Wednesday, February 6, 2013

Cinta Tersimpul Rapi

Semalam,

Menghampiri pukul 10, cepat2 sumbat earfon di telinga..

89.8 Mhz di Kota Bharu

"Kenali Cinta Allah" .. itulah tajuknya

Asyik. .

Sedikit kerut, banyak senyum.

Alhamdulillah...lebih menghiburkan dari mana2 rancangan lawak.


Si dia membacakan satu hadis.

Buat saya teringat pada serangkap lirik lagu..

"Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu..
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari..
Setinggi mana engkau cuba membawa diri akan aku daki..
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami..."
(lagu apa, cari sendiri..hehe ;p)

Begitulah seadanya. Mengejar cinta manusia.


Akan tetapi.


Jika cinta Allah yang dikejar... begini pula rangkapnya..

"Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu. Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatinya dalam diriKu..
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai...
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta..
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa..
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari...."
(Hadis Qudsi Riwayat Al Bukhari)


Allah..

:'(

*****

Si dia yang kutunggu2 suaranya semalam ;)

No comments:

Post a Comment