Monday, December 31, 2012

Harapan 2013

Hari ni last day 2012.

Alhamdulillah.. life's good.. syukur seadanya..

Target & harapan 2012 memangla banyak... manusia kan x pernah puas..
Masih ada yang pending akan di carry forward. Harapnya dapat dicapai tahun 2013 juga. Insha Allah.....

Cuma,
Buat masa sekarang, paling latest n ter'now'.. hehe

Harapan paling besar ialah.....

Agar saya dapat bangun tidur setiap hari-every single day- suami n anak2 di depan mata..

Itu saja.

Saya cuma mahu mengucapkan bye-bye kepada PJJ yang menyeksakan jiwa raga ini.

9 bulan hidup begini - sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja.......

Semoga ada rezeki mendatang.. insha Allah.... amin....

*perlu banyakkan D.U.I.T

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

"Umi, taknak blaja adik wafiq ni.."


Sunday, December 30, 2012

Wafiq & jarinya..

Mereka berkawan baik..

Boleh juga dikatakan cinta sejati..

Tidak boleh dipisahkan..

Ditambah lagi bila ada 'orang ketiga'
...sehelai lampin

Keasyikannya bagai di awang-awangan.....







Ya.. Wafiq dan jarinya
Umi sedang memerah otak
Bagaimana mahu memisahkan cinta mereka
Ohh... 


Aipp.. yg ni da lebih ni..

What say you?

Stumbled upon dis pic..
Hmm...

What say you?

Heehee... ;)

Tuesday, December 18, 2012

Terunaku

Umi ni asyik citer pasal kak Husna je kan.. hihi..tgk label pun berganda2 banyak Aini Husna dari Irsyad Wafiq..
Ok2.. pasni umi nak wat marathon cerita pasal anak teruna umi ni pulak.. Ekceli berderet kat draf.. umi x publish je... next 5 entry dedikasi khas umi buat si manis umi yg suka senyum ni ;)

Sekarang ni, anak umi Irsyad Wafiq dah 10 bulan 2 minggu..
Alhamdulillah, Wafiq membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.. Wafiq juga x ada masalah ekzema macam kakak, pengalaman mengajar. Ada tanda2 ekzema masa Wafiq umur sebulan lebih, tapi kami cepat2 tingkatkan langkah pencegahan & tidak mengulangi kesilapan2 yg sama macam masa kakak dulu...

Perkembangan sekarang:
  • Tengah tatih-tatih (alhamdulillah umi berpeluang tgk 1st step wafiq)
  • Tabiat-hisap jari (camana nk hilangkn tabiat ni yek..)
  • Suka cakar umi
  • Suka gigit wan
  • Suka belai rambut kakak
  • Kuat makan
  • Makan macam org tua sbb kunyah mcm ada geraham
  • Gigi ada 6 batang, tapi 1 gigi depan senget sbb tabiat hisap jari tu
  • Manja ngan aki
  • Lasakkkk

Semoga Irsyad Wafiq terus membesar dengan sihat dan bijak.
Umi abah doakan Wafiq jadi anak yang soleh dan bakal pemimpin beriman.. in shaa Allah...

pic dari instagram abah

Monday, December 17, 2012

Muslimah kecil

Saya sentiasa terhibur melihat kanak-kanak perempuan sudah dilatih menutup aurat sejak kecil.. soo comell..

Alhamdulillah.. ibu bapa moden kini sudah ada kesedaran untuk menerapkan ciri-ciri islamik kepada anak2 sejak awal usia.. ;)

N3 yang lepas saya ada coretkan beberapa kekangan buat Aini Husna, antaranya dia tidak boleh berpakaian yang terlalu menutup dan tebal. Baju lengan panjang memang sgt2 jarang boleh dipakai, tudung pun x lekat lama di kepala.

Memandangkan begitu keadaannya, adalah agak sukar untuk saya memakaikan dia pakaian muslimah, cuma setakat ini yang termampu sy buat ialah, tetapkan etika berpakaian buatnya.

Saya percaya, dalam mendidik anak perempuan, antara perkara paling penting yang perlu ditekankan adalah dari segi pemakaian.

Baju bertali halus, ketat, jarang, mini skirt, seluar pendek hatta 3 suku sekalipun tidak termasuk dalam senarai pakaiannya apabila keluar rumah. Mesti seluar panjang & baju berlengan, kalau pakai gaun yg agak singkat, mesti pakai seluar panjang di dalam.

