Sunday, January 13, 2013

Putera Maulud ~Pengalaman Mengandung

sambungan dari sini

Alhamdulillah, mengandungkan Wafiq, sama macam kakak Husna juga, ummi tiada apa2 masalah.. segar bugar & aktif. Bak kata abah & kawan ummi di ofis, ummi macam lipas kudung, x macam orang mengandung pun. 
Acapkali juga ummi ditegur malah ‘dimarahi’ oleh abah sebab ummi lasak sangat bergerak. Ummi x alami sebarang alahan, cuma keletihan sebab nak melayan kak Husna yang sedang aktif & lasak.  Kebanyakannya, di sepanjang kehamilan ni, kakak lebih rapat dengan abah sebab ummi selalu keletihan bila balik rumah. Kesian kakak wafiq ;)

Gambar berempat ;)

Cuma semasa kandungan berusia 24 minggu, berat badan ummi naik mendadak. 6 kg dalam masa sebulan. Ummi kena menjalani ujian air gula (MGTT). Emm, agak kelakar rasanya tentang ujian ni. Ummi banyak membaca, melalui blog, majalah & pendapat kawan2.. rata-rata mengatakan agak ‘azab’ ujian ni…nak muntah, pening, air gula tu super duper manis la… ummi pun rasa gerun jugala.. mana tau ummi termuntah,terpengsan kat klinik tu ke..

Masa hari nak buat ujian tu, ummi ambik cuti. Malam sebelum tu dah ‘puasa’. Bila sampai pagi, doctor ummi dah siap menunggu dengan senyum lebar. Riak muka dia macam seronok sangat nak ‘buli’ ummi minum air gula tu..hehe.. Nurse pun tersenyum2 dah… katanya, jaga-jaga, ni extra manis ni, gelas besar ni…

Ummi minum, sekali hadap. Doktor keluar bilik, konon nak menyaksikan ‘keseksaan’ yang ummi alami.. ummi cakap, ‘dah habis’ sambil tunjuk gelas kosong tanpa setitik pun air gula.. Doktor tergelak besar, ‘hahaha…lidah awak memang Kelantan sejati’.. emm, memang nakal nurse Liza n Dr. Haiza.. nak kenakan umi ye… sorry doctor, ummi makan kuih jala mas, buah tanjung n kuih piana yg super duper manis tu selamba je.. sampai abah marah ummi sbb suka sgt makan manis2..
Lagi satu, sebenarnya, ummi cepat je teguk air gula tu, sebab ummi dahaga sangat2.. dah semalaman n sepagian x minum makan..hehe ;)

Emm..pregnant kali ni, ummi pilih klinik lain.. xpela, ummi sanggup berhabis sikit, asalkan selesa. Especially, tang bilik air. Tapi paling penting, dari segi masa. Yang x mengganggu masa kerja ummi n yang x payah kena menunggu. Kerenyahan macam tu yang x best nye..
Tapi, kak husna la pulak yang x puas nak main kat mini playground yang comel tu sebab tak lama masa menunggunya. Akhirnya terpaksa la ummi n abah duduk kejap tunggu kak Husna main puas2 dulu baru balik..hehe ;)

 @ clinic

Since, ummi n abah duduk di perantauan..kami x punya siapa-siapa utk bergantung di Bangi, plannye pasti bersalin di kampung. Cutinya pula alahai, ciput-ciput, so ummi n abah dah fix kan tarikh utk balik menunggu pada 37weeks.

When we told our doctor, nak terjojol juga mata dia… Apadiaa..lagi seminggu nak due awak nak travel dari selangor ke Terengganu..? this is 2nd baby, u don’t expect its like 1st baby…. Bla bla bla…zzzz.. (sorry doc ;p)
Mulala dia bukak cerita patientnya nak g temerloh lagi 2 minggu nak due tp x lepas, sampai kat Genting Sempah rasa contraction and they drove back to KL. Ada patientnya yang tersangkut kat LPT nak balik Terengganu juga, nasib baik dah dekat ngan exit Kuantan..maka bersalinla dia di Hospital Kuantan..huhu…

Terkesima la juga dengar cerita-cerita tu… owh, doktor ni nakal lagi ni..nak usik kitorg lagi ni.. Erm, kitorg just reply… ‘insyaAllah doctor..insyaAllah… doktor doa-doakanla i.c anak saya nombor 11 (Terengganu)..’ 

‘Xpela, just note my number, if along the way u rasa contraction, don’t panic, give me a call, I’ll guide u setakat yang boleh…’ Since doctor agak familiar dengan jalan nak balik terengganu,LPT sume.. mungkin sehabis daya, just advice us to find the nearest exit to go to hospital ;)

..menyusul lepas ni ~ Putera Maulud~Penantian

1 comment:

  1. hhaha..kelakar tang doktor bebel tu..dia risau takut bersalin dalam perjalanan la tu kan..
    anyway syok baca kisah orang..
    jom jenguk blog saya
    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com

    ReplyDelete