Wednesday, October 23, 2013

Maafkan kami,anak..

Post ini bukan sambungan POST INI .. sekadar rentetan darinya..

Peristiwa saya ter'marah' husna, minta maaf dan pikat kembali hatinya dgn hadiah yg disukainya mengingatkan dan membuatkan sy nak cerita kat sini cerita yg Dr.Robiah share ms konvensyen bidadari hari tu..


Tentang kisah seorang kanak2, ayahnya dan sepasang kasut...

Hem..hemm.. ;)

Kisah ni tentang seorang budak lelaki umur 5 tahun..
Budak baya ini kan tahap curiousity nya mmg tersangat tinggi.. apatah lg budak lelaki..
x caya cuba observe anak kita sndiri kn.. time umur2 ni, semua bnda nk dicubanya..
mainan dia xnk main, sibuk nk kacau barang kita..
klu yg ppuan nk ke hulu hilir dgn heels emaknya.. nak main tekan2 remote tv.. nk duduk kt tempat driver time dlm kete...

Satu hari tu, waktu pagi.. mmg masa kebizian dan kerushingan tgh memuncak la waktu tu kan.. (mcm kes sy dlm post lepas..rushing pagi2 punya angkara la tu)..
time pagi2 mak ayah sibuk nk g keje. nak anta ank2 g sekolah.nursery.. time ni dpt jimat 2 3 minit pun dh cukup berharga rasanya kan..btul x?;)


Ok.berbalik pd cerita td.
Time tgh rushing pagi2 ni.
budak lelaki umur 5 tahun ni tgh terkial2 nk pakai kasut sendiri kat tangga..
ayahnya datang. dah redi nk masuk kete n bergerak.

well. tindakan refleks seorang bapa yg mahu menjimatkan masa,
diangkatnya anak itu tanpa sempat anak dia sudahkan hajatnya nk pakai kasut hingga berjaya..
(rasanya ramai juga antara kita yg penah buat bnda yg sama pd anak kita kan?kita rimas n x sabar.. betul x? ngaku je la..;p)

Anaknya marah dan menangis dan mengamuk..
tapi selaku seorg dewasa yg mungkin sudah kalis dgn tantrum seorg anak.. x amik port sgt pun akan kemarahan budak kecik tu..
apa de hal..jap lagi diamla tu.. ala,budak kecik mengamuk..biasala... detik hati bapa budak itu dan mungkin detik hati kita juga kan bila terjadi bnda sama pd kita?kan?

Maka, si bapa ini menghantar anaknya ke sekolah spt biasa tanpa dia ambik port pun perasaan anaknya yg tgh berbuku dan berbulu dgn ayahnya......


Semasa dalam kelas, cikgu yg prihatin perasan budak ini x berkelakuan macam biasa..
x happy mcm biasa..
Cikgu yg mmg well-trained ini ada cara nk test..

Dia mintak semua murid2 meluk2is dan ekspresikan apa yg ada dlm fikiran setiap murid masa itu..
Lepas siap, cikgu cek lukisan anak2 muridnya..
budak2 lain dgn typical lukisan budak kn.. gambar rumah.gambar sawah padi.gambar pemandangan bukit bukau..

Bila smp pada lukisan budak lelaki ini.cikgu terkejut. di atas kertas lukisan ada satu bulatan kecik. satu bulatan besar...
Cikgu panggil anak ini dan tanya apa maksud lukisan dia..
Jawapan dia mmg mengejutkan..

Katanya.. "cikgu, bulatan besar ini kepala saya.. dan bulatan kecil ini kepala ayah saya..."

"Kenapa kamu lukis kepala ayah  lg kecik dr kepala kamu..?"


"Cikgu, saya nampak kepala ayah saya kecil kerana skrg sy rasa sgt marah pada ayah saya...
Pagi tadi, semasa sy sedang berusaha utk memakai kasut.. ayah sy telah mengangkat sy masuk ke dalam kereta tanpa memberikan sy peluang untuk memakai kasut hingga selesai.."

Cikgu terdiam. Terkejut dan khusyuk mendengar.

"Cikgu, selama ini ayah sy mengajar dan menyuruh saya supaya bersabar.. tapi pagi tadi ayah sy telah menunjukkan kpd saya bahawa dia tidak sabar..
Saya rasa sgt marah dan kecewa dgn ayah sy skrg...."

Cikgu makin terpana. Anak ini amat terluka emosinya.

Cikgu berjanji dgn murid itu utk bercakap dgn ayahnya apabila sekolah selesai.
Semasa ayahnya dtg nk ambik anak ini, cikgu pun panggil ayahnya dan ceritakan apa yg terjadi di sesi persekolahan tadi...

Pada mulanya ayahnya cuma ketawa..

"Encik, sy nk mintak encik minta maaf dari anak encik... Dia sgt terluka.."

Ayahnya berubah air muka. Mula ambil serius..

"Tapi macamana cikgu?"

"Pikat hatinya.. beri hadiah yg dia suka.. kemudian minta maaf dgn ikhlas dan beri pelukan kepadanya.. insyaAllah.. emosinya akan terawat.."

Sepanjang perjalanan balik rumah, rajuk anaknya masih bersisa.. si anak masih tidak sudi untuk bercakap dgn ayahnya.. Ayah nekad untuk mengikut saranan cikgu...

Malam itu, semasa anaknya sedang bersiap2 untuk tidur, ayahnya datang dan ketuk pintu bilik anaknya.

Berbekalkan sekotak coklat kegemaran anaknya......

Ayah telah mberi hadiah itu kpd anaknya disambut dgn senyuman dari anaknya.. maaf dipinta dan janji untuk lebih bersabar selepas ini.. Satu hadiah pelukan yg tulus, cukup menyejukkan kembali hati si anak.. Anak itu sudah pun memaafkan ayahnya.. Emosinya kembali reda.. tiada lagi rasa yg membuku.....



Ayah keluar dari bilik anaknya dgn satu perasaan dan pelajaran baru...

Never take ur child's feeling for granted..
I do also learn something from the story n I do apply it in my parenthood life..
Just throw ur ego..
We, parents, screwed up too.. just apologized..
it will give great impact to our child psychology...


***

*permintaan kakak nak tidur 'bawah bulan' tiap2 malam tercapai :')

No comments:

Post a Comment