababnya kan.. sbb x nak bagi koyak banyak, sbb belum capai bukaan yg sepatutnya..

Masa tu, nurse check bukaan 8cm.. ekceli nurse agak terkejut sbb macam sgt pantas bukaan nya, masuk tadi 5cm ni dah 8cm.. nurse tanya umi, "awak ada makan suplemen xxxxxx ke?" (sori xleh sebut kat sini))

Sbb umi macam ada simptom org yg amik suplemen tu, bukaan cepat smp doc x leh nak 'baca' trend dia, n berpeluh sampai nak banjir..

Emm.. sbnanye kan, ni dah kali ketiga umi ditanya soalan tu.. pasal suplemen xxxxx tu...
Mula2 masa first check-up.. doc tanya ada makan ke, umi cakap x, n doc cakap jgn makan....
Second, masa kena refer ke KK sbb overdue, doc tanya, awak ada amik suplemen xxxxx ni ke?
n third masa dalam LR ni..

Umi ada buat kajian juga pasal suplemen tu, n mmg ada dgr cerita yg x sedap didengar juga lah........
Efek dia, pada org yg ok, ok.... tapi pada tubuh yg x sesuai, ada efek x elok..
Tapi dalam hal ini kita xleh try n error right? so, better elakkan....

Pukul 11.45 mlm.. Memang dah x tahan sgt1000x.. jerit dlm LR tu, "nurse, sy nak teran..sy nak teran.." muahaha.. buruk bunyinya skrg... 

Doc pun check, ok dah 10 cm, boleh push skrg..

Berkat doa semua, berkat pengalaman yg ada, berkat nurse yg sgt mahir, yang namanya Rahayu juga,.. dengan 3x teran.. keluarlah permata hati kedua umi.. pada jam 11.59mlm, 4/2/2012. 

Keluar2 je terus nangis kuat2,

X macam kakak dulu.. lawak je abah citer masa kakak keluar,. tgk kiri, tgk kanan, muka blur jap, pastu baru uwaaa..!! hihihi ;) macam2 anak2 umi ni...


Alhamdulillah, proses yg tenang, ceria, cepat dan lancar. Tak sangka sekejap je dok dalam LR, dah bersalin. Sampai wan yg tgu kat luar pun terkejut, igtkan abah keluar sbb nk g toilet, sekali abah angguk kat wan, cakap "dah selamat.." hihi ;) Alhamdulillah (",)

Cuma proses jahit menjahit la yg lama sikit.. masa tgh jahit menjahit tu, dgrlah suara Wafiq nangis kuat2..  Pastu dgr nurse bersorak, "yeaayy, bagusss adikk.. dah berakk..dah boleh balik hari ni..." hehe.. serius warga LR malam tu sgt ceria ;)

Keluar dari LR, abah, aki n wan dah sedia tgu umi dgn senyum lebar.. dgr ada org keliling cakap, "eh, ni yg baru masuk td kan.." hehe

Aki sempat tahnik kan adik malam tu juga, emm.. adik mmg lapar sgt2 kot, bersungguh2 jilat air zam2 n kurma kat tgn aki ;)

Malam tu, malam pertama adik tidur disisi umi.. Alhamdulillah... umi rasa bahagia x terhingga... syukur x terkata... yang ditunggu2 sudah di depan mata... :')

****

Esoknya, klu ikutkan kita dah boleh keluar dah dalam pukul 10 pagi tu.. tapi, nurse suruh tunggu..
sampai lepas Asar..
what?lepas Asar? sabo jela.. Sebab petang tu ada acara keraian sikit utk bayi Maulidur Rasul, n  adik salah seorang darinya.. ;)

Apa yg umi merepek kat wartawan tu ntah..huhu

Masa wartawan tu dok melilau2 dalam wad tu, umi sedaya upaya dah mengecikkan diri n meninvisiblekan diri.. jgnla dia dtg sini, jgnla dia dtg sini.. sekali datang juga.. apa ntah dia tanya, harapan kot..
Dah terlanjur merepek tu kan, doa lg dalam hati, jgnla keluar kat tv.. maluu.. :-/

Masa isteri MB round dalam wad pun, lg sekali cot adik kena kerumun.. merepek2 lg umi jawab soalan dia.. blurrr..huhu..

dpt hamper n duit
rezeki adik, baru tgk dunia dah dapat duit ;)

Lepas habis acara tuh, dgn lajunya kami angkat barang, setelkan dokumen terus balikkk...

Sampai umah dah maghrib, tapi aki pasang lampu keliling rumah, siap lampu liplap lg utk sambut adik..
Kakak dah tunggu adik kat tangga.. 

Reaksi Husna masa tu.... menakjubkan.. 

Mula2 dia terkedu tgk umi keluar keta pegang baby, pastu bulatt mata dia tgk baby, pastu terus dia lari keliling rumah seolah2 x tau camana nak lepaskan perasaan dia, sambil tu dia gelak kuat n jerit "ada baby.. ada baby..!!" 
Kami semua terkejut ngan reaksi dia.. x sangka mcm tu sekali reaction dia..hehe ;)

Lepas tu x berganjak dok depan adik.. banyak kali tanya, ni adik husna ke? ni adik yg dalam perut umi ke? adik dah keluar ke?

ni pic masa mula2 baby sampai rumah ;)

*******

So, itulah sahaja setakat ini cerita-ceriti mengenai kelahiran Irsyad Wafiq.. ;)
Alhamdulillah..syukur kerana umi diberikan peluang melalui pengalaman menakjubkan ni..

Sempena hari ini, 12 Rabiulawal 1434H, ulangtahun kelahiran Irsyad Wafiq yang pertama.. Umi doakan, Irsyad Wafiq menjadi insan yang soleh, insan yang menyumbang kepada masyarakat dan agama.. semoga dengan berkongsi tanggal kelahiran yang sama dengan rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W, Wafiq pun turut terbias akan keperibadian mulia baginda.. insyaAllah....

