Friday, December 13, 2013

Kisah Hadif masuk hospital ~PartTwo

Esoknya, hari kedua Hadif di hospital.

Maka bermulalah rutin sementara umi yang baru..
Siapkan susu untuk hantar kat Hadif..

kena tulis nama anak
nama ibu n no. ic
tarikh n masa pam

sekali pergi umi akan hantar 2-3 botol susu
umi akan pergi hospital untuk DBF (Direct BF) Hadif 2 kali sehari
pagi umi pergi pukul 10 dan akan stay sampai lepas Zohor
malam umi pergi lagi sekali lepas Maghrib dan akan stay sampai 11malam

EBM (Expressed BreastMilk) untuk senggang masa umi x ada dgn Hadif di wad
waktu menyusu semua babies dalam wad tu setiap 3jam
8am-11am-2pm-5pm-8pm-(pastu kira sendirila..;p)

Bila waktu pergi, umi akan rush untuk sampai sebelum nurse bagi susu
kekadang diorg bagi awal n bila umi sampai hadif baru lepas menyusu
umi frust xleh DBF Hadif
walaupun hakikatnya susu yg nurse suap tu susu umi juga
tp umi rasa sedih :'(

tapi umi tetap ambik Hadif dan peluk Hadif 2-3jam
kalau nasib baik Hadif terjaga n umi bpeluang DBF Hadif

Syukur rezeki susu untuk Hadif melimpah2
ada hikmah umi start simpan stok awal2
kalau x de stok lama, mungkin umi x sempat nak hantar bekal EBM untuk Hadif sepanjang dalam wad..
alhamdulillah

stok susu masa tu
stock-in stock-out
utk stock-out hantar ke hospital umi x guna kekdah FIFO (sapa yg blaja Costing taula FIFO LIFO ni..hihi)
umi pilih mana yg sikit kuantiti dulu
yg 2oz @ 3oz
sbb takut Hadif x minum sgt..nanti membazir.. 
sayang tuu.. my 'golden liquid'..huhu

bila malam2 hadif x ada dgn umi
umi selalu bengkak susu
umi akan terjaga tiap kali waktu menyusu hadif  
pukul 3 pagi
time tu umi akan pam

biasanya satu sesi dapat 10oz
5oz sebelah

tapi yang ni
kes terlajak, ralit mengepam sambil borak2 ngan abah
nasib x limpah botol..hihi

So, tetiap hari untuk beberapa hari tu
umi setia berulang alik hospital
bersama cooler bag berisi susu buat Hadif


kakak rindu adik Hadif
kakak mintak umi bawakan HelloKitty Doll tu utk adik Hadif
sweetnya kakak
tapi adik Hadif x pandai main lagi, lagipun adik Hadif boy..huhu

Berkampungla umi dalam nursing room wad 6CD HSNZ utk beberapa hari dan malam
seronok juga (in some sort of way, hakikatnya x seronok sbb anak sakit) 
boleh buat kawan baru n tengok mcm2 gelagat org
dalam masa yg sama rasa simpati dgr mcm2 penyakit babies yg duduk situ
pada masa yg sama juga telinga ni naik kalis dgr bunyi babies menangis sepanjang masa
smpai balik rumah pun terdengar lagi suara baby menangis ramai2

umi n adik Hadif
selfie dalam nursing room
ramai je ibu2 ambik kesempatan snap pic anak dalam nursing room
sbb dalam wad xboleh tangkap gambar

since dalam wad tu cuma ibu dan ayah baby saja boleh masuk
n ada babies yg sejak2 lahir sampai umur dah berpuluh2 hari pun masih duduk situ
kesianla kat org2 kat rumah, 
atuk nenek adik beradik makcik pakcik sume x boleh tgk baby lagi
so, keperluan untuk snap pic baby n hantar kat org2 kat rumah tu agak mendesak sebenarnya

umi pun sama
masuk hari ke3, aki wan kakak ngan abg ngah rindu sgt2 kat adik
umi akan tangkap gambar adik n ada sekali umi ambik video

bila umi wat balik tunjuk kat aki ngn wan
aki nangis
aki sebak tgk adik
aki rindu adik

kakak n abg ngah pun kesian
tengok video, diorg agah2 adik melalui video tu
siap cium2 skrin
aduhai, perpisahan memang menyakitkan...

cepat sembuh sayang
ramai yang tak sabar tunggu adik balik dan sihat macam biasa.....

:')

No comments:

Post a Comment