Tuesday, September 24, 2013

Kisah Berkonvensyen #7 - Slot 3 & 4

Slot 3 bersama Prof. Dr. Muhaya.. yang semakin dikenali skrg ni dgn tagline Celik Mata Celik Jiwa.. macam tu jugakla tajuk slot ni..;)

Basic point apa yg Prof. cuba sampaikan hari ni.. 

Fikir, Rasa, Beri, Dapat..

Fikir baik, Rasa baik, Beri baik, Dapat baik..

Kesimpulan yg saya dapat dari slot ni, semua keputusan hidup kita berpunca dari dalam diri kita sendiri..

Hmm..
Teringat juga soalan Prof. pada kami semua hari tu..

"Yg kat dalam dewan ni, tgk tv al hijrah x? Pagi tadi tgk Tanyalah Ustaz x? Tengok Ustaz Don x?..."

Ramai yg jawab ye.. ramai juga yg x jawab.. 

"Yang x tgk tu.. gelapp masa depan..."

Alahai..

Gelaplaa masa depan saya yg tv pun x tgk ni...huhu @-@


***


Slot 4.. with my all time favourite Ustazah Fatimah Syarha ;)

(",)
pic lama
semasa kunjungan ustazah ke UMK 


Ustazah sentiasa tampil dgn tajuk2 segar.. Kali ini tajuknye.. "Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah"
Sebenarnya perkongsian kali ni lebih kepada ustazah nk kupas isi-si dalam buku ni..


Slot kali ni sgt membuka mata..

Betapa Islam itu mudah lagi mempermudahkan..
Betapa Islam itu tidak menyempitkan malah meluaskan..

Terutama dalam isu-isu kaum wanita..
Yang disempitkan oleh golongan timur..
Yang dieksploitasi oleh golongan barat..

Beberapa kali ustazah mengajak kami semua di dalam dewan melaungkan..

La' Syarqiyyah..! La' Gharbiyyah..! Islamiyyah..!!
(Bukan Timur..! Bukan Barat..! Tapi Islam..!!)

Jangan condong utk mana2 belah.. pilih pertengahan.. Islam itu mudah..

Contoh, dalam bab berpakaian..

Golongan timur spt di negara arab, terlalu menutup.. Di barat, terlalu mendedah..
Kita pilih pertengahan.. bersih, sopan, menutup aurat dan sesuai dgn akhlak seorang muslim..

Ustazah juga ada mengupas mengenai isu tabarruj..

Saya sgt terkesan dgn pendapat moderate yg ustazah ketengahkan..

Ternyata pengertian tabarruj itu tidakla terlalu jumud..
Jangan terlalu mudah meletakkan hukuman tabarruj kpd seseorang.. lebih teruk yg dgn mudah mengharamkan segala benda.. contoh pakaian berwarna berwarni, kasut bertumit, kerongsang..dll..

Boleh baca artikel ustazah mengenai tabarruj di SINI

Slot ni terasa sgt singkat.. banyak lagi slide yg x sempat ustazah kupas..
Slot Q&A pun tak sempat dihabiskan..
Harapnya dapat jumpa lagi ustazah dalam konvensyen tahun depan...

(",)

No comments:

Post a Comment