Selawat

Sekian. 

(",)


*oh ya, interview ngan rtm tu kan, keluar kat berita wilayah jam 5 ptg keesokannya.. sib baik kat paper keluar muka org lain bukan umi..hihihi ;p

Tuesday, January 22, 2013

Complicated woman

Call me complicated. but i have 6 active notebooks+planner..

*mcm sekolah laks 6 subjek 6 buku

5 of them..1 dlm handbag

terkial2 guna blogger-droid. mode:malas buka laptop


Published with Blogger-droid v2.0.9

10 minutes later - edit post ni guna lappy jugak sbb x puas ati
yeah, i'm complicated

Simpulan lidah

Dulu masa sekolah suka main Tongue Twister ni.. alaa, yg sebut ayat laju2 sampai nk tersimpul2 lidah tu..

Sekarang suka wat trick tu kat Husna, nnt mesti dia gelak.. Dia nak follow balik x jadi..wuwuwuwu ;p

Antaranya:

1) Kuku kaki kakakku kok kaku kokekkokek, kok kaku kokekokek kuku kaki kakakku

2) Betty bought a butter but the butter is bitter, Betty bought a new butter to make the bitter butter better

3) She sells seashells by the seashore, the shells she sells surely seashells, so if she sells shells on the seashore, surely she sells the seashore shells..

4) Red lorry yellow lorry (10x laju2)

5) I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish to wish the wish that witches wish, I won't wish the wish you wish to wish

Key dia mudah je, kita faham maksud ayat yg kita nak sebut tu, mesti boleh buat dgn jayanya..hihihi

Good Luck (",)

Monday, January 21, 2013

Putera Maulud ~Dugaan dalam labour room

Sambungan dari SINI


Pukul 10.55 malam

Nurse sorong ummi masuk ke labour room, abah & wan dah ready tunggu ummi kat pintu masuk LR
Ummi masuk dulu, abah x boleh ikut lagi, tunggu nurse panggil baru abah boleh masuk ;) 

Masuk je dalam LR..alhamdulillah… tenang juga..  x ramai 
Doctor n nurse pun semua happy2 n ceria2..

Tapi,diorang ceria sgt sampai nak ajak ummi berborak2 time ummi tgh menahan sakit yang amat ni..
Umi boleh senaraikan kat sini soalan2 diorang yg ditanya kat ummi di saat ummi tgh menggelupur kesakitan tu.. huhu,, sabar jela..

1) Doktor pelatih yang belajar UKM dulu, excited bila tgk alamat ummi di Bangi.. siap tanya direction (emm..ummi ni time sihat walafiat pun x lulus bab bagi direction kat org..sementelah time sakit nak beranak ni..hua3x)
2) Nurse pulak, excited tgk gambar scan 4d wafiq (sbb time tu kat Terengganu jarang ada lg scan 4d tu, skrg nmpak dah ada kat KTS ;p)
3) Diorang dok puji buku antenatal ummi yg comel.. dok belek2 buku tu smpai x kisah pun kt ummi yg tgh sakit ni..huhu
4) Ada plak yang sibuk usul umi sbb x faham kenapa umià asal Kelantan, duduk d Bangi, tapi tiba2, nak bersalin di Terengganu..check2 ic abah…03 juga (Kelantan)…lagila diorang x faham..hehe ;)
5) Tanya poskod rumah kat terengganu... seriously time tu ummi mmg x tau.. x penah nak cuba igt poskod kat situ... bole x camtu? (that was my in-law house.. so x lekat sgt dlm otak ni alamat penuhnye..huhu)

Aduhhh…ummi nak jawab....ummi nak jawab sume pertanyaan diorang tu… tapi boleh tak kita tangguh dulu, ummi tengah sakit sangat2 ni… diorang ni x layan ummi macam ummi tgh sakit pun… ajak borak pulak.. adoyaii..

Hmm..

Ummi jenis yg klu sakit, diamm.. doc pesan, "awak klu rasa nak teran bgtau.. jgn senyap je.. risau juga saya patient yg baik(diam) sgt ni..." hehe..

Masa dalam LR ni, sakit memang dah xtau nak cerita dah ni ...contraction panjangg & kuatt.. Perumpamaannya, imagine org tgh perah baju time basuh kain tu, tapi kain tu ganti ngan pinggang kita... dia punya memulas tu.. hmm.. sapa yg ada pengalaman tau la kan..
Tapi sakit tu sgt manis bila dikenang balik, buat ummi senyum sorang2 ;)

Abah lom masuk lg.. x pasal2 lengan misi (nurse) yg jadi mangsa ummi cengkam..hehe.. tp nurse tu dah biasa kot.. dia siap tolong urut pinggang ummi lagi..

Tak lama pastu, nurse panggil ummi sambil tayang ic abah.. "rahayu,betul ni husband awak?" ummi cuma mampu angguk..

Nampak je kelibat abah, ummi rasa lega sikit.. Alhamdulillah... doa ummi supaya abah dpt bersama-sama ummi di saat getir ni dimakbulkan... Alhamdulillah..alhamdulillah ;)


cari2 gambar kat hospital, xde satu pun rupanya..hehe


ni masa pregnant
kenduri bertunang rakan saya
Nini, now mom-to-be, dah dekat due nye..

