Wednesday, May 16, 2012

Doakan ibu saya..

Hari ni ibu (baca MIL) saya, akan menjalani pembedahan bagi membuang ketulan di payudara. Saya x dapat bersama mengiringi ma, sbb x dapat cuti..(maklum orang baru, keje x cukup 28ari lg so xleh cuti dalam jmasa tu)
Hanya ingatan dan doa dari kejauhan dapat saya utuskan.

Ma, antara insan kesayangan saya yang saya amat kagumi. Kecekalan dan kelembutan ma mencairkan hati saya. Saya tidak pernah terbayang ada orang yg boleh 'memberi' sebanyak itu, segala-galanya terutama kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Istilah menantu, langsung tidak menjadi halangan.
Sudah ramai yang berkata kepada saya, betapa saya sangat bertuah mempunyai ibu mertua seperti beliau. Ya, benar, syukur saya akui, memang saya sangat bertuah.Alhamdulillah.

Jika nak bercerita mengenai ma, rasanya kena buat entri khas. Sangat banyak yang mahu saya nukilkan mengenai beliau. InsyaAllah, jika ada kelapangan di lain kali. (",)

Saya berdoa semoga pembedahan ma pada hari ini berjalan lancar. Esok saya akan pulang menjenguk dan menjaga ma. InsyaAllah, kami anak-anak akan berbakti kepada ma di saat ma tidak berdaya sepertimana yang ma telah lakukan pada kami.(",)


Dat's my supermum with her so-called daughter & 'cucus' (",)

3 comments:

  1. amin.. harap yg terbaik utk ibu umi..

    ReplyDelete
  2. tq alycia..alhamdulillah, 6.10 td dah kuar ot...semua ok ;)

    ReplyDelete
  3. setiap penyakit ada penawarnya...
    jemput ke blog saya di penawarsihat.blogspot.com

    ReplyDelete