Tuesday, August 28, 2012

Random Raya


First time beraya bersama Irsyad Wafiq..alhamdulillah (",)


Tema tahun ni Jubah.. Umi, Abah, Kak Husna, Aki, Wan, Tok Ma, Cik Su... sume jubah kecuali Wafiq sbb cinonet sgt.. Yang paling cinonet jubah boy yg umi jumpa ni dia....
Affan Fahmi ~anak saudara saya~ Comelll kan? ;)

Teramat la susahnye nak ambik gamba Husna... sama ada dia tak duduk diam, atau dia buat muka & aksi pelik2...



Ok..this is suppose to be family picture... tapi oleh kerana salah seorang family member sedang berlatih lari pecut pada kelajuan supersonik, cuma kelibatnya je yang sempat di capture...adoii...


Husni Husna juga telah menspoilkan adegan-adegan syahdu di pagi raya saat bermaaf-maafan sesama ahli keluarga..


Tahun ni juga first time betul-betul raya di rumah mertua.. raya pertama mmg x keluar rumah langsung..tunggu orang datang je... (2 kali raya sebelum ni, klu turn umah terengganu pun, lepas solat raya terus gerak konvoi ke Kelantan sbb family mertua pun ramai di Kelantan)

Tahun ni decide nak masak yg ringan je utk tetamu.. buat soto je... Memang sangat la laku soto ai.. sbb rata-rata rumah org lain sediakan makanan berat, bila datang rumah makan ada makanan yg ringan tu yg buat laku tu... fuhh..terasa berbayar usaha memasak tgk mangkuk licin ;) (di pantai timur, terengganu/kelantan ~ menu pagi raya mesti yg berat, nasi minyak,nasi dagang,nasi bukhari etc.. soto agak asing -at least di kampung sy ia agak asing- n kebanyakan x realize pun itu ialah soto..jadi bihun sup plak..hehe..)

Raya pertama husna in charge bahagian penyambut tetamu.. dia yang sibuk klu org datang, tunggu kat tangga & pelawa org masuk.. 

Time org dah balik, duduk bersandar kat sofa sambil susun duit raya.. (x kira pun sbb sy x bagi bukak sampul) 

Menjelang petang, dia dok baring2 dalam bilik sambil layan Mickey Mouse.. suruh keluar bersalam tak nak... katanya "Husna x nak salam, Husna dah banyak duit dah..." aikk..mmg la ada kaitan salam ngan dapat duit raya.. tp tak semestinya asal salam je dapat duit nak oii...hmmm...

Disebabkan saudara mara yg datang asyik usik nak bawak balik adik.. husna jadi over protective & possesive ngan adik nya... sampai constantly checking adik ada ke tak dalam rumah... Dia pun lagi banyak spend masa main dgn adik n kurang sikit kedekut dgn adik..
WALAUPUNNN... mmg dia kedekut barang dia...huhu... 
at least skrg ni, klu dia nak amik barang dia kat tgn adik, dia akan mintak elok2, ucap terima kasih pastu ganti ngan barang lain bagi adik.... ada improvement la tu..


(hmm..hajatnya nak buat sambungan...ada lagi nak cerita...klu ada masa insyaAllah menyusul...hehe ;p)

No comments:

Post a Comment