Nini, mu antara pembaca blog ni ;)
aku doakan semua berjalan lancar..
insha Allah, selamat..
just ingat, sakit tu kejap je, tapi outcomenya.. anugerah x ternilai
Precious
(",) 


Hmm... dah entri ke-7 ni.. tak beranak2 lg... ngeh3x

Putera Maulud ~Contraction

sambungan dari SINI

4 Februari 2012 – Sabtu

Pagi.
Abah datang bawak macam2 makanan… Ummi macam ada instinct, akan bersalin pada hari itu, maka ummi pun makan sepuas hati…ambik tenaga..
Dalam pukul 10 pagi… ada rasa perit2 datang… ummi buat timing… ok, 1 jam sekali.. Dalam hati ummi, hepi, syukur, sbb sakit ni dah berkala… ;p

Pukul 1 lebih, ummi siap-siap nak solat zohor… Tiba-tiba ummi rasa mcm ada ‘ketulan’ keluar.. Ummi cepat2 g check… Ada darah hidup bercampur lendir sebesar penumbuk budak.. Wahh…petanda baik ni… Kali ni, ummi x teragak-agak… ummi terus sms abah & wan…;D

Lepas je keluar darah hidup tu, terus sakit makin menyengat.. Ummi baring saja..sambil timing & pejam mata… Tabiat ummi bila sakit, ummi suka pejam mata & hayati rasa sakit tu sambil istighfar & baca surah pendek… Alhamdulillah, setakat ni cara tu sangat membantu… 


Pukul 5 ptg

Masa ni sakit dah datang lebih kurang 10-15 minit sekali… n contraction nya makin perit & panjang… Di sebalik sakit, hati ummi melonjak kegirangan..sbb saat-saat yang ummi tunggu dah tiba..;)

Abah, aki & wan datang..

Keadaan di petang tu, sama sebijik dgn semasa ummi nak bersalinkan kakak dulu.. ummi sakit kuat pada masa tu juga, pada waktu melawat bersama-sama kehadiran aki, wan & abah… Rasa cam dejavu lak, dahla kedudukan katil sama.. ;)
Wan x henti2 urut belakang ummi, aki sempat wat air doa utk ummi & abah bagi semangat kat ummi sambil matanya bersinar-sinar..tanda happy…;D
Hidung ummi dah merah..tahan sakit… tapi yang bestnya, mulut masih mengunyah… Abah pun dok bagi semangat kat ummi suruh makan selagi ada peluang ni…kumpul tenaga… ummi pun apa lg, makan je la.. bila contraction tu datang, berenti sekejap, bila dah lega sambung balik…hehe…

Habis waktu melawat, tinggal lah ummi seorang… menahan sakit… Masa ni yang agak terkesan di ingatan ummi, sebab ummi rasa sangat indah, tenang & lapang pada masa tu….
Hospital tempat umi bersalin ni, duduknya di tepi pantai.. n dekat dgn masjid.. Kebetulan masa tu, wad sangat lengang, ada beberapa orang je.. suasana memang sangat damai & syahdu..

Maghrib itu, masuklah sudah 12 Rabiul Awal.. Maulidur Rasul..
Dalam ketenangan angin sepoi-sepoi bahasa, kedengaran suara para jemaah berselawat & bernasyid dari masjid.. Ummi rasa sangat syahdu & sangat tenang… hakikatnya, pada masa tu ummi sedang menahan sakit contraction yg dah kerap, perit & panjang…

Pukul 9, check jalan…erm, baru 2 cm…
Sakit makin kerap & panjang..ummi cuma berbaring di katil, berbekalkan bantal kecik kak Husna… ummi pejam mata sambil menghayati rasa sakit & menghayati selawat memuji Rasulullah S.A.W..sambil mulut x henti-henti beristighfar & berselawat..

Dalam pukul 10.30, nurse datang utk check degupan jantung baby & tekanan darah ummi.. Ummi rasa contraction panjangg & adik menekan ke bawah kuat…
Umi fikir, next contraction confirm air ketuban pecah… Sedang elok, nurse letak alat bacaan kat perut ummi, ada contraction…bussshhh…air ketuban pecah…
ummi cakap kat nurse, "air ketuban pecah.."
nurse Tanya, ‘bila?’, ummi cakap, ‘ni,sekarang ni..’..
Terus ummi di check jalan, baru 3cm..tapi air ketuban ummi warna hijau..means dah bercampur dengan najis baby…
This is not a good sign…. Doktor terus arahkan ummi dibawa masuk labor room….

Pada masa tu, jarak antara bilik pemeriksaan tu dengan katil ummi terasa macam sejauh jarak dari Bangi nak balik Terengganu… Berjalan sambil menahan sakit, hanya Allah yang tahu, seksanya rasa..

Ye, sakit nak bersalin memang sakit, ummi x faham ada yang kata bersalin x sakit…
Tapi sesungguhnya, sakit bersalin tu sakit nikmat.. juga sakit yang hasilnya adalah kegembiraan & anugerah yang x ternilai..
Percayalah… kalau x, x kan la ada orang yang boleh ber anak sampai 10,sedozen tu kan ;)

praktis jadi kakak

Putera Maulud ~Adik main2

sambungan dari SINI

2 Februari 2012 - Khamis

Malam tu ummi rasa x sedap hati & x selesa.. Ummi rasa gelisah & x boleh tidur.. Biasanya memang ummi tidur sorang-sorang dalam bilik. Kak Husna, wan ajak tido dengan wan sbb takut tertendang perut ummi masa tido..
Tapi malam tu, ummi rasa x boleh tidur.. Ummi dah angkut bantal selimut ummi nak pergi tidur dengan Cik Su dalam bilik Cik Su..
Bila ummi keluar, tgk aki, wan n husna tido kat luar, ummi rasa tenang sikit.. ummi bukak langsir n pintu.. baru ummi boleh tidur.. 

