Monday, October 18, 2010

Aku & kafein (Part 1)

Sapa2 yg dekat dgn sy tau la..sy ni hantu kopi..hahhaha...takut x?hantu ni..hihihihi.......:)
Sy rasa kegemaran sy pd kopi @ kafein ni menjadi2 tanpa sy cuba nak kawal pun.. akhirnya sy dah addicted.. Kena minum kopi/nescafe dulu baru sy cergas baik dr segi fizikal mahupun mental.. Setiap pagi sy kena mulakan hari dgn nescafe se'mug' barula sy x monyok sepanjang hari.. klu nampak sy monyok x bermaya mcm ayam berak kapur 2 maknanya sy x minum nescafe lg la 2..
Pas dah penat wat keje..masak @ kemas rumah ke...kena secawan nescafe...ahhhh..so refreshing.. Such a rewarding feeling.. Lebih parah, nampak kopi @ nescafe je.. sy kecur.. mcm org nmpak asam...adoyai..!

Tapi org cakap x elok minum kafein banyak2.. Maka sy pun bertekadla minggu ni sy nak bebas kafein... Sy dah