Thursday, January 31, 2013

Drama Sahara jew kew? #1

Annoying nyew ejew 'jew kew'... :-/

Emm..semalam meletup kat ruang maya ni pasal Drama Sahara tu..

Syukur alhamdulillah... masyarakat kita makin terbuka..terbuka..terbuka..
Makin peka..peka..peka..
Makin cerdik...cerdik..cerdik..
Dan makin berani..berani..berani....

Sudah lama saya menunggu, ada gelombang suara yang besar, lantang dan berani menegur dan membantah perkara2 seperti ini...

Alhamdulillah....

Terima lah hakikat..

Media kini, baik bercetak mahupun penyiaran... semakin dipenuhi 'sampah'.. ye SAMPAH.. SAMPAH..

Orang yang tidak berfikiran sealiran dgn saya pasti marah saya.. ye, marahlah..
Sedangkan time pergi makan dgn kawan2 pun kita pilih menu berbeza-beza.. selera makan pun boleh berbeza, takkan lah tak boleh berbeza pandangan.... ye dak?

Sejujur-jujurnya... peti televisyen bukan lah satu alat yg saya x boleh meneruskan kehidupan tanpanya...
Sejujur-jujurnya juga.. saya tidak boleh tahan walau 2 minit pun menonton drama/filem akhir2 ini... lebih tepat, drama Melayu...

Ye, mungkin ada suara tak sumbang mengatakan.. ~poyo je dia ni x tgk drama melayu konon~ tapi itulah hakikatnya...

Perasan tak.. drama melayu penuh dgn aksi gaduh.. bertekak.. kurang ajar.. jerit sana jerit sini.. jegil mata sana..jegil mata sini... perasan x?

Keluar promonya di TV pun saya bergegas tutup mata & telinga anak saya.. apatah lg mahu menontonnya.. bersama2 anak sy pula? oh tidak sama sekali.. (ye, tv masih wujud di rumah kami dan biasanya dipasang time di dapur sahaja)

Itu belum masuk sikit2 cintan, jiwang karat bukan muhrim, pergaulan bebas.... hmm...

Gelombang bantahan Drama Sahara ini saya harap menjadi titik tolak dan titik waspada penggiat2 seni selepas ini..

Sebelum ini, sudah terlalu banyak drama2 dan filem2 yang sewenangnya menghina dan mempermainkan agama Islam dalam scene2 tertentu. Apatah lagi yang terang-terangan mahu membuat filem Islamik..tapi hakikatnya jauh terpesong...

Sebelum ini, saya dah berasa 'luga perut' ore kelate kata a.k.a loya.. dgn drama Qalesya dan Geng Surau..

Kemudian, filem 7 Petala Cinta... Filem ini, saya lihat posternya, wanita berniqab (sy mmg teruja dgn wanita berniqab kerana saya rasa kagum & sgt hormat dgn wanita berniqab) , terus saya rasa tertarik utk menonton filem ini. Berusaha copy dari adik ipar saya.

Malangnya.....

Saya x tahan nak tgk walau 2 minit pun....
Cuba skip2..
Geleng kepala..
Skip2..

Terus delete..

Saya bukan menghakimi.. (walaupun sbg penonton sy mmg layak menghakimi).. tapi, hati & otak ni terlalu berat nak menghadam scene2 yg ditonjolkan yg jelas terpesong...


..bakal disambung insyaAllah..

No comments:

Post a Comment