3 Februari 2012 - Jumaat

Dalam pukul 1 pagi, ummi terjaga sbb rasa sakit mcm contraction..n rasa nak buang air besar.. ummi pergi ke tandas.. Lepas tu, disebabkan rasa mengantuk, ummi tidur juga walaupun ada terasa sakit-sakit…

Dalam pukul 5, ummi terjaga lagi…kali ni rasa sakit tu ada lagi.. tapi x kuat sangat… ummi sambung tidur lagi.. dalam pukul 6.15 pagi baru ummi betul2 jaga… n rasa sakit tu masih x hilang.. Ummi masuk bilik air, tengok ada kesan darah (sikit je pun)….
Wahh..rasa teruja tu terus datang…hati ummi berbunga-bunga… terus ummi bagitau wan.. yela, yg sebelum2 ni sakit-sakit je..ni sekali ngan tanda.. petanda baik la tu…dah dekatla tu….
Wahh..x sabarnya ummi…dah lama ummi tunggu tau ;p

Beg ummi, beg adik yang dah nak berhabuk tu (sbb dah lama beg tu siap..tunggu masa je) ummi dah letak siap-siap dekat pintu rumah.. this is it..its actually happeningg..!! ;) beg2 ni xkan lagi duduk diamm je kat tempat dia..hehe..
Ummi call abah… abah tgh siap-siap nak pergi kerja masa tu.. Bila dengar je ummi cakap dah keluar tanda, abah terus excited nak terus balik.. segala beg n barang2 abah memang dah siap2 dalam keta..persediaan nak menghadapi situasi ni la..;) Tapi abah terpaksa g ofis dulu sbb ada ujian yang abah kena buat dulu pagi tu.. Ummi cakap, its ok..take your time… sbb ni baru tanda awal, mungkin sempat nak tunggu abah sampai…

InsyaAllah..baby ni nak keluar masa abah nye ada.. tp klu xde rezeki, wan ada teman umi dalam labor room… Janji, ada orang teman umi masa bersalin… Umi rasa x kuat klu sorang2.. Tapi, ummi doa dalam hati…n ummi harap sgt abah yg teman ummi…

Bukan pe, time ni la kot nak ‘cubit’ abah kuat2 pun.. time contraction kuat tu kan, cubittt lengan abah kuat2, rasa lega sikit…hehe (masa bersalin kakak dulu, sampai menggelupas kulit abah umi cubit masa dalam labor room) hee…hee.. Gurau je abah.. :D tapi memang betul, time dah sakit sgt tu mmg nak cari tempat berpaut n genggam kuat-kuat…

Emm…ok..berbalik pada cerita pagi tu… Aki & wan suruh ummi breakfast n makan banyak2 dulu sebelum g hospital… amik tenaga.. Tak nak dah jadi mcm sebelum ni, ummi sampai lembik x bermaya sbb xde tenaga..
Memula wan kata, ummi x payah g hospital awal sangat sbb takut bosan kat sana nanti, ummi pun pikir macam tu jugak… Tapi pagi tu, wan dok perhati ummi selang 10 minit masuk tandas.. wan pun rasa x sedap hati, terus ajak g je..

Dalam pukul 10.30 pagi ummi gerak g hospital. Tinggal kak Husna kat rumah dgn Cik Su.. bergenang juga air mata ummi… tapi kak Husna memang cerdik, dia dah faham.. Siap pesan lagi kat ummi.. “nanti ummi bawak balik baby ye..”..emm…mesti abah dah ajar siap-siap ni ;)

Ok, sampai di hospital, Alhamdulillah, x crowded, x ramai.. mungkin sbb ni bukan ‘musim’ org bersalin kot… mcm masa Kak Husna dulu, masa tgh musim..so memang ramai time tu n agak lama ummi menunggu.. But kali ni Alhamdulillah… rasa macam lancar & dipermudahkan segalanya..

Taaapiii….. (ada tapi lagi..)….

Taaapii…. As soon as sampai jek hospital….sakit tu..zuppp…hilangg…!!

Adoyaii… Seriously…langsung x rasa apa2…. Tapi ummi pendam sorang-sorang… x berani cakap kat sapa-sapa especially abah..sbb time tu abah dah tgh drive on the way…n for surely dengan hati yang berbunga-bunga tu.. x nak ah potong stim…hehe ;)

Maka masukla ummi dalam wad, dengan hati yg agak menggerutu… al maklumla, orang sihat, masuk wad…bosannnn… baik dok umah kan..leh jugak layan kakak Husna. Tapi, xpela.. duduk je la… amik mood..hehe ;)

Lepas sorang2 disorong ke bilik bersalin..

Dalam hati ummi…bestnye..bestnye…diorang dah nak bersalin… huhu…
Ummi masih terkebil2.. Masih x rasa apa-apa.. even malam tu, abah offer nak tunggu tp ummi x bagi, ummi cakap mungkin xde apa-apa berlaku malam ni… memang betul pun.....

Perasaan masa tu?....frust...


Tgk tu.. adik tgh sedap tido lg dlm perut umi.. xnak keluar lg...
(",)

Kemaruk tudung

Husna, sejak sekolah jadi sgt bonding dgn tudung.. 
klu sebelum ni liat nak suruh dia pakai tudung, skrg ni dia sndiri yg rela hati nak pakai,
even nak keluar rumah teman adik tgk ayam pun mtk tudung..

pelarian 3 beranak


ni ekceli jilbab wan pakai buat sidai baju n sapu halaman
memula dia pakai camni

pastu
umi pun pin sikit kat bawah dagu

wah, comelnye anak umi..
sejuk je umi tgk
cantik husna pakai jilbab ;)


pastu x nak bukak
dok ke hulu ke hilir pakai macam tu
tapi tuan lasak x ingat
bila nak memanjat mulala tersangkut2.. barula nak bukak ;)


with aki sblum g smayang jumaat
husna kata, "umi, tgk aki jadi ustaz don.." (sbb pakai serban)

.
.
.
.
.

ehh.. ni apa plak ni
*umi dah xde keje

Thursday, January 17, 2013

Thoughtful Thursday #2


Ala-ala Wordless Wednesday la kann

Tapi kenapa Thursday?
Sbb hari khamis mmg hari bermakna buat saya

Salam khamis all
(",)

Wednesday, January 16, 2013

Poligami v Monogami #4

sambungan dari SINI

Bakal menantuku..
Ku ingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah
Tidak rela puterinya dimadukan
Baginda telah lalui kepayahannya
Tidak mahu menantunya turut kelelahan
Kerana ia bukan keistimewaan
Tetapi tanggungjawab yang membeban.