Alhamdulillah.. setakat ni, even kami x cakap apa2, kesedaran tu datang dari dalam diri dia sendiri..

Kalau pakai baju nampak ketiak dia sendiri akan cakap.. "eeii..malu la umi.."
Kalau pakai gaun paras betis, mesti dia sendiri tanya.. "mana seluar panjang?"
Even klu tengok di tv iklan deodoran, iklan sabun @ iklan buang bulu kaki tu, dia akan cakap "umi, kakak tu x malu kan.."

Naluri untuk bercantik2 pasti ada dalam diri anak perempuan.. cuma cantik yang bagaimana yang menjadi kiblat anak2 kita..
Ini antara sebab saya x galakkan anak saya menonton rancangan tv sembarangan.. Saya tidak mahu benchmark cantik bagi dia ialah princess walt disney, saya tidak rela anak saya bercita2 mahu secantik barbie.. (pasal ni mungkin boleh hurai panjang lebar dlm n3 lain..)

Oklah.. n3 ni terlahir kerana saya tengah dok fikir-fikir ni...
Next month si manis ni akan start masuk tadika PASTI yang mana uniformnya ialah ini..
Comelnye anak umi ;)

Tapi saya dok bimbang ni, takut dia x bertahan nak pakai uniform ni.. 
Takut dia mula rimas n garu sana garu sini, pantang berpeluh
bila dia mula menggaru, kesan pada kulit dia mmg teruk..

Dan baju sukannya ialah ini
sumber pic: www.eziprint.com.my

see
baju sukan tu, kainnya tebal, berlengan panjang, bercekak di pergelangan tangan n warna hitam
Ohh... saya doakan husna bertahan
In shaa Allah..
Benda yang baik pasti Allah permudahkan ;)

Kawan-kawan,
Marilah kita sama-sama tingkatkan tahap menutup aurat..
Walau bukan berjubah, bertudung labuh, berniqab.. yang penting kita sentiasa cuba tingkatkan kesempurnaan menutup aurat...
Juga kita berikan kesedaran kepada anak-anak perempuan kita...
Semoga ayah & suami kita tidak tergolong dalam golongan dayus......


Anakku.. jadilah dikau mawar berduri
jadilah dikau mawar agama
Umi & abah akan sentiasa berusaha buat kebaikanmu
Umi & abah akan sentiasa berdoa kesejahteraan akidah & akhlakmu
Moga doamu juga mengiringi kami di alam sana....

Sunday, December 16, 2012

Anak ekzema ku

Husna memang penderita ekzema yg agak teruk... kalau nak tengok keadaan dia masa tgh teruk dulu leh klik kat label Ekzema kt sebelah.

Macam ni la keadaan muka nya sepanjang setahun setengah
Naik surut naik surut

Macam2 ikhtiar
klinik ke klinik
farmasi ke farmasi
moden tradisional
chemical organic


Mula nampak nak baik lepas husna kena warded
Masa ni diagnosisnya HFMD, tapi kuasa Allah, after masuk air 3pain & antibiotik, keluar wad, HFMD sembuh, sekali dgn kulit dia licin

ni masa baru kuar wad

Sampaila sekarang, dah x ada merah2 kat muka dia
Syukur.. alhamdulillah

Tapi,ekzema tu x hilang terus, still ada lagi, sebab penyakit ni berkaitan dgn antibodi n darah
so, dari dalaman
nak sembuh n hilang terus memang x

cuma dah x naik kat muka, tapi kat badan masih ada sampai sekarang. Pantang silap sikit mesti naik.
Memang kena jaga betul-betul especially bab makan
Seafood = big NO
Cheese = no entry besar2
Telur = sikit boleh la
Daging kambing = langsung x boleh, 
pernah suap dia mkn nasi kosong, tapi tgn ada bekas gulai kambing, x sampai 2 minit terus naik bintat2 kat kulit dia

Bab mandi, better dia mandi kosong daripada pakai sabun sebarangan
Sekarang mandi guna Aqueous Cream, tapi kadang2 bila umi malas @ nak wangi2, guna mandian juga
Setakat ni mandian yg ok cuma Dove biru gelap ni je
pic google

Dove warna lain x boleh, apatah lagi mandian jenama lain
Yang kanak2 punya Johnsons, CarrieJunior etc etc tu semua x boleh


Syampu lak, yang ini je boleh
pic google

Jenama lain, dah cuba
Kesannya sedahsyat ~ kena buih sahaja pun boleh buat kulit dia jadi super duper kering sampai tahap keluar habuk2 putih..
Teruk kan?


