Wednesday, May 8, 2013

Politik dan kawan

Dah lama sy x update blog..

Macam2 berlaku sepanjang tempoh x update tersebut..
Paling besar of course la PRU13 kan..

Well.. musim durian crepe org bercakap pasal durian crepe
Musim kiyomi org sibuk cakap pasal kiyomi
Musim shawl tribal org sibuk cakap pasal shawl tribal..

Tapi bila time pilihanraya, nak cakap pasal politik... choiiii!!
Ramai yg x suka..

Saya belajar sesuatu,
untuk terus disukai oleh org lain, jgn tersalah mulut sebut pasal politik..
Yang berlainan pegangan la..

Kita jadi mudah panas punggung panas telinga bila berbincang soal politik..
di Malaysia, bukan semata politik, tapi politik kepartisan itu yang menyebabkan ramai yg mudah panas telinga..

Di facebook, sejak sejak musim PRU ini, terserlahlah pegangan masing-masing2..
dari apa yang diLike-like, yang diShare-share..

Terserlahlah kecenderungan masing2..

Kita ada hak masing2.. untuk berpegang kepada apa yang kita percaya..

Sekarang ini, di facebook, apa sahaja yg kita like appear di wall kawan2 kita..

Ada yang x kisah..

Ada yang x senang duduk..

Bagi yang x senang duduk
naik status sindir menyindir..

Saya paling kurang gemar, status yang mempertahankan pendirian sendiri, dalam masa yang sama mempersoalkan agama orang lain..

Bila berkenaan dgn kawan-kawan atau keluarga, saya mengambil pendekatan, ignore saja..
Saya mengelak untuk melayan komen atau sindiran sesiapa..

Ada juga yg sok-sek-sok-sek.. "eh, dia tu org xxx ke? sy x sukala.. sy anti betul dgn org xxx.."
Sy sedih klu macam ni..
Serius.. :'(

Apa lagi kalau family sendiri..
Yang tua mengamuk meraban marahkan yg muda sebab sudah tidak sealiran dgn mereka lagi..
Maka, jadilah perasaan tidak sedap hati, malas bertentang mata dsb..
Kalau dulu boleh duduk sama2 berseloroh.. hanya kerana berlainan parti, kita jadi sunyi sepi...

Sangat tidak berbaloi kita nak terasa hati, bertegang urat, bermasam muka di musim yang pendek ini sedangkan hakikatnya persahabatan, persaudaraan kita sudah bermusim-musim
dan kita boleh sehala tuju dalam soal-soal lain melainkan soal ini sahaja..


Saya hijau, awak biru, awak biru muda, saya merah..
At the end kita tetap kawan/keluarga..






tudung saya hijau
kasut saya biru
fair enough

lol
;p

No comments:

Post a Comment