Bakal menantuku
Berjanjilah kepadaku dengan syarat ta'liq
BEBASKAN PUTERIKU
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela
Izinkan cintanya berlabuh
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal menantuku
Semua puteri Rasulullah tidak rela bermadu
Begitu juga fitrah puteriku
Allah memberikan pilihan
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Petikan puisi Abu Sara Faseeha
Novel tauhid "Sebarkan Cinta-Mu"
Karya ~ kesayanganku Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin ;)


SYARAT TA'LIQ

Ramai yang masih belum terbuka akan syarat ta'liq ini, iaitu syarat buat suami untuk tidak bernikah lagi selama mana isteri masih mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik dan boleh memberikan zuriat buat suami. Jika dimadukan tanpa pengetahuan atau kerelaan selama mana -blablabla- itu.. maka jatuhlah talak.

Selama ini kita cuma didedahkan dengan lafaz ta'liq yang selalu dibaca masa akad nikah tu je kan.. Apakata, kaum wanita, yang rasa tidak mampu untuk bermadu itu, get to know mengenai syarat ta'liq ini.. Bagi yang sanggup dipoligami tu, x apalah.. Jangan marah saya pula, sy bukan menghasut sesiapa di sini..


Dialog Anna Althafunnisa' dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih 1"
Adaptasi novel pembangun jiwa 
Karya Ustaz Habiburrahman El-Shirazy ;)

"Saya hanya ingin mengajukan syarat, dan syarat ini menjadi sahnya akad nikah.
Keseluruhan diri saya menjadi halal kalau syarat ini dipenuhi Mas Furqan

Pertama - setelah menikah, saya harus tetap tinggal di sini.. di lingkungan pesantren..

Kedua - saya mahu dinikahi, tapi dengan syarat, selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sbg seorang isteri. Mas Furqan tidak boleh menikah dgn perempuan lain.."

Ini wanita bijak. Wanita yg faham agama, yg jelas akan hak-haknya.
Syarat seperti ini tidak bertentangan dengan syarak. Ia bertujuan bagi memelihara kepentingan isteri dan anak-anak.

Kamon wanita. Persiapkan dirimu. Jangan berprasangka buruk akan Tuhanmu, akan agamamu.
Islam agama indah, agama syumul. Tidak akan sesekali menindas kaum wanita. Malah Islam datang mengangkat darjat wanita. Syarat ta'liq ini sbg bukti, betapa Islam menyayangi dan memelihara hak wanita.

"Saya hanya ingin seperti Fatimah, puteri kanjeng nabi,
yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Talib, suaminya.

Saya hanya ingin seperti Siti Khadijah, yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu.."
~Anna Althafunnisa'~


Tujuan perkahwinan adalah untuk mewujudkan keluarga yg mawaddah warahmah

Jika dengan poligami boleh menghilangkan mawaddah warahmah itu, 
maka ke mana lagi mahu dibawa arah tuju itu..?

Rilex jap ;D

Skrg kat blog sy ni tgh buat dua kisah bersiri sekaligus..

Pengalaman mengandung & bersalin Irsyad Wafiq sempena kelahiran beliau pada hari Maulidur Rasul tahun lepas.. harusla finalenya pd 12 Rabiulawwal nnt ;)

Saya stop publish jap yg tu sbb tetiba ada ad hoc punye story.. panass punye..hihi ;p ni sume gara2 pic yg sy tersepak kat fb tu.. kan dah panjang lebar nk membebel pasal poligami...

Oh, sedikit disclaimer.. sy bukan penentang poligami ye.. bukan juga cuba mengharamkannya.. cuma bukan pilihan saya.. (take note husband.. i know u read this..hihihi ;p)

Dua2 masih belum langsai lg..

Apa kata kita rilex jap.. hehehe...

Semalam dok godek laptop kan.. sy jumpa folder gambar2 sy masa kecik yg sy scan dulu...

Maka terhasillah ini

Hahaha.. kelakar je sy rasa...
Memang legasi si cengeng lahh
Kalau tgk pic ni betul2.. sorang je yg nangis.. org lain rilekk je siap senyum2 lg..
Emmmm....

;D
Have a nice day

Tuesday, January 15, 2013

Poligami v Monogami #3

sambungan dari SINI

Cik abang-cik abang..

Adapun poligami itu satu keharusan bersyarat.

Mampu dan adil.

ADIL

A.D.I.L

KONFLIK JIWA LELAKI : MAMPUKAH ADIL?

Adil ~ penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka.

penyamarataan di sini bukan sekadar penyamarataan dari segi material sahaja, spt rumah sorang satu, meja makan sorang satu, peti sejuk sorang satu.

Ia termasuk perbuatan, tutur kata dan akhlak.
Meski perasaan dan kasih sayang tidak termasuk dalam tuntutan keadilan, namun fikiran dhaif saya ini berpendapat, perasaan hati pasti akan terluah juga melalui perbuatan, tutur kata dan akhlak.
Dan, menzahirkan perbezaan ini adalah dilarang.

Contoh.
Bermalam di rumah isteri tua , tapi tak lekang dari ber sms dgn isteri muda. Mabuk kepayang la katakan ;)

Kaum Adam, para imam-imam sekelian, pemilik tulang rusuk kiri wanita (ehmm)...

Mudahkah syarat ADIL itu?

Tidakkah kalian nampak beban sebesar dan seberat gunung di sebalik 4 huruf itu?