Benda wajib ada
Aqueous cream

Inilah mandian, inilah losyen
Tengok tu setengah kilo berat dia
Satu tong ni tahan sebulan lebih

Sesiapa yang mandikan dia kena extra rajin sbb krim ni kena digosok2 lama2 kat badan dia, biar sampai meresap masuk dalam kulit..

Kepantangan dia lagi ialah; 
~ cuaca panas @ tempat kedap 
~ selimut (mmg 1 fenomena yg pelik klu dia berselimut)
~ masuk kereta lambat bukak aircond
~ tempat berhabuk
~ baju berkolar, lengan panjang & tudung **will blog about this

Kat rumah memang ada kipas khas dia punya sorang je, tido malam memang 2 kipas, 1 kipas siling 1 kipas meja hala kat dia sorang
Aircond rumah bukan penyelesaian sbb aircond buat kulit dia kering melampau 

Emm....kesimpulannya, macam-macam la
Memang agak rumit sikit nak jaga anak ekzema ni
Di samping kita nak tengok dia cantik & comel macam kanak2 lain, 
kita mmg sgt kasihan tengok dia rimas n gatal-gatal bila ekzemanya menjelma

Apa yg saya faham, kalau ada anak yg bersimptom ekzema ni, pencegahan dan penjagaan tu sangat penting daripada rawatan.. sebab mengikut kata doktor, x ada ubat yg betul2 boleh hilangkan ekzema
kalau langgar pantang @ x jaga rapi, ekzema akan muncul kembali


Kasihan anakku

now

Syafakallah
May Allah heals you..

Thursday, December 13, 2012

Tua

Pic quote yg dipost kat FB LiteFM

memang selalunya klakar

n

dusyummm!! 
kena batang hidung

hehe
tengok ni
.
.
.



Did u experienced this?

I did
hihihi

^____^

Wednesday, December 12, 2012

Mainan & Anak

Petikan dari artikel IM Asyraf

MAINAN TAK MUDARAT DIBENARKAN   <--- link="link">

Rasulullah SAW adalah model dan contoh terbaik. Baginda sentiasa mengambil berat akhlak kanak-kanak. Baginda juga tidak menghalang kanak-kanak bermain dan memiliki alat permainan.
Malah, Baginda amat bertoleransi dengan kanak-kanak dalam banyak aspek. Contohnya, walaupun Nabi SAW amat tegas dalam hal menyimpan patung berupa benda hidup, apabila bersangkutan kehendak kanak-kanak maka Nabi SAW membenarkannya.
Cucu Baginda sendiri, Husain bin Ali sewaktu kecil memiliki patung anjing kecil. Begitu juga anak Abu Thalhah iaitu Abu Umair yang memiliki burung sebagai teman bermain. Sama seperti isterinya sendiri iaitu Aisyah turut dibenarkan bermain patung.
Ini bermaksud, dalam kes berinteraksi, Nabi SAW memahami kehendak kanak-kanak yang sukakan permainan. Walaupun dari sudut asalnya, Nabi SAW mengerti meletakkan patung di rumah sebagai hiasan boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
Sebab itu Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din amat bertegas supaya diberikan mainan kepada kanak-kanak. Katanya: “Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya.”
Kanak-kanak sinonim dengan permainan. Menghalang mereka bermain boleh melambatkan proses kecerdasan mereka.
Bagaimanapun, permainan yang dibenarkan Nabi SAW terbatas kepada beberapa kaedah hukum tersendiri. Ia berkait rapat dengan halal dan haram alat permainan. Jika baik, ia dihalalkan Nabi SAW.
Bagaimana pula jika ia diharamkan. Sudah pasti tanggungjawab itu jatuh kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam mengawal anak.
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa dilarang mengajar anak melakukan kemungkaran. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memberi minum anak kecil dengan sesuatu yang tidak diketahui halal dan haram, maka Allah berhak memberinya minum dari kotoran dan nanah ahli neraka.” (Sahihul Jami’)

Pic lama 
Budak lasak kena kuarantin jap..hihi

Monday, December 10, 2012

Klik2 Monsoon Cup

Dua post sy sebelum ni tu x sy nyatakan lokasinya..

