Tuesday, May 8, 2012

Berjauhan...menyusu... Dugaan ini...

Menjadi ibu adalah satu nikmat dunia yang sukar utk digambarkan... Betapa besar anugerah Allah di sebalik penat lelah dan kesakitan yang dirasai oleh seorang ibu.. Menjadi ibu yang menyusukan anak..adalah kurniaan & nikmat yang lebih besar... Ia tak semudah disangka... memerlukan kecekalan & tekad yang kuat untuk terus menyusu selama mungkin....
Buat diri saya sendiri, pengalaman untuk menyusukan Irsyad Wafiq agak perih...mungkin tidak semudah ibu-ibu lain, kerana kini saya berjauhan dengan permata hati saya itu, untuk sementara waktu..demi kelangsungan hidup dan demi kemudahan bersama...

Sejak hari pertama saya mendapat tahu saya hamil anak kedua, saya memasang tekad di dalam hati, kali ini saya akan menyusukan anak saya selama mungkin..sehingga usianya 2 tahun... Namun, Allah Maha Berkuasa, perancanganNya lebih teliti dari saya..

Semasa hari ke-8 berpantang, saya mendapat tawaran kerja di Kota Bharu...Emm..suami masih di Bangi.. anak-anak pula bagaimana? Aini Husna sudah serasi di 'playschool'nya...Irsyad Wafiq pula, saya tidak betah membiarkan tangan-tangan asing hatta manusia yang tidak berakhlak baik mengasuh anak saya..apa lagi dia masih sangat kecil... Bayangan-bayangan & cerita-cerita negatif tentang nasib bayi di nursery & dianiayai pengasuh juga menghantui saya... Saat itu, dilema yang saya hadapi hanya Allah yang tahu... Kegembiraan mendapat khabar tersebut hanya dalam 1 minit pertama, selepas itu..saya bergelut dengan perasaan sendiri.....

Kerjaya atau keluarga..? Jika diajukan soalan tersebut sekali lalu, sesiapa pun akan mudah menjawab, tanpa kompromi, sudah tentu keluarga menjadi pilihan.. Tetapi, keadaan dan situasi setiap orang tak sama.. Memilih kerjaya, tidak menjadikan saya ibu yang teruk atau tidak mementingkan keluarga.. Demi masa depan keluargalah, akhirnya saya memilih untuk menerima tawaran sekali seumur hidup ini.. Jalan ini saya yang pilih pada awalnya, apabila sudah diizinkan Allah, takkan saya mahu berpatah balik pula?

Akhirnya saya membuat keputusan, BUAT SEMENTARA WAKTU, anak-anak tinggal dulu di Terengganu.. MIL & FIL saya adalah dua individu yang saya yakin saya mampu meletakkan sepenuh kepercayaan menjaga & mendidik anak-anak saya... Kelembutan & kecekapan MIL saya menangani Irsyad Wafiq, juga keupayaan FIL saya meladeni kenakalan & mencungkil kecerdikan Aini Husna...

Anak-anak di Terengganu, saya di Kota Bharu..macamana dengan masa depan perancangan menyusu saya? Sangat kabur pada masa tu dan saya hampir berpatah arang... Seriously, saya sangat tertekan pada masa tu, masih dalam tempoh berpantang dan ibu mertua saya sangat risau akan keadaan saya yang murung sebab takut saya mengalami sindrom 'Baby Blues' (a.k.a meroyan)

Dorongan dan kata-kata motivasi suami adalah penenang saya ketika itu... Saya bertuah punya suami yang sangat memahami dan sentiasa menyokong saya...Alhamdulillah....

Dan sejujurnya...pembakar semangat saya ialah tulisan Dr.Halina (isteri Sheikh Muzaffar) dalam blognya... Setiap kali membaca coretannya mengenai pengalaman menyusukan anak, terbit perasaan cemburu di hati saya, betapa bertuahnya anak beliau dapat menyusu secara eksklusif... Rasa cemburu itu saya zahirkan dengan satu azam & tekad baru bahawa saya pun boleh menjadi seperti beliau...