Jika nampak hanya sebesar busut, jika yakin dengan sebenar2 yakin mampu berlaku adil.. maka teruskanlah..... (wah, ayat pasrah macam suami sy sndiri pula yg nak berpoligami..hehe... tidak ye, ni xde kaitan dgn hidup sy.. ni semua gara2 gambar kat fb smlm..rujuk n3 first ;p)

Jika ada rasa ragu, maka cukuplah seorang sahaja ;)

Bahagiakan dirimu dengan 1 isteri (wink2 ^-^)

pic google



KONFLIK JIWA WANITA : MAMPUKAH MENGURUS PERASAAN?

Ada ke wanita yg x cemburu bila berkongsi kasih?

Oh, btw.. yang disebut2 payung emas, payung emas tu.. setakat pembacaan sy setakat ini, tidak ada hadis sahih mengenai isteri akan mendapat payung emas klu benarkan suaminya berpoligami...

Tiada.

Hadis yang menceritakan ganjaran syurga buat isteri yang:
1) Menunaikan solat 5 waktu
2) Puasa pada bulan Ramadhan
3) Mengawal kemaluannya
4) Taat pada suaminya
adalah. Subhanallah.. bukan senang nak masuk syurga ni. Bila dah dapat masuk syurga, bukan setakat payung emas, nak apa2 sahaja daripada emas pun, ilhamkan saja...

Ok. Berbalik kepada pengurusan perasaan tadi.

Siti Aisyah R.A, wanita yang dijanjikan syurga, yang imannya jauh-jauh-jauhhhhh mengatasi keimanan kita, punnn tak terlepas dari dilanda badai cemburu.

Cemburu Aisyah bukan kekurangan, tapi tanda besarnya cinta ;)

Siti Aisyah R.A., isteri tercinta Rasulullah S.A.W, terkenal dengan sifat manja dan tebal cemburunya. Apabila baginda seringkali menyebut2 nama Siti Khadijah R.A yang meski ketika itu sudah wafat, Aisyah tetap merasa sangat cemburu.

Itu Siti Aisyah R.A., wanita yang di pangkuannya Rasulullah S.A.W wafat,.. wanita mulia yang merupakan guru agung bagi setiap manusia lantaran banyak meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W... pun cemburu akan suaminya..

Kita? hadis pun kita x ingat.. adakah kita boleh terlepas dari sunamo cemburu?

Lumrah hati yg mencintai akan mencemburui..

Tak sudah hidup kita kalau hari2 terpaksa bermujahadah melawan keperitan cemburu itu.. makan hati berulam jantung..
Bimbang hilang pertimbangan.. rosak tujuan hidup..

Pastu nak buat camana ni?? Teruklah asyik wanita je jd mangsa keadaan.....!!

Emm.. next n3
(",)

Poligami v Monogami #2

sambungan dari SINI

Skrg dah faham perkataan sunnah kan?

Sila buang mentaliti, "Poligami itu sunnah a.k.a digalakkan" itu.. Hukumnya harus.. ia adalah rukhsah @ keringanan.. DALAM SITUASI2 TERTENTU.. bukan saja-saja..

Situasinya ialah:
1) Isteri gila
2) Isteri tidak bernafsu
3) Isteri sakit tenat
4) Isteri tidak mampu memberikan zuriat @ mandul

Dalam situasi keadaan masyarakat kita masa kini.. konsep poligami ini sudah jauh terpesong dan menyeleweng.. (kebanyakannya)..

Isteri masih sihat tubuh badan, boleh melayan dgn baik dan mampu memberikan zuriat, masih mahu dimadu.

Lebih buruk ia dilakukan dengan biadab dan kejam.

Biadab apabila membelakangkan isteri pertama, paksaan, kahwin senyap2 dan curi2, tipu sana tipu sini.

Kejam apabila tidak berlaku adil dan menafikan hak isteri.

Lelaki claim ~ 'poligami itu hak kami'
Mahu ikut sunnah nabi..

Nabi itu bagaimana orangnya? Baginda imannya x perlu dipertikaikan, baginda manusia agung, baginda maksum..

Lelaki masakini pula bagaimana orangnya? Mahu ikut sunnah nabi, dalam perihal poligami sahajakah? Solat subuh jam berapa? Sudah istiqamah dhuha & tahajjud? Al Quran sudah konsisten baca?

Eh, nabi kita (S.A.W) dulu berpoligami kenapa?

Baginda berpoligami atas kepentingan agama, dan bagi membela nasib janda dan balu. Semua isteri baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah R.A.

Situasi Aisyah R.A pula, Aisyah tidak boleh memberikan zuriat buat Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W berpoligami bukan atas dasar cinta atau nafsu seks semata. Sila jelas bagi mengelakkan fitnah lagi kepada agama kita dan kepada rasul kita.

Orang bukan Islam dan orang Islam yg munafik sewenangnya menuduh Rasulullah S.A.W kesayangan umat Islam, gila seks.. lantaran itu baginda berkahwin ramai.. Astaghfirullahalazim..

Pernah baca blog kepunyaaan Sitt Al Wuzara? Nauzubillah.. mari kita doakan dia mendapat hidayah.
Pernah tengok permainan Lego Mohammed? Pihak lego sudah menafikan, still i smell something fishy here..

Itu adalah contoh mereka yg salah faham dan salah dapat info mengenai poligami Rasulullah S.A.W..

Banyakkan mengkaji kurangkan mengeji.

pic lama
*susah nak cari pic yg ada hubby skali
maklumla sejak ada anak excited amik gamba anak je ;)


**ada sambungan lg ye.. ada bbrp point lg yg sy nak stress out.. tungguuu (",)

ada orang tunggu ke? hihi.. at least husband sy tunggu tau.. semalam dia dah tanya, mana sambungan lagi?ngeh3x.. 

Monday, January 14, 2013

Poligami v Monogami #1

Sedang melayari fb, sy terserempak dgn posting pic ini..


