Tuesday, January 15, 2013

Poligami v Monogami #3

sambungan dari SINI

Cik abang-cik abang..

Adapun poligami itu satu keharusan bersyarat.

Mampu dan adil.

ADIL

A.D.I.L

KONFLIK JIWA LELAKI : MAMPUKAH ADIL?

Adil ~ penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka.

penyamarataan di sini bukan sekadar penyamarataan dari segi material sahaja, spt rumah sorang satu, meja makan sorang satu, peti sejuk sorang satu.

Ia termasuk perbuatan, tutur kata dan akhlak.
Meski perasaan dan kasih sayang tidak termasuk dalam tuntutan keadilan, namun fikiran dhaif saya ini berpendapat, perasaan hati pasti akan terluah juga melalui perbuatan, tutur kata dan akhlak.
Dan, menzahirkan perbezaan ini adalah dilarang.

Contoh.
Bermalam di rumah isteri tua , tapi tak lekang dari ber sms dgn isteri muda. Mabuk kepayang la katakan ;)

Kaum Adam, para imam-imam sekelian, pemilik tulang rusuk kiri wanita (ehmm)...

Mudahkah syarat ADIL itu?

Tidakkah kalian nampak beban sebesar dan seberat gunung di sebalik 4 huruf itu?

Jika nampak hanya sebesar busut, jika yakin dengan sebenar2 yakin mampu berlaku adil.. maka teruskanlah..... (wah, ayat pasrah macam suami sy sndiri pula yg nak berpoligami..hehe... tidak ye, ni xde kaitan dgn hidup sy.. ni semua gara2 gambar kat fb smlm..rujuk n3 first ;p)

Jika ada rasa ragu, maka cukuplah seorang sahaja ;)

Bahagiakan dirimu dengan 1 isteri (wink2 ^-^)

pic google



KONFLIK JIWA WANITA : MAMPUKAH MENGURUS PERASAAN?

Ada ke wanita yg x cemburu bila berkongsi kasih?

Oh, btw.. yang disebut2 payung emas, payung emas tu.. setakat pembacaan sy setakat ini, tidak ada hadis sahih mengenai isteri akan mendapat payung emas klu benarkan suaminya berpoligami...

Tiada.

Hadis yang menceritakan ganjaran syurga buat isteri yang:
1) Menunaikan solat 5 waktu
2) Puasa pada bulan Ramadhan
3) Mengawal kemaluannya
4) Taat pada suaminya
adalah. Subhanallah.. bukan senang nak masuk syurga ni. Bila dah dapat masuk syurga, bukan setakat payung emas, nak apa2 sahaja daripada emas pun, ilhamkan saja...

Ok. Berbalik kepada pengurusan perasaan tadi.

Siti Aisyah R.A, wanita yang dijanjikan syurga, yang imannya jauh-jauh-jauhhhhh mengatasi keimanan kita, punnn tak terlepas dari dilanda badai cemburu.

Cemburu Aisyah bukan kekurangan, tapi tanda besarnya cinta ;)

Siti Aisyah R.A., isteri tercinta Rasulullah S.A.W, terkenal dengan sifat manja dan tebal cemburunya. Apabila baginda seringkali menyebut2 nama Siti Khadijah R.A yang meski ketika itu sudah wafat, Aisyah tetap merasa sangat cemburu.

Itu Siti Aisyah R.A., wanita yang di pangkuannya Rasulullah S.A.W wafat,.. wanita mulia yang merupakan guru agung bagi setiap manusia lantaran banyak meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W... pun cemburu akan suaminya..

Kita? hadis pun kita x ingat.. adakah kita boleh terlepas dari sunamo cemburu?

Lumrah hati yg mencintai akan mencemburui..

Tak sudah hidup kita kalau hari2 terpaksa bermujahadah melawan keperitan cemburu itu.. makan hati berulam jantung..
Bimbang hilang pertimbangan.. rosak tujuan hidup..

Pastu nak buat camana ni?? Teruklah asyik wanita je jd mangsa keadaan.....!!

Emm.. next n3
(",)

No comments:

Post a Comment