Tempat yg sy pergi tu adalah Ri-Yaz Heritage di Pulau Duyong, Terengganu. Ada acara Monsoon Cup 2012 berlangsung 3-8hb baru2 ni.


Well, spt biasa.. kami pergi pada hari last & apabila semuanya sudah berakhir.hehehe
Sekadar nak bawak jalan2 Husna je.. tu pun sbb tghari tu tgk ada iklan ada Bananana Land sekali kat sini..



Nape ntah nak pakai spek hitam 
Silau katanya

Adala juga bayang kapal layar tu haa, kata dtg tgk monsun cup kann..hihi



Cantik tempat ni
Klu xde event cenggini xde nya nak sampai
X mampu (ada gov rate x?hehe)




Seronok jalan2 bila ada photoG yg rajin
hihihi
^____^

Kusangkakan arnab

Alahai..

Husna dah terpikat ngn benda seketul ni..


Since citer ni selalu ditayang time umi g keje, so umi x taula sgt psl kartun ni..
Rupanya husna suka, siap terkekeh2 dia gelak sorang2 tgk cite ni..
Manala diorg ni dpt idea buat kartun binatang kuar dari tin plak ni.. kan?

Kesahnya kat karnival ni, lepas husna x menunjukkan minat kat pameran boboiboy, abah ajak g kt dewan lg 1 yg ada banyak2 booth kartun Bananana...
Sebut je kt g tgk Mimi, barula excited.. "yea2..mimi..mimi..husna nk jumpa mimi.."

Canned Animals


Watak2 nye

Ekceli umi belum tapis lagi cite ni, since umi x tau husna suka sgt2.. igt biasa2 je 
Nampaknya umi kena tengok dulu utk tahu pengisian kartun ni n pastikan xde unsur2 negatif...
Well, banyak kartun yg sbnanye x sesuai utk kanak2.. 

Banyak animasi yg ekceli dibuat utk org dewasa
Contoh
Sinchan - byk unsur lucah
Spongebob - ada unsur sadis n kurang ajar
Hagemaru, Chibi Maruko - unsur kurang ajar & x hormat org tua
barbie?ben 10? - x termasuk dlm list tontonan 
Even Pada Zaman Dahulu pun sy kurang berkenan sbb dialognye agak kasar
PZD ni Husna pun suka tgk, cuma kita kena ada kat sebelah la utk bg penjelasan balik ~x baik cakap mcm tu  / x baik menipu / x baik gelakkan org etc~

Dan sy juga x galak dia menonton cenel yg khusus utk kanak2 tu, cenel 610 TVIQ lebih bagus & menyenangkan hati utk sy lepaskan dia tengok tanpa pemantauan


Berbalik pada binatang dalam tin ni


Pastu, ajak Husna g booth lain plak
Husna tarik tgn sy nak bisik
"Umi, boleh x Husna nak beg Mimi.."

Adoyai..
Mintak elok2 camni yg buat cair ni

Pusing2 kat rak jualan tu
Mak aii.. mahalnye barang2 Canimals ni
Beg, baju sume RM50 ke atas
Ada keychain RM10 tapi Mimi dah habis
tanya jurujual tu
"Bos, yg Mimi punye xde ke?"
"Owh, Mimi ramai peminat.. brp kali restok pun habis.."

At last amik handphone holder (pic 1st)
Husna happy

Abah cuit bahu umi

"Umi tahu x Mimi tu apa?"
"Arnab..knp?"

"Cuba tengok betul2"


"Puppy la"

Adoyai
Kusangkakan arnab........

Sunday, December 9, 2012

Naik Kapal Angkasa

Semalam naik kapal angkasa..
hebat kan?

Betull.. x tipu..

Ni haa.. kapal angkasanya..
Kapal angkasa Boboiboy
Hehe


Ermmmm...
Ingatkan pengalamannya sama cam naik helikopter stimulator kat Petrosains tu.. 
Bayarla RM5 dewasa kanak2 RM3 ..

Tapi.......

Emm... 
Nanti klu ada jumpa mende alah tu cuba la sendiri ek ;)


Since Husna x minat pun dak boboi ni..so dia macam blur skt
(dia kan 'kipas-susah-mati' budak kembar botak je)
umi n abah pun blur
cuma kenal boboiboy, atuk n yaya je

Husna just layan umi suruh dia posing sana sini je
Keghairahan dari dalam diri tu xde..hehe



Bila abah cakap, pasni kt tengok 'Mimi' lak nak?
Barula dia excited..

Next n3