Maka, tersengih lebar la para2 lelaki di sebalik komen2 menyokong mungkin sampai kembang kempis hidungnye dek teruja...

Para wanita pula, panasss je punggung, berasappp je telinga.. mungkin mahu terbelah dua keyboard sbb menaip komen dlm keadaan geram....

tenang.. tenang...

para lelaki.. x payah nak teruja sgt

para wanita.. x payah nak geram sgt..

Saya mahu berkongsi dgn kawan2, sedikit pencerahan mengenai isu poligami ini.. semoga kita tidak lagi berhujah tentang isu ini dengan emosi...

Poligami itu 'sunat' @ sunnah?

Fahami dahulu perkataan Sunnah..

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan mengenai pengertian perkataan 'Sunnah' ini secara detail, mungkin kawan2 boleh buat kajian sendiri.. sbb kalau nak tulis detail mmg panjang..

Sunnah secara umum ialah ~ meliputi semua perbuatan Rasulullah S.A.W

Dari segi terminologi syariat, sunnah itu punya lebih dari 1 makna.. mengikut bidang yang mana ia diusulkan.. dan bagi setiap bidang, makna sunnah boleh membawa makna yg berbeza..

Ramai orang, hanya memandang perkataan sunnah ini dari 1 sudut pandang sahaja, iaitu di sisi Fiqh.. iaitu, sekiranya dibuat, dapat pahala, kalau x buat x berdosa.. ramai yg sebut SUNAT..(bahasa org kita bg menunjukkan 'digalakkan')

Sedangkan pengertian sunnah itu lebih luas..

Dari segi bahasa, "perilaku yang dilakukan, baik cara yg terpuji ataupun tercela"

Ini bermakna, bukan semua sunnah itu 'sunat'

Ada sunnah(perilaku) yg boleh bagi Rasulullah S.A.W, haram bagi umatnya.. contoh: beristeri lebih dari 4.

Ada sunnah yg wajib bagi Rasulullah S.A.W, sunat(digalakkan) buat umatnya.. contoh: solat dhuha

Ada perbuatan yg haram buat Rasulullah S.A.W, tapi boleh umatnya buat.. contoh : menerima harta zakat

Penting bagi kita faham dengan jelas dulu pengertian sunnah ini agar ajaran Islam terhidar dari fitnah..

Fitnah bagaimana yg saya maksudkan?

Kerana ramai yg percaya sunnah ini 'digalakkan' maka ramai; terutamanya org bukan islam memandang serong akan ajaran ini kerana mengganggap ajaran Islam menggalakkan poligami sekaligus mengganggap Islam menindas wanita dan merendahkan martabat kaum wanita.

Sedangkan poligami itu bukan sunnah yg digalakkan. Hukumnya cuma harus dan ia datang dengan pakej syarat yg ketat.. iaitu ADIL.. ADIL.. ADIL........




(bersambung..) *semangat ni nak sambung ;)

Mari belajar

Prequel dari video adik x nak blaja sblum ni.. prequel la sgt kann..

Kakak mmg suka main cikgu2..

Dulu main sorang2.. sekarang dah ada adik boleh jadi anak murid dia..





Masa dia ajar adik baca iqra' ni, muka pertama 'aaa baa' , wafiq macam real je ulang balik apa yg kakak sebut.. hehe.. kebetulan ;)

Takpelah kakak.. semoga sampai besar kakak rajin ajar & tolong adik..


:')
precious

Girl o' mine

Cikgu sekolah husna mintak gambar saiz passport, so sabtu lepas bawakla dia utk g ambik gambar..

Since skrg officially dah sekolah, so pesan siap2 kat dia 

"Husna dah x boleh bukak tudung tau, gi mana2 mesti pakai tudung.. kalau x ustazah marah.." 
Jawapan dia lg advance
"Bukanla umi, ustazah kata nanti Allah marah.."

(umi termalu sndiri dgr jawapan husna..hehe) :')

Piccass anak dara masa outing sabtu lepas...

a friend said "tidak syak lg ini anak ayu" hehehe
copy paste sgtt ;p



sweet <3 p="p">
gaya dah matured dah, tapi nampak mende alah ni nangis nak naik..hmmm..






 hasil
(",)

Balik rumah,. sekeping pic ni letak dalam album family.. Pastu, adik wafiq biasa la..sibuk nak tgk juga..

Husna : "Umi, tgk tu adik wafiq nak tgk gambar org cantik..."

Kitorang semua tergelak.. husna-husna.. kecik2 ni xpela nak perasan.. dah besar nnt x yah nak annoying sgt perasan cantik..huhu..

Putera Maulud ~Penantian~

sambungan dari sini

Alhamdulillah, Allah Maha Kaya.. Kami merancang, Allah jualah yang merealisasikannya.. 
Selepas kebimbangan demi kebimbangan… (ummi ada terasa mild contraction sepanjang masih di Bangi—even barang-barang persediaan klu bersalin sentiasa ready kat tepi pintu rumah, apa-apa hal just grab it & that’s it..x kira la bersalin kat Bangi pun Bangi la…hehe) 
Akhirnya, sampai juga ummi di Terengganu mengikut perancangan asal..

At this time, my mind all set for labor.. Rasa macam, hari ni sampai, esok terus nak bersalin..hehe ;) Actually ummi x sabar nak peluk baby..dah gian sangat..rindu.. ;) Abah amik cuti seminggu, teman ummi n get ready klu2 ummi bersalin … Tapi……........

Tapi…. Hehe (saspen jek..)

