Sunday, January 13, 2013

Putera Maulud ~Pre pregnancy

Sambungan dari sini

Dah lama rasanya hasrat nak menukilkan pengalaman mengandung & melahirkan Irsyad Wafiq terpendam di lubuk hati… baru kini menjadi kenyataan.. Walaupun dah hampir setahun berlalu, pengalaman itu masih basah dalam fikiran ummi. Ummi mahu mencoretkannya di lembar blog ini, semoga menjadi kenangan buat ummi di masa akan datang, mungkin bila Wafiq sudah besar, Wafiq pun boleh membacanya juga..;)

Selepas kakak Husna menginjak 2 tahun, abah sudah sebut-sebut rindukan tangisan bayi lagi, rindu nak mengasuh baby kecil lagi. Di kalangan kawan-kawan juga, ummi selalu diusik supaya ‘tambah’ lagi.. Ummi senyum saja, walau jauh di lubuk hati ummi sudah mula risau…takut-takut mengalami sindrom mandul anak kedua. (boleh google klu nk tau detail)

Namun Allah Maha Berkuasa, Maha Mendengar & Maha Memakbulkan… Lebih kurang sebulan lebih selepas itu, ummi rasa cepat penat & sakit belakang yang teruk.. Selepas lebih kurang 2 minggu period ummi lewat, ummi mengagak-agak dalam hati….’macam ada je..’ ;)

Dengan penuh teruja ummi suarakan pada abah. Abah,rasanya double triple teruja dari ummi.. terus desak ummi g beli pregnancy test.. Ummi pulak malu, hehe…x taula kenapa, rasa malu nak g beli benda alah tu.. Tapi, nak tak nak, belila juga…
Alhamdulillah, Nampak 2 garis merah.. positif ;) Tapi, ummi x nak terover excited lagi sbb ummi x kan puas hati selagi resultnye x keluar dari mulut doctor sendiri.. So, ummi n abah pendamkan dulu sebelum mewar-warkan kpd sesiapa, especially wan,aki n tok ma.
3 hari selepas tu, ummi pergi jumpa doctor & doctor sahkan, sudah 6 minggu, barula ummi & abah bagitau khabar gembira ni kepada semua orang.

Hehe..tapi, jauh di sudut hati ummi, ada juga kerisauan. Bila mengenangkan terpaksa menghadapi lagi kerenyahan saat-saat mahu melahirkan. Rasa gerun dan ngeri. Namun, bila memikirkan ‘outcome’ nya yang sgt x ternilai tu, ummi kuatkan semangat. (“,)


pic di klinik masa umi wat 1st checkup pengesahan 
kakak wafiq yg hepi nk dpt adik ;)

No comments:

Post a Comment