Wednesday, December 12, 2012

Mainan & Anak

Petikan dari artikel IM Asyraf

MAINAN TAK MUDARAT DIBENARKAN   <--- link="link">

Rasulullah SAW adalah model dan contoh terbaik. Baginda sentiasa mengambil berat akhlak kanak-kanak. Baginda juga tidak menghalang kanak-kanak bermain dan memiliki alat permainan.
Malah, Baginda amat bertoleransi dengan kanak-kanak dalam banyak aspek. Contohnya, walaupun Nabi SAW amat tegas dalam hal menyimpan patung berupa benda hidup, apabila bersangkutan kehendak kanak-kanak maka Nabi SAW membenarkannya.
Cucu Baginda sendiri, Husain bin Ali sewaktu kecil memiliki patung anjing kecil. Begitu juga anak Abu Thalhah iaitu Abu Umair yang memiliki burung sebagai teman bermain. Sama seperti isterinya sendiri iaitu Aisyah turut dibenarkan bermain patung.
Ini bermaksud, dalam kes berinteraksi, Nabi SAW memahami kehendak kanak-kanak yang sukakan permainan. Walaupun dari sudut asalnya, Nabi SAW mengerti meletakkan patung di rumah sebagai hiasan boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
Sebab itu Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din amat bertegas supaya diberikan mainan kepada kanak-kanak. Katanya: “Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya.”
Kanak-kanak sinonim dengan permainan. Menghalang mereka bermain boleh melambatkan proses kecerdasan mereka.
Bagaimanapun, permainan yang dibenarkan Nabi SAW terbatas kepada beberapa kaedah hukum tersendiri. Ia berkait rapat dengan halal dan haram alat permainan. Jika baik, ia dihalalkan Nabi SAW.
Bagaimana pula jika ia diharamkan. Sudah pasti tanggungjawab itu jatuh kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam mengawal anak.
Walaupun anak masih kecil, ibu bapa dilarang mengajar anak melakukan kemungkaran. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memberi minum anak kecil dengan sesuatu yang tidak diketahui halal dan haram, maka Allah berhak memberinya minum dari kotoran dan nanah ahli neraka.” (Sahihul Jami’)

Pic lama 
Budak lasak kena kuarantin jap..hihi

No comments:

Post a Comment