Monday, January 14, 2013

Poligami v Monogami #1

Sedang melayari fb, sy terserempak dgn posting pic ini..


Maka, tersengih lebar la para2 lelaki di sebalik komen2 menyokong mungkin sampai kembang kempis hidungnye dek teruja...

Para wanita pula, panasss je punggung, berasappp je telinga.. mungkin mahu terbelah dua keyboard sbb menaip komen dlm keadaan geram....

tenang.. tenang...

para lelaki.. x payah nak teruja sgt

para wanita.. x payah nak geram sgt..

Saya mahu berkongsi dgn kawan2, sedikit pencerahan mengenai isu poligami ini.. semoga kita tidak lagi berhujah tentang isu ini dengan emosi...

Poligami itu 'sunat' @ sunnah?

Fahami dahulu perkataan Sunnah..

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan mengenai pengertian perkataan 'Sunnah' ini secara detail, mungkin kawan2 boleh buat kajian sendiri.. sbb kalau nak tulis detail mmg panjang..

Sunnah secara umum ialah ~ meliputi semua perbuatan Rasulullah S.A.W

Dari segi terminologi syariat, sunnah itu punya lebih dari 1 makna.. mengikut bidang yang mana ia diusulkan.. dan bagi setiap bidang, makna sunnah boleh membawa makna yg berbeza..

Ramai orang, hanya memandang perkataan sunnah ini dari 1 sudut pandang sahaja, iaitu di sisi Fiqh.. iaitu, sekiranya dibuat, dapat pahala, kalau x buat x berdosa.. ramai yg sebut SUNAT..(bahasa org kita bg menunjukkan 'digalakkan')

Sedangkan pengertian sunnah itu lebih luas..

Dari segi bahasa, "perilaku yang dilakukan, baik cara yg terpuji ataupun tercela"

Ini bermakna, bukan semua sunnah itu 'sunat'

Ada sunnah(perilaku) yg boleh bagi Rasulullah S.A.W, haram bagi umatnya.. contoh: beristeri lebih dari 4.

Ada sunnah yg wajib bagi Rasulullah S.A.W, sunat(digalakkan) buat umatnya.. contoh: solat dhuha

Ada perbuatan yg haram buat Rasulullah S.A.W, tapi boleh umatnya buat.. contoh : menerima harta zakat

Penting bagi kita faham dengan jelas dulu pengertian sunnah ini agar ajaran Islam terhidar dari fitnah..

Fitnah bagaimana yg saya maksudkan?

Kerana ramai yg percaya sunnah ini 'digalakkan' maka ramai; terutamanya org bukan islam memandang serong akan ajaran ini kerana mengganggap ajaran Islam menggalakkan poligami sekaligus mengganggap Islam menindas wanita dan merendahkan martabat kaum wanita.

Sedangkan poligami itu bukan sunnah yg digalakkan. Hukumnya cuma harus dan ia datang dengan pakej syarat yg ketat.. iaitu ADIL.. ADIL.. ADIL........




(bersambung..) *semangat ni nak sambung ;)

No comments:

Post a Comment