Wednesday, January 2, 2013

Kawan misteri Husna

Memulakan n3 2013 dengan cerita mistik...

Ekceli, walaupun beberapa kali pernah terkena, tapi akal ni susah nak terima n sentiasa cuba cari hujah dan logik lain untuk menyangkalnya.....

Contohnya macam perihal diri sy sendiri yg mengalami situasi 'ditindih' ketika tidur.. susah untuk saya menghujahkan bulat2 ia adalah kerana makhluk halus, saya akan tetap mencari sebab dan punca yang lain yang menyebabkan jadi begitu.

Dan terbukti ada kajian saintifik mengenainya iaitu apa yang dinamakan 'Sleep Paralyse'..
Bayangan2 dan imej2 yg hadir semasa kejadian tu, mungkin hanyalah mainan perasaan dan halusinasi  sendiri sahaja.. mungkin sbb sy terlalu penat, tidur petang @ tidur lepas subuh.. tu yg meraban tu...

Berbalik kepada kisah Husna,
saya ada juga terjah di internet pasal ni dan sememangnya dari kisah2 yang saya baca, memang budak2 sebaya-baya dia yang banyak mengalami apa yg dia tgh alami skrg...

So, hujah saya bagi menyangkal ada unsur2 mistik di sini ialah, mungkin ini anjakan dalam psikologinya, budak2 baya ni kan kuat berimaginasi...

Apa yg dia tgh alami tu?

Jawab dia - Husna ada kawan misteri..

Yang dia sorang je nampak.. yang teman dia main n cakap.. yang dia nak suruh kita layan sama macam kita layan dia...
Dan, kita seisi keluarga pun memang bagi kerjasama.. layan je...

Dia kata nama nya Fatihah..

"Umi, fatihah pun nak makan ni.."

"Umi, tolong mandikan fatihah jugak.."

"Abah, tepi sikit, fatihah nak duduk tepi abah.."

Pernah abahnya nak duduk atas kerusi, dia terjerit2 x bagi abah nya melabuhkan punggung..
"Abahh, jangan duduk atas fatihah.."
Sambil dia lari ke kerusi tu, n buat lagak macam tarik seseorang...

Ada sekali yang buat sy berderau, tgh dok layan dia main ngan adik, tiba2 husna cuit saya,
"Umi, fatihah tgh tengok umi tu.."
Sambil tunjuk kat sofa yg kosong..

.
.
.

Kesimpulannya, fatihah sentiasa ada ngan dia..

Sampai masa datang ofis sy ni pun, dia 'main' dgn fatihah jugak...

Saya keluar pegi toilet, tinggal dia sorang2 kat dalam bilik,
masuk2 tgk dia tgh cakap sorang2.. sy tanya la
"Husna cakap dgn sapa tu"
"Dgn fatihah la..kan fatihah nk tgk ofis umi jugak ni..."

Hmm...

Siapa pun fatihah ni, hope satu hari dia akan tinggalkan anak saya..

Hehe..

** apa yg husna n fatihah tgh buat kat rumah skrg ni ye....?hehe

(^-^)

No comments:

Post a Comment