Friday, November 15, 2013

And my breastfeeding journey begins....

Antara momen paling seronok ada baby kecik ni, ialah breastfeeding.. i'm luvin it.. so much..
it is soo special..
bagi ibu yang berpengalaman menyusukan anak pasti faham.. kecuali yg mengganggap breastfeeding ni menyusahkan.. itu lain cerita..

Alhamdulillah, setakat hari ni hari ke-10, susu utk Hadif melimpah ruah.. alhamdulillah rezeki Hadif.. ;)

So far sy x ada makan apa2 suplemen, cuma jaga makan(nasi, ikan,sayur) dan minum banyak air...

Milkbooster sy cuma horlicks, itu pun klu sy minum mesti kena pam sampai 3x satu hari besides Hadif direct BF sejam sekali...

Susu mula beratur
EBM mula day-5 until day-9
bermula dgn 40ml perahan pertama, yang latest dah dapat 120ml satu sesi
Alhamdulillah
(",)
now datang kerisauan lain pula, 
takut freezer wan penuh..hehe
kena cari tempat letak EBM jenis plastik, x makan space sgt..:)



Masa mula2 lepas bersalin, umi sejujurnya risaauuu sgt2 takut x ada susu..
Sbb lepas bersalin, Hadif kena masuk wad 2 malam.. n selama 2 hari 2 malam yang pertama Hadif, umi x berjaya nak susukan Hadif..

Lepas keluar labour room, lepas satu jam, umi terus ajak abah naik ke wad utk tgk Hadif n nak susukan Hadif...
Umi masih pening-pening n gelap mata masa tu.. badan belum stabil.
Nurse dah pesan esok pagi baru umi boleh naik gi susukan Hadif, sbb takut pitam, dah hilang banyak darah kan..
tapi umi x boleh tahan, umi cabut keluar juga dari wad curi2 utk cuba susukan Hadif..

Tapi masa umi gi tu Hadif baru lepas nurse bagi susu n Hadif x pandai lagi nak menyusu.. umi cuba juga..
x berjaya... :'(

Sepanjang 2 hari 2 malam tu, umi n abah x jemu2 gi jenguk Hadif & umi cuba susukan Hadif.. tapi x pernah berjaya..
Hadif sokmo kenyang plus Hadif x pandai lagi n x biasa.. Nurse di hospital bagi Hadif minum guna cup..

Umi frust.. sbb susu pertama yg masuk dalam badan Hadif bukan susu umi... macam Kak Husna dulu pun sama.. bermula dgn susu hospital sbb umi blackout lepas bersalin...



Malam mula2 Hadif sampai rumah lepas discharge tu, barula umi boleh susukan Hadif, itupun umi nak nangis dah sbb cubaan ke brp puluh dah.. baru berjaya... :')

Alhamdulillah, sampai hari ni Hadif dah berjaya menyusu dgn jayanya...
alhamdulillah.. semoga susu untuk Hadif terus melimpah ruah dan semoga Hadif membesar dgn sihat..

Umi harap kali ni umi dapat susukan anak umi selama yang boleh... insyaAllah.. moga Allah permudahkan......

No comments:

Post a Comment