Tuesday, January 15, 2013

Poligami v Monogami #2

sambungan dari SINI

Skrg dah faham perkataan sunnah kan?

Sila buang mentaliti, "Poligami itu sunnah a.k.a digalakkan" itu.. Hukumnya harus.. ia adalah rukhsah @ keringanan.. DALAM SITUASI2 TERTENTU.. bukan saja-saja..

Situasinya ialah:
1) Isteri gila
2) Isteri tidak bernafsu
3) Isteri sakit tenat
4) Isteri tidak mampu memberikan zuriat @ mandul

Dalam situasi keadaan masyarakat kita masa kini.. konsep poligami ini sudah jauh terpesong dan menyeleweng.. (kebanyakannya)..

Isteri masih sihat tubuh badan, boleh melayan dgn baik dan mampu memberikan zuriat, masih mahu dimadu.

Lebih buruk ia dilakukan dengan biadab dan kejam.

Biadab apabila membelakangkan isteri pertama, paksaan, kahwin senyap2 dan curi2, tipu sana tipu sini.

Kejam apabila tidak berlaku adil dan menafikan hak isteri.

Lelaki claim ~ 'poligami itu hak kami'
Mahu ikut sunnah nabi..

Nabi itu bagaimana orangnya? Baginda imannya x perlu dipertikaikan, baginda manusia agung, baginda maksum..

Lelaki masakini pula bagaimana orangnya? Mahu ikut sunnah nabi, dalam perihal poligami sahajakah? Solat subuh jam berapa? Sudah istiqamah dhuha & tahajjud? Al Quran sudah konsisten baca?

Eh, nabi kita (S.A.W) dulu berpoligami kenapa?

Baginda berpoligami atas kepentingan agama, dan bagi membela nasib janda dan balu. Semua isteri baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah R.A.

Situasi Aisyah R.A pula, Aisyah tidak boleh memberikan zuriat buat Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W berpoligami bukan atas dasar cinta atau nafsu seks semata. Sila jelas bagi mengelakkan fitnah lagi kepada agama kita dan kepada rasul kita.

Orang bukan Islam dan orang Islam yg munafik sewenangnya menuduh Rasulullah S.A.W kesayangan umat Islam, gila seks.. lantaran itu baginda berkahwin ramai.. Astaghfirullahalazim..

Pernah baca blog kepunyaaan Sitt Al Wuzara? Nauzubillah.. mari kita doakan dia mendapat hidayah.
Pernah tengok permainan Lego Mohammed? Pihak lego sudah menafikan, still i smell something fishy here..

Itu adalah contoh mereka yg salah faham dan salah dapat info mengenai poligami Rasulullah S.A.W..

Banyakkan mengkaji kurangkan mengeji.

pic lama
*susah nak cari pic yg ada hubby skali
maklumla sejak ada anak excited amik gamba anak je ;)


**ada sambungan lg ye.. ada bbrp point lg yg sy nak stress out.. tungguuu (",)

ada orang tunggu ke? hihi.. at least husband sy tunggu tau.. semalam dia dah tanya, mana sambungan lagi?ngeh3x.. 

2 comments:

  1. i'll be waiting for you..igt takde ke org tunggu?haha..good job..well written

    ReplyDelete
  2. ehh..ada org tunggu rupanya..hihi.. tq 4 reading my friend.. ;)

    *miss ur writing as well..

    ReplyDelete