Tuesday, March 12, 2013

Kehidupan..sorotan akal nilai ;)

Melalui kehidupan seharian, sebenarnya kita sedang melepasi pelbagai hikmah tersembunyi..
satu persatu.. 
di setiap peristiwa hidup..

namun sejauhmana akal nilai bekerja dalam mengenalpasti hikmah2 tersebut...?

Membaca tulisan Puan Roza Roslan, hati terpaut kagum..
Akal berbisik, "Oh, aku pun pernah melalui peristiwa sama.." 
namun ia hanya berlalu begitu sahaja.. 
sekadar mengisi hari-hari berlalu.. tanpa sempat dikutip pengajaran dari setiap darinya..

Namun bagi beliau, setiap peristiwa hidup berjaya beliau ingati sehingga ke sekecil2 perkara 
dan berjaya beliau soroti hikmah tersembunyi, 
menggali nilai-nilai kebesaran Allah serta limpahan nikmat kurniaan Allah.. 
walaupun bagi sesetengah kita, peristiwa yang nampak biasa2 sahaja.. 
tanpa kita mahu berfikir tentang kasih sayang Ar-Rahman Ar-Rahim...

Masya-Allah.....


Saya mula terpaut pada tulisan beliau, dari kolum di Majalah Anis.. 
Saya sgt tertarik dgn pengakhiran tulisan beliau,
Salam sayang daripada kami dari Rumah Kecil di Jabal Uhud, Madinah..

Teduh rasa hati membaca tulisan beliau, seronok di bawa mengembara bersama2 dan menilai limpahan kasih sayang Allah di merata-rata bumi Allah nan luas ini...



Cadangan bacaan ikut turutan

#1 TRAVELOG CINTA ABADI : Masa Yang Berlalu..


catatan masa kanak2 beliau..

Komen saya ~ amazing
Cerita zaman kanak-kanak yg sgt indah dan syahdu..
Amat syahdu..

Setiap cerita amat terkesan di hati..
terutama mengenai cinta hati pertama beliau.. terhadap Mak Wa..

Saya membayangkan sosok peribadi Mak Wa sama dgn ibu mertua saya kini, 
yang mana anak2 saya juga mempunyai hubungan istimewa dgn Wan mereka..
mungkin Wan cinta hati pertama anak2 saya..
:')


#2 TRAVELOG IMPIAN ABADI : Itu Yang Tertulis


Catatan zaman remaja..

Di pertengahan bab, saya mula tertanya2.. 
'Siapa Abang Lu'e di dunia nyata beliau, adakah Abang Lu'e yg dimaksudkan mengikuti perkembangan hidup beliau kini..'

Persoalan sy terjawab dgn sy senyum meleret sorang2 dan hati berbunga2.. 
rupanya Abang Lu'e itu suami beliau kini..!!

*tidak sangka sosok Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, rupanya dulu mempunyai nama samaran Abang Lu'e..

Senyum
(",)


Selain itu, bermula kisah beliau mula bertolak dari Johor ke Terengganu untuk melanjutkan pelajaran di ITM Dungun, sedetik itulah buku ini makin dekat di hati sy..

Masakan tidak, sy juga Alumni UiTM Dungun.. 

Penceritaan beliau mengenai kehidupan di sana, segenap tempat yg disebut dapat sy gambarkan sejelas2 nya kerana sy juga pernah bernafas di sana selama 3 tahun..
Pernah tinggal 1 semester di hostel kayu ala chalet yg sama (skrg dah x ada)
Menelusuri pantai yang sama.. Teluk Gadung..
Turun bas ekspress di tempat yang sama.. Sura Gate..
Cuma saya tidak ada Abang Lu'e menunggu sy, sy ada Abang Oyie
^-^
.
.

Rindu..
:'(




..insyaAllah bersambung.. 

No comments:

Post a Comment