Sunday, December 16, 2012

Anak ekzema ku

Husna memang penderita ekzema yg agak teruk... kalau nak tengok keadaan dia masa tgh teruk dulu leh klik kat label Ekzema kt sebelah.

Macam ni la keadaan muka nya sepanjang setahun setengah
Naik surut naik surut

Macam2 ikhtiar
klinik ke klinik
farmasi ke farmasi
moden tradisional
chemical organic


Mula nampak nak baik lepas husna kena warded
Masa ni diagnosisnya HFMD, tapi kuasa Allah, after masuk air 3pain & antibiotik, keluar wad, HFMD sembuh, sekali dgn kulit dia licin

ni masa baru kuar wad

Sampaila sekarang, dah x ada merah2 kat muka dia
Syukur.. alhamdulillah

Tapi,ekzema tu x hilang terus, still ada lagi, sebab penyakit ni berkaitan dgn antibodi n darah
so, dari dalaman
nak sembuh n hilang terus memang x

cuma dah x naik kat muka, tapi kat badan masih ada sampai sekarang. Pantang silap sikit mesti naik.
Memang kena jaga betul-betul especially bab makan
Seafood = big NO
Cheese = no entry besar2
Telur = sikit boleh la
Daging kambing = langsung x boleh, 
pernah suap dia mkn nasi kosong, tapi tgn ada bekas gulai kambing, x sampai 2 minit terus naik bintat2 kat kulit dia

Bab mandi, better dia mandi kosong daripada pakai sabun sebarangan
Sekarang mandi guna Aqueous Cream, tapi kadang2 bila umi malas @ nak wangi2, guna mandian juga
Setakat ni mandian yg ok cuma Dove biru gelap ni je
pic google

Dove warna lain x boleh, apatah lagi mandian jenama lain
Yang kanak2 punya Johnsons, CarrieJunior etc etc tu semua x boleh


Syampu lak, yang ini je boleh
pic google

Jenama lain, dah cuba
Kesannya sedahsyat ~ kena buih sahaja pun boleh buat kulit dia jadi super duper kering sampai tahap keluar habuk2 putih..
Teruk kan?


Benda wajib ada
Aqueous cream

Inilah mandian, inilah losyen
Tengok tu setengah kilo berat dia
Satu tong ni tahan sebulan lebih

Sesiapa yang mandikan dia kena extra rajin sbb krim ni kena digosok2 lama2 kat badan dia, biar sampai meresap masuk dalam kulit..

Kepantangan dia lagi ialah; 
~ cuaca panas @ tempat kedap 
~ selimut (mmg 1 fenomena yg pelik klu dia berselimut)
~ masuk kereta lambat bukak aircond
~ tempat berhabuk
~ baju berkolar, lengan panjang & tudung **will blog about this

Kat rumah memang ada kipas khas dia punya sorang je, tido malam memang 2 kipas, 1 kipas siling 1 kipas meja hala kat dia sorang
Aircond rumah bukan penyelesaian sbb aircond buat kulit dia kering melampau 

Emm....kesimpulannya, macam-macam la
Memang agak rumit sikit nak jaga anak ekzema ni
Di samping kita nak tengok dia cantik & comel macam kanak2 lain, 
kita mmg sgt kasihan tengok dia rimas n gatal-gatal bila ekzemanya menjelma

Apa yg saya faham, kalau ada anak yg bersimptom ekzema ni, pencegahan dan penjagaan tu sangat penting daripada rawatan.. sebab mengikut kata doktor, x ada ubat yg betul2 boleh hilangkan ekzema
kalau langgar pantang @ x jaga rapi, ekzema akan muncul kembali


Kasihan anakku

now

Syafakallah
May Allah heals you..

2 comments:

  1. Salam perkenalan Ain. Baru jumpa blog Ain after google about ekzema. Camna Husna dh okay ke kulit dia?

    ReplyDelete
  2. muna ada juga ekzema masa kecil..dah besar ni time pregnant naik balik..memang dia akan on off datang..harap makin sihat

    ReplyDelete