Tuesday, October 30, 2012

Pesanan buat yg ber'testimoni'

Ini adalah personal opinion sy n juga nak share nasihat abah sy dgn semua....

Please don't get offended as i'm doing this because i love n i care... klu x sayang sy diam n biar saja (",)
Oh ya, pesanan buat diri yg menulis ini juga..

**
Ramai orang buat part-time job di samping kerja asasi yg sedang dikerjakan (kerja asasi??)- atas alasan2 mereka yg tersendiri.. yg tak perlu dihuraikan di sini....

Pesanan abah #1

"Kalau kita sudah ada kerja & kita buat kerja kita dgn betul, insyaAllah rezeki kita akan cukup..."

Antara lain yg abah bebelkan ~ klu kita buat kerja part time tuu- tapi kita gunakan MASA kerja asasi kita - guna sumber di tempat kerja asasi kita (komputer, internet, elektrik, mesin fotostat, stationeries etc etc) - it will go the same, rezeki yg kita dapat tu (Allah Maha Mengetahui) - tak diberkati juga, n kita akan rasa tak berkecukupan juga...

"Yang mencukupkan itu bukan duit yang banyak, tapi rezeki yang berkat.."

Again, sy pun menasihati diri sendiri....ok ;)
Sebab situasi ini terjadi juga dalam hidup saya..berulang kali... Bila abah suarakan macam tu, buat sy tersentak.. dan buat saya termenung panjang..........

It's good to have the chance to increase our income, it's not wrong friends..;) just how we do it..

- Buat ketika kita betul2 lapang tanpa menggunakan sedikit pun masa kerja asasi kita....
- Jangan guna sumber2 di tempat kerja asasi kita (spt yg dah disebutkan di atas)
- Jangan guna kedudukan kita @ penyalahgunaan kuasa demi menjayakan part time bisnes kita tu...
- Jangan lupa ambil kira utk zakat

Selamat maju jaya (",)


Pesanan abah #2

"Dalam kesungguhan kita mempromosi dan meyakinkan orang - jgn sampai akidah tergadai, jgn sampai jatuh syirik.."

Allah. Seriusnya.
Tapi ini benar2 terjadi..
Cuma sbb dah jadi kebiasaan, mungkin kita x sedar....

"Lepas makan ubat xx ni, penyakit saya terus hilang.."

"Benda xx ni boleh menyelesaikan masalah anda.."

"Minuman xx ini boleh membantu anda.."

"Gelang xx ni buat badan sy sihat.."

Familiar?

Testimoni.

Siapa yang Maha Berkuasa menghilangkan penyakit?
Siapa yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani menyelesaikan masalah kita?
Siapa yang Maha Perkasa yang boleh membantu kita?

'Ala, taula.. Allah Maha Mengetahui niat kita cakap mcm tu sebenarnya.....'

Jangan.

Syirik bukan sekadar menyembah berhala.

Syirik juga kalau,

Tidak meletakkan Allah S.W.T sebagai Zat yang mutlak dan pemikiran yang menerima perkongsian bagi hak Allah S.W.T.

Syirik dalam tawakkal - berserah kepada manusia atau makhluk lebih dari berserah kepada Allah.

BEWARE..!!

Owh, bercakap pasal ni, teringat juga lawak dari UAI ni ;p
Lebih kurang mcm ni la..

"Kaulah segalanya bagiku, aku tak boleh hidup tanpamu."

UAI:  Doh sebelum mung kenal dia tu mu hidup gane?Pakai tong oksigen??

Got what i mean?

Bye
(",)



Pic ulang tayang
Abah sedang menyampaikan amanat & nasihat..
Dengar baik2 ye anak2 umi ;)

No comments:

Post a Comment