Wednesday, January 30, 2013

Semarak cinta

Malu rasanya mengatakan cinta, kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia, sedangkan diriku insan biasa.....

Ku pujuk jua hati dan jiwa, meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat, tanda penghargaan seorang umat..

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat....

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata, nantikanlah daku di taman syurga.......

Sesungguhnya apa yang kudambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasululllah
Bererti cinta kepada Allah.....


Allah... bermakna sungguh lirik lagu tu...
Apakah kita benar2 sudah jatuh cinta kepada Rasulullah S.A.W..?
Saya? Belum berani mendabik dada.. sedang mendidik hati.....


Tips menyemarakkan cinta kepada Rasulullah S.A.W.

1) Berpegang teguh dengan ajaran dan didikan baginda S.A.W.
2) Mengamalkan sunnah baginda S.A.W.
3) Sentiasa berselawat ke atas baginda S.A.W.
4) Berusaha menelusuri sirah hidup baginda S.A.W.
5) Meneruskan usaha dakwah baginda S.A.W.

Mari.


****

Semasa hari Jemaah Ibu Bapa & Guru (JIBG)
PASTI As-Sabiqun

No comments:

Post a Comment