Wednesday, September 18, 2013

Kisah Berkonvensyen #6 ~ Slot 2

Slot kedua paling osemmm...!! ;D

Bersama Dr. Robiah Kulop Hamzah..

pic hasilan google

Ok, seriyesli.. selama ni mmg selalu nampak figura ini di kaca2 tv.. tapi sy x la follow beliau n cuba nak tau lebih lanjut mengenai beliau...

Detik konvensyen ni, betul2 buat sy jatuh hati pada beliau... mmg marvellous ;)
Tak sangka, mendengar talk beliau secara live lebih dan sgt2 mengujakan..
Biasa tgk kat tv kan, nampak formall je..

Saya x sabar nak tunggu video slot yg ini di publish di Youtube..
nak download nanti sy share dgn kawan2 kat sini n fb ek.. nak semua org rasa apa yg sy rasa di hari itu..

Talk beliau sgt havoc.. kelakar..

Namun, ironiknye..
Airmata lucu saya sama deras dengan airmata sedih dan pilu.. berderai2.. sampai menitik2 di atas buku nota saya..

:'(

Sangat terkesan................

Lucu.. tapi tajammm... menusuk2 hati ni..

Intipati ilmu dari Dr. Robiah kali ni :


  • Bagaimana cara kita layan anak di zaman kanak2 mereka.. itulah apa yang kita akan terima apabila mereka dewasa..
  • Peluk anak.. peluk anak.. peluk anak........


Dr. share satu cerita ~

Ada seorang ibu di Melaka, anaknya ada 6, dia disahkan kena sakit kanser..
Ubat kansernya dihantar ke sebuah hospital di Shah Alam..

Tapi..

Tak ada seorang pun dari 6 org anaknya tu yang sanggup @ mahu ke Shah Alam utk ambik ubat mak dia..

Melaka dgn Shah Alam bukan jauh mana pun kan..

Lama-lama.. dipendekkan cerita.. sampaila jugak ubat tu ke tangan mereka

Tapi..

Tak ada seorang pun anak2 nya yg willing utk peluk sambil suap ubat tu ke mulut ibu mereka...
Paling2 pun, tolong tuang & biar ibunya yg suap sendiri......

Kisah ini diceritakan kpd Dr.Robiah (she's a counselor btw)
beliau tanya anak itu.. kenapa sampai macam tu layan ibu nya..

Anaknya jawab..
Sbb semasa mereka adik beradik membesar... ibunya seorang yg sgt garang & sentiasa marah2..
Nak dengar ibunya cakap elok2 pun susah apatah lagi nak rasa pelukan kasih sayang ibu......

hmm....
nampak x..
pengajaran dan hikmah dari cerita ini.....
x perlu lah saya huraikan semula ye..


Banyak cerita yg Dr. Robiah kongsikan..

Kisah anak kecil 5 tahun yg marahkan ayahnya kerana kasut
Kisah Michael Jackson
Kisah Christina Onassis

Semua kisah2 ini..dan pengajarannya.. buat sy terkesima..
Buat sy terfikir...

Am I a 'good enough mother' to my children...?

:'(

1 comment:

  1. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete