Monday, December 17, 2012

Muslimah kecil

Saya sentiasa terhibur melihat kanak-kanak perempuan sudah dilatih menutup aurat sejak kecil.. soo comell..

Alhamdulillah.. ibu bapa moden kini sudah ada kesedaran untuk menerapkan ciri-ciri islamik kepada anak2 sejak awal usia.. ;)

N3 yang lepas saya ada coretkan beberapa kekangan buat Aini Husna, antaranya dia tidak boleh berpakaian yang terlalu menutup dan tebal. Baju lengan panjang memang sgt2 jarang boleh dipakai, tudung pun x lekat lama di kepala.

Memandangkan begitu keadaannya, adalah agak sukar untuk saya memakaikan dia pakaian muslimah, cuma setakat ini yang termampu sy buat ialah, tetapkan etika berpakaian buatnya.

Saya percaya, dalam mendidik anak perempuan, antara perkara paling penting yang perlu ditekankan adalah dari segi pemakaian.

Baju bertali halus, ketat, jarang, mini skirt, seluar pendek hatta 3 suku sekalipun tidak termasuk dalam senarai pakaiannya apabila keluar rumah. Mesti seluar panjang & baju berlengan, kalau pakai gaun yg agak singkat, mesti pakai seluar panjang di dalam.

Alhamdulillah.. setakat ni, even kami x cakap apa2, kesedaran tu datang dari dalam diri dia sendiri..

Kalau pakai baju nampak ketiak dia sendiri akan cakap.. "eeii..malu la umi.."
Kalau pakai gaun paras betis, mesti dia sendiri tanya.. "mana seluar panjang?"
Even klu tengok di tv iklan deodoran, iklan sabun @ iklan buang bulu kaki tu, dia akan cakap "umi, kakak tu x malu kan.."

Naluri untuk bercantik2 pasti ada dalam diri anak perempuan.. cuma cantik yang bagaimana yang menjadi kiblat anak2 kita..
Ini antara sebab saya x galakkan anak saya menonton rancangan tv sembarangan.. Saya tidak mahu benchmark cantik bagi dia ialah princess walt disney, saya tidak rela anak saya bercita2 mahu secantik barbie.. (pasal ni mungkin boleh hurai panjang lebar dlm n3 lain..)

Oklah.. n3 ni terlahir kerana saya tengah dok fikir-fikir ni...
Next month si manis ni akan start masuk tadika PASTI yang mana uniformnya ialah ini..
Comelnye anak umi ;)

Tapi saya dok bimbang ni, takut dia x bertahan nak pakai uniform ni.. 
Takut dia mula rimas n garu sana garu sini, pantang berpeluh
bila dia mula menggaru, kesan pada kulit dia mmg teruk..

Dan baju sukannya ialah ini
sumber pic: www.eziprint.com.my

see
baju sukan tu, kainnya tebal, berlengan panjang, bercekak di pergelangan tangan n warna hitam
Ohh... saya doakan husna bertahan
In shaa Allah..
Benda yang baik pasti Allah permudahkan ;)

Kawan-kawan,
Marilah kita sama-sama tingkatkan tahap menutup aurat..
Walau bukan berjubah, bertudung labuh, berniqab.. yang penting kita sentiasa cuba tingkatkan kesempurnaan menutup aurat...
Juga kita berikan kesedaran kepada anak-anak perempuan kita...
Semoga ayah & suami kita tidak tergolong dalam golongan dayus......


Anakku.. jadilah dikau mawar berduri
jadilah dikau mawar agama
Umi & abah akan sentiasa berusaha buat kebaikanmu
Umi & abah akan sentiasa berdoa kesejahteraan akidah & akhlakmu
Moga doamu juga mengiringi kami di alam sana....

No comments:

Post a Comment