Monday, April 22, 2013

Wafiq demam campak

Seakan-akan ini pengalaman pertama saya menghadapi anak demam campak.. 

Masa Husna dulu, dia naik campak seawal umur 2 bulan.. masa itu sy masih terpinga-pinga.. 
baru menjadi ibu, rasanya kelam kabut ditambah dgn ekzema nya mula menyerang pada masa yg sama.. 
Bila dia merengek-rengek kemiangan, saya x pasti itu disebabkan campak atau ekzema nya..

Kali ini, Wafiq naik campak di umur 14 bulan.. 

Secara tiba-tiba dia demam, mula hari Ahad.. membawa ke Selasa, x kebah2.. 
Nyaris2 nk kena warded.. klinik suruh refer hospital utk di admit, 
sampai2 di ER suhunya mula menurun, so doc suruh balik dulu..
Namun kami masih dalam keadaan berjaga2..

Malam itu, tidur kami (saya & MIL) tak lena, menjelang 4 pagi suhu nya panasss sgt.. 
last resort, masuk ubat punggung.. (seboleh-bolehnya nak elak selagi boleh) 
Lepas 1 dos ubat punggung, sejak itu suhunya maintain dah x naik.. 
alhamdulillah.. demam dah kebah..

Tapi 

mula nampak bintik2 kat muka..
Day 1

Saya bagitau MIL, macam nak naik campakk je ni..
Rupanya mmg betul

Makin lama makin bertambah bintik merah
MIL kata pas dah naik sampai tapak kaki, nanti dia serap balik, pastu ok

Saya tertunggu2 masa nya bila dia akan mula rasa kemiangan
Kerana, 
sy berdebar nak meladeni Drama King yang seorang ini
Manja nya terlebih2 time sakit, asyik nak berdukung saja n tangisnya panjang langsung x makan pujuk..


Umi amik cuti 3 hari
Sepanjang jaga Wafiq demam, umi sedar, bila anak kita sakit, cuma kita yg mampu bersabar jaga 
Jadi, klu anak sakit, jgnla tinggal juga kat pengasuh or taska, ia akan menyebabkan, 
1) anak kita terabai, atau
2) nak melayan anak kita, anak org lain terabai, atau
3) pengasuh hilang sabar

Fahamm? ;)
Hehe

Dugaan betul kali ni menjaga anak sakit yg merengek2 sbb x selesa badan, 
plus kakak nya yg mmg attention seeker
plus pregnancy yang melemahkan badan
plus umi x boleh minum energy booster umi iaitu kopi sbb pregnant..
pengsann

nasib baik MIL n FIL baaaanyakk backup
MIL tido dgn sy n anak2 sepanjang Wafiq demam
she takes care of everythinggg else in the house, makan pakai,  saya cuma perlu jaga anak saja..

my MIL is super-awesome u know
she always do
(",)



Esoknya,
Day 2




Bintik merah makin bertambah
Seluruh badan sampai tapak kaki

Tapi dia x de tanda2 x selesa atau miang ke apa
Malah makin aktif & selera makan kembali pulih

Akhirnya, campak itu serap n clear balik

Esoknya
Day 3
Yay!

Alhamdulillah, x melarat n x miang
Dugaan Wafiq melawan demam campak sudah berlalu..;)

Wafiq dah sihat sepenuhnya
Baru umi senang hati nak balik bekerja

Alhamdulillah
(",)

No comments:

Post a Comment