Tapi rupanya, adik pun macam kakak juga nampaknye… Ummi, abah, kak Husna, Aki & Wan.. tunggu..tunggu… adik x de bagi signal langsung nak keluar…. Abah dah habis cuti..dah balik Bangi balik…
Weekend seterusnya abah balik lagi… adik x nak keluar juga…
Dah 2 minggu ummi  tunggu adik, ummi pada masa tu dah ‘kebosanan’ sampai tahap ‘down’ dah.. Sib baik Wan selalu nasihatkan ummi n Cik Ngah pun bagi semangat kat ummi..
Patutnya ummi due pada 24 Jan 2012.. Dah habis bulan Januari, adik masih selesa kat dalam… best ke kat dalam tu anak-anak umi? Kakak dulu pun sampai 11 hari overdue ;)

Pada masa tu, rasa sakit sikit je ummi dah excited.. bila bagitau abah, lagila… cepat-cepat dia siapkan baju ummi nak g hospital.. tapi, tu la…beberapa kali (banyak kali, lebih 10x)  juga la mcm tu, sampaikan, bila rasa sakit, ummi dah x bagitau dah abah, sbb kesian tgk dia excited, sbb at last sakit tu hilanggg mcm tu je…hehe… adik main-main ye ;)


Salah satu aktiviti menghilangkan bosan di kg.. 
organize 'hi tea' utk husna n kawan2 di kg...hehe
(hi tea la sgtt kan? layan je la..hehe)

Sunday, January 13, 2013

Putera Maulud ~Pengalaman Mengandung

sambungan dari sini

Alhamdulillah, mengandungkan Wafiq, sama macam kakak Husna juga, ummi tiada apa2 masalah.. segar bugar & aktif. Bak kata abah & kawan ummi di ofis, ummi macam lipas kudung, x macam orang mengandung pun. 
Acapkali juga ummi ditegur malah ‘dimarahi’ oleh abah sebab ummi lasak sangat bergerak. Ummi x alami sebarang alahan, cuma keletihan sebab nak melayan kak Husna yang sedang aktif & lasak.  Kebanyakannya, di sepanjang kehamilan ni, kakak lebih rapat dengan abah sebab ummi selalu keletihan bila balik rumah. Kesian kakak wafiq ;)

Gambar berempat ;)

Cuma semasa kandungan berusia 24 minggu, berat badan ummi naik mendadak. 6 kg dalam masa sebulan. Ummi kena menjalani ujian air gula (MGTT). Emm, agak kelakar rasanya tentang ujian ni. Ummi banyak membaca, melalui blog, majalah & pendapat kawan2.. rata-rata mengatakan agak ‘azab’ ujian ni…nak muntah, pening, air gula tu super duper manis la… ummi pun rasa gerun jugala.. mana tau ummi termuntah,terpengsan kat klinik tu ke..

Masa hari nak buat ujian tu, ummi ambik cuti. Malam sebelum tu dah ‘puasa’. Bila sampai pagi, doctor ummi dah siap menunggu dengan senyum lebar. Riak muka dia macam seronok sangat nak ‘buli’ ummi minum air gula tu..hehe.. Nurse pun tersenyum2 dah… katanya, jaga-jaga, ni extra manis ni, gelas besar ni…

Ummi minum, sekali hadap. Doktor keluar bilik, konon nak menyaksikan ‘keseksaan’ yang ummi alami.. ummi cakap, ‘dah habis’ sambil tunjuk gelas kosong tanpa setitik pun air gula.. Doktor tergelak besar, ‘hahaha…lidah awak memang Kelantan sejati’.. emm, memang nakal nurse Liza n Dr. Haiza.. nak kenakan umi ye… sorry doctor, ummi makan kuih jala mas, buah tanjung n kuih piana yg super duper manis tu selamba je.. sampai abah marah ummi sbb suka sgt makan manis2..
Lagi satu, sebenarnya, ummi cepat je teguk air gula tu, sebab ummi dahaga sangat2.. dah semalaman n sepagian x minum makan..hehe ;)

Emm..pregnant kali ni, ummi pilih klinik lain.. xpela, ummi sanggup berhabis sikit, asalkan selesa. Especially, tang bilik air. Tapi paling penting, dari segi masa. Yang x mengganggu masa kerja ummi n yang x payah kena menunggu. Kerenyahan macam tu yang x best nye..
Tapi, kak husna la pulak yang x puas nak main kat mini playground yang comel tu sebab tak lama masa menunggunya. Akhirnya terpaksa la ummi n abah duduk kejap tunggu kak Husna main puas2 dulu baru balik..hehe ;)

 @ clinic

Since, ummi n abah duduk di perantauan..kami x punya siapa-siapa utk bergantung di Bangi, plannye pasti bersalin di kampung. Cutinya pula alahai, ciput-ciput, so ummi n abah dah fix kan tarikh utk balik menunggu pada 37weeks.

When we told our doctor, nak terjojol juga mata dia… Apadiaa..lagi seminggu nak due awak nak travel dari selangor ke Terengganu..? this is 2nd baby, u don’t expect its like 1st baby…. Bla bla bla…zzzz.. (sorry doc ;p)
Mulala dia bukak cerita patientnya nak g temerloh lagi 2 minggu nak due tp x lepas, sampai kat Genting Sempah rasa contraction and they drove back to KL. Ada patientnya yang tersangkut kat LPT nak balik Terengganu juga, nasib baik dah dekat ngan exit Kuantan..maka bersalinla dia di Hospital Kuantan..huhu…

Terkesima la juga dengar cerita-cerita tu… owh, doktor ni nakal lagi ni..nak usik kitorg lagi ni.. Erm, kitorg just reply… ‘insyaAllah doctor..insyaAllah… doktor doa-doakanla i.c anak saya nombor 11 (Terengganu)..’ 

‘Xpela, just note my number, if along the way u rasa contraction, don’t panic, give me a call, I’ll guide u setakat yang boleh…’ Since doctor agak familiar dengan jalan nak balik terengganu,LPT sume.. mungkin sehabis daya, just advice us to find the nearest exit to go to hospital ;)

..menyusul lepas ni ~ Putera Maulud~Penantian