Wednesday, January 16, 2013

Poligami v Monogami #4

sambungan dari SINI

Bakal menantuku..
Ku ingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah
Tidak rela puterinya dimadukan
Baginda telah lalui kepayahannya
Tidak mahu menantunya turut kelelahan
Kerana ia bukan keistimewaan
Tetapi tanggungjawab yang membeban.

Bakal menantuku
Berjanjilah kepadaku dengan syarat ta'liq
BEBASKAN PUTERIKU
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela
Izinkan cintanya berlabuh
Buat lelaki yang setianya teguh.

Bakal menantuku
Semua puteri Rasulullah tidak rela bermadu
Begitu juga fitrah puteriku
Allah memberikan pilihan
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.

Petikan puisi Abu Sara Faseeha
Novel tauhid "Sebarkan Cinta-Mu"
Karya ~ kesayanganku Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin ;)


SYARAT TA'LIQ

Ramai yang masih belum terbuka akan syarat ta'liq ini, iaitu syarat buat suami untuk tidak bernikah lagi selama mana isteri masih mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik dan boleh memberikan zuriat buat suami. Jika dimadukan tanpa pengetahuan atau kerelaan selama mana -blablabla- itu.. maka jatuhlah talak.

Selama ini kita cuma didedahkan dengan lafaz ta'liq yang selalu dibaca masa akad nikah tu je kan.. Apakata, kaum wanita, yang rasa tidak mampu untuk bermadu itu, get to know mengenai syarat ta'liq ini.. Bagi yang sanggup dipoligami tu, x apalah.. Jangan marah saya pula, sy bukan menghasut sesiapa di sini..


Dialog Anna Althafunnisa' dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih 1"
Adaptasi novel pembangun jiwa 
Karya Ustaz Habiburrahman El-Shirazy ;)

"Saya hanya ingin mengajukan syarat, dan syarat ini menjadi sahnya akad nikah.
Keseluruhan diri saya menjadi halal kalau syarat ini dipenuhi Mas Furqan

Pertama - setelah menikah, saya harus tetap tinggal di sini.. di lingkungan pesantren..

Kedua - saya mahu dinikahi, tapi dengan syarat, selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sbg seorang isteri. Mas Furqan tidak boleh menikah dgn perempuan lain.."

Ini wanita bijak. Wanita yg faham agama, yg jelas akan hak-haknya.
Syarat seperti ini tidak bertentangan dengan syarak. Ia bertujuan bagi memelihara kepentingan isteri dan anak-anak.

Kamon wanita. Persiapkan dirimu. Jangan berprasangka buruk akan Tuhanmu, akan agamamu.
Islam agama indah, agama syumul. Tidak akan sesekali menindas kaum wanita. Malah Islam datang mengangkat darjat wanita. Syarat ta'liq ini sbg bukti, betapa Islam menyayangi dan memelihara hak wanita.

"Saya hanya ingin seperti Fatimah, puteri kanjeng nabi,
yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Talib, suaminya.

Saya hanya ingin seperti Siti Khadijah, yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu.."
~Anna Althafunnisa'~


Tujuan perkahwinan adalah untuk mewujudkan keluarga yg mawaddah warahmah

Jika dengan poligami boleh menghilangkan mawaddah warahmah itu, 
maka ke mana lagi mahu dibawa arah tuju itu..?

No comments:

Post a Comment