Wednesday, June 12, 2013

Pulau Bidong

Nak sambung n3 pulau ari tu.

Ntah kenapa skrg ni liatt sgt nk update blog... macam malass je..

Since skrg tgh peknen, bolehla nak kata pembawakan budak.. 
tapi nnt klu pas dah bersalin pun masih rasa malas, mmg sah2 la pembawakan mak budak yg mmg pemalas..huhu..


Ok la, jom kita sambung pengembaraan ke Pulau Bidong..

Honestly, masa 1st time tgk nama pulau ni di surat jemputan ari tu, itula kali pertama saya dengar nama Pulau Bidong.. huhuu

Pastu, cakap kat FIL, "next week ayu ada trip ke Pulau Bidong.."
FIL gelak, dia kata, "oo, tempat org myanmar tu.."

Pastu, cakap kat hubby, "nanti kn g Pulau Bidong.." 
Hubby balas.. "nak g tengok tmpat org myanmar tu ke..?"

Me angkat kening.

Apahal sume kaitkan ngan myanmar-myanmar bila cakap psl Pulau Bidong ni...

Zupp.. tanya Mr. G.. apa lagi, mr.google la...

Rupanya mmg betul, tempat ni dulu penempatan org Myanmar..
emm, panjanggg ceritanya..
kalau rajin bacala kat sini ye ----> http://www.terengganutourism.com/pulau_bidong.htm

Okay la, marila kita memendekkan cerita..

Dari UMT, rombongan satu bas singgah ke Primula Hotel dulu untuk mengambil angkatan tentera yg lain. Rupanya di hotel dah ada sebuah bas lagi tgh tunggu..
Emm.. mmg ramaila.. ahli mesyuaratnya x sampai 20org pun, tp purata sorang bawa 4ahli keluarga..
Meriahh sgt.. sib baik ai pun bawak pengarang jantung bersama buat teman ;)


Ekceli, yg kitorg naik ni bot kecik
bila bot start pecut, rasa macam terhentak2 je
kuatt
macam terhentak atas jalan tar je

sy masa tu sgt cuak n doa cepat sampai.. risau baby kat dalam
biasa x suka fikir pelik2, tapi kali ni jadi terfikir sndiri :(

doa n tawakal je mohon x jadi apa2

45minit masa perjalanan
lamanya rasa Ya Allah..
:'(


Alhamdulillah.. dah nak sampai..
tuu kat belakang Husna dah nampak Pulau Bidong

Dah sampai


Cantiknya Subhanallah.... :')




Nyamann.. ;)

Dah lama teringin nak ada buai gantung macam ni
tp keadaan kawasan rumah x mengizinkan
klu ada best kan
santai je ;)

Main sorang2

Sbb kitorang bot pertama
lagi 2 bot lambat sikit sbb kena transfer ke bot besar kat tgh2 laut tu
hihi

***

Ekceli, pulau ni bukan pulau peranginan
macam Redang, Perhentian, Kapas etc tu kan
klu baca link sejarah dia tu taula kan

so hanya group kami je la yg akan conquer pulau ni 2 hari satu malam ni
kat sini pun x ada kemudahan sgt

kami berpeluang datang sini sbb kat sini ada Stesen Penyelidikan yg UMT punya



dari segi kemudahan tempat duduk
cuma ada 2 chalet VIP yg dibina utk kemudahan if NC n TNC UMTdatang sini
pastu ada lg 2 chalet biasa

Ada bilik macam dorm
n selebihnya khemah


haa..khemah you..
feeling survivor jap datang sini
seriously no luxuries here

tukang masak n segala periuk belanga gas semua diangkut dari tanah besar

tempat kami makan

bangunan belakang yg bertutup bidai tu dapur

sy ada tanya urusetia sbb apa x tinggal barang2 asas tu kat sini
katanya bahaya sbb pulau ni jadi tempat persinggahan so-called 'lanun asing'
klu diorang nampak pulau ni gelap, diorang akan datang berkampung kat sini
hmmm... scary.. jgnla lanun tu datang time kitorg ada ni... choiiii!!!


Masa diorg dok bahagi2 bilik ekceli nama sy tertinggal
maklumla sy berdua je, org lain sume berlima berenam bertujuh

Sy sudah cuak takut kena tido khemah
wlupun husna insist nak tido dlm khemah tp umi tetap bisik kat urusetia x nak dok khemah
dpt share dorm dgn org lain pun xpe

Alhamdulillah
nasib baik dapat sebijik chalet kecik ala2 stor pun ada
tapi jadila, ada tempat berlindung n bilik air sendiri
syukur syukur

ini bilik kami malam tu
basic sgt, 
cadar pun xde
tingkap pun macam x meyakinkan
tp ini sudah syukur sgt2
alhamdulillah..;)


hmm..berjela dah ni
sambung next n3 ye
c ya
(",)

No comments:

Post a Comment