Wednesday, September 11, 2013

Ice Cream Girl ;)

Revolusi Husna dan aiskrim buatannye..
hihi
caption ntah hapa2 
;)

Aiskrim Husna the Kampung Girl
(wahh..nama ;p)

Nak cakap aiskrim kampung sbnanye
Dulu yela aiskrim kg, tp skrg org bandar pun dah cari aiskrim camni
yang husna buat ni perasa milo n jagung
nak lagi mabeles time cuaca panas ni, buatla aiskrim asam boi..slurpp..sedapnyee ;)

Resipi 
(x yah bagi pun xpe sbnanye, tapi saja nak feeling blogger masakan jap..hihi ;p)

Aiskrim Milo
Milo, Susu Pekat
Sedikit horlick, sedikit nescafe
Serbuk Koko Van Houten
Air Panas, Air Sejuk

Aiskrim Jagung
Kordial Jagung
Susu Pekat, Susu Cair
Jagung Manis dalam tin
Air Panas, Air Sejuk


Aiskrim Umi Tak Payah Risau Dah
(haha..;p)

Kenapa umi x payah risau dah.. sbb acuan aiskrim ni ada corong siap kat bawah tu
kalau cair meleleh aiskrim tu bolehlah anak2 terus menyedutnya tanpa umi menggelabah takut menitik..hihi
Acuan yg sgt praktikal ni umi beli di Daiso.. satu acuan boleh buat 4 batang aiskrim..

Resipi
Untuk aiskrim versi yg dalam pic Husna tu la ye ;)

2 perasa (Sarsi n Sunquick)
Kordial Sarsi
Sunquick
Gula
Potongan buah kiwi


Aiskrim Husna Suka Main Tabur2

Bab menghias mmg bagi kat dia
Tabur 1x, masuk mulut 2x
Dia boleh ratah macam tu je sprinkles tu
Kalau pegi bahagian brg2 bakeries tu, macam2 jenis sprinkles dicapainye..
layann je la.. simpan buat stok, nanti2 berguna juga 
tapi kena sorok sebelum dia ratah..

Ok, resipi aiskrim ni
(yg ni baru berbaloi nak bagi resipi..hehe)

Susu cair 1 tin
Susu pekat 1/2 tin
Esen vanilla
Ovalet
Perasa kesukaan
(Husna guna Milo+Serbuk Koko Van Houten)

Hiasan
Colourful sprinkles
Kacang 
Biskut Oreo yg dipatah2kan

Cara buat
Susu Cair+Susu Pekat - pukul dgn mixer 20-25minit
Masukkn esen vanila n ovalet
Pukul lagi sekejap
Masukkan serbuk koko n milo
Pukul lg sekejap hingga sebati

Masuk dalam bekas
tabur hiasan
bekukan

~~~

tu je
hihi

umi harusla membuat sendiri aiskrim utk anak2 demi menjaga kesejahteraan purse umi
hehehe
duduk rumah dekat dgn kedai runcit ni susah juga

lagipun buat sendiri aiskrim (atau apa2 je lagi makanan yg anak2 suka makan), lagi sedap, puas hati, bersih, bebas bahan kimia berlebihan, dapat banyak, boleh makan seisi keluarga dan paling penting
IT'S BONDING TIME
antara kita dan anak
itu yg paling penting n mahal dari segalanya

(",)


***cerita konvensyen lom habis.. nanti sambung ek ;)

1 comment: