Wednesday, April 3, 2013

Mati seribu kali??

N3 KK lom langsai.. jom kita off topic jap..

Dah lama x buat n3 khidmat masyarakat lah sahngatt ;p

Maksudnya n3 yg kita sama2 boleh renung2 dan pikir2 jap.. just something to think about..weee.. ;)

***

Saya jarang dgr radio, tapi sy ada waktu rutin dgr radio.. iaitu weekdays around pukul 7.30-7.50 pagi dan 5.10-5.30 ptg.. of course dalam kete on d way g n balik keje.. tu je.. 

Plus selasa malam pukul 10, yang ni mmg purposely (",)

Kita cakap yg dgr radio dlm kete tu kan.. walaupun kadar masa sy dgr radio hanyalah +-20minit satu sesi.. tapi sy selalu terserempak (terserempak??) lagu yg sama..
means sometimes pegi n balik pun sy akan dgr 1-2 lagu yg sama.. well.. mainstream radio..

Oklah, panjang lak mukadimah..


Salah satu lagu yg selalu berlanggar bahu dgn sy time terserempak tu ialah lagu ni...

setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu

sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu

Cari sendiri la tajuk dia ekk..hehe  (kejamm x? ;p)

Honestly, melodi dia sedap, kena dgn jiwa sentimental sy ni.. tapi tiap kali dgr lirik dia tu kan.. sy macammm.....err... berpeluh dahi sikit...

Dalam hati saya, kesiannya ppuan ni.. sampai macam tu sekali..
even dj radio tu pun penah sound..
"ni kes buli ke apa ni??"
hahaha... maknanya dj tu pun lap dahi jugak dgr lirik lagu ni....

Kamon..

Sometimes lirik2 lagu ni kan... melampau2..
Nak bagi ayat power.. jiwang karatt hijau pun.. agak-agakla sikittt....

Nak mati seribu kali???

Mari kita baca sedutan kisah ni jap....

Diriwayatkan bahawa, pada suatu ketika sekelompok orang Bani Israel lewat di sisi sebuah pemakaman. Mereka berkata satu sama lain..

"Alangkah baiknya jika salah seorang di antara kita berdoa kepada Allah Taala agar seseorang dari penghuni kubur ini bisa bangun dan menggambarkan kepada kita berita tentang alam kubur..."

Justeru, mereka bersama2 berdoa kepada Allah.

Tiba-tiba, salah satu mayat bangkit dari kuburnya dan di tempat antara kedua matanya terdapat bekas-bekas sujud. 

Si mayat bertanya...

"Wahai kaumku, apa yang kau inginkan dariku? Aku menderita akibat rasa sakit saat sakaratulmaut selama lima puluh tahun terakhir ini.. Apa yang kuderita saat kematian belum juga berkurang hingga saat ini..."

***

Hmm... masih nak mati seribu kali utk buktikan cinta??

Walliyullah besar Syaddad bin Aus berkata,

"Mati adalah bencana yang paling mengerikan di antara semua petaka di dunia ini dan di akhirat nanti bagi seorang mukmin.

Ia lebih menyakitkan daripada badan dicincang dengan pedang atau gunting, atau direbus dalam kuali..

Jika seorang yang mati bisa bangkit dan memberi tahu kepada penduduk dunia tentang kematian, maka mereka tidak akan mengambil suatu manfaat pun dari kehidupan dunia dan tidak akan pernahdapat tidur barang sejenak pun.."


***



Apatah lagi bergebang utk mati seribu kali.......



***

Aipp..jgn main sedap mulut je nak nyanyi.. wafiq marahh ni..
Nampak kening kerut ni..!!
Makan aiskrim lg sedap..


Bye
(",)

No comments:

Post a Comment