Kini, Irsyad Wafiq menginjak 3 bulan++... Saya sudah pun memulakan tugas di tempat baru selama sebulan, bermakna sudah lebih sebulan saya berjauhan dengan khalifah kecil itu.. Dan, saya masih berjaya memberinya minum susu badan... setakat ini.... Alhamdulillah...

Pengalaman yang saya lalui...agak tidak mudah.. Memerlukan disiplin dan kerajinan yang tinggi..serta tekad yang kuat...dan ye, saya hampir mengalah.. namun, alang-alang menyeluk pekasam..terbayang bening mata anak kecil saya..saya nekad, anak saya hanya akan mendapat yang terbaik...

Saya cuma berpeluang menyusukan Wafiq 2 hari 3 malam dalam seminggu, selebihnya saya pam.. Setiap khamis, berbondong-bondong saya bersama kotak penyejuk berisi susu perahan bertemu permata hati saya di Terengganu. Itulah bekalan susu ibu buat Irsyad Wafiq untuk 5 hari 4 malam berikutnya..

Cabarannya ialah, untuk saya maintain kuantiti susu dalam jangkamasa 5 hari saya tidak menyusukannya secara direct. Ibu yang ada pengalaman pasti maklum, kuantiti susu akan terjejas jika kita hanya mengepam tanpa ada rangsangan hisapan bayi. Ahad, Isnin kuantiti susu masih ok.. masuk hari berikutnya sudah kurang.. dan saya akan merasa sangat susah hati apabila susu makin berkurangan.. Sampai di rumah MIL pada Khamis malam, saya akan cepat2 susukan Irsyad Wafiq, untuk menghantar kembali isyarat kepada kilang susu to produce more..

Begitulah cycle kehidupan saya buat sementara waktu ini... di samping berdoa agar saya terus dikuatkan semangat untuk terus menyusu anak.. paling utama, doa saya sudah pasti untuk keluarga kecil kami kembali bersatu dan hidup di bawah satu bumbung.. Mengukir momen-momen indah, seperti yang kami telah lalui selama 3 tahun, membesarkan puteri Aini Husna dengan penuh kenangan manis bersulam dugaan kecil dari Yang Maha Esa untuk menguji hambaNya..

Buat masa sekarang, harta paling berharga yang saya miliki adalah pam susu saya.. Pergi ke mana-mana, saya x kisah

jika tertinggal barang lain, tetapi jangan tertinggal pam.. Nak tukar dengan Galaxy Note sekali pun saya tetap pilih pam susu tu..hehe..(ada sesiapa nak tukar??);)

Semoga saya terus diberikan kekuatan... dan semoga perkongsian pengalaman ini membakar semangat sahabat-sahabat untuk menyusukan sendiri anak-anak.. Yakinlah, susu ibu itu adalah yang terbaik...



Perkongsian:~

Blog berguna info Susu Ibu ~~ http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1371

Blog Dr. Halina ~~ http://barelysupermommy.com/

Yay..i'm a happy baby..(",)

2 comments:

  1. walau berjauhan bkn alasan utk mematah kan semangat utk beri kan bby breastmilk..boleh pam dan bt stok..cayok2..kita pun tgh gigih menyusu kan bby insyaalah smpai 2 tahun...

    ReplyDelete
  2. besarnya pengorbanan seorang ibu..
    kalau cute mum tak pasti boleh buat keputusan macam tue ke tidak..
    dulu masa lepas pantang, tak cukup 60 hari dah kena masuk ofis.. itu pon dah rasa macam tak senang tinggalkan dania.. inikan pula berjauhan.. memang kamu seorang yang tabah..
    semoga satu hari nanti dapatlah bersama keluarga tercinta yer,,

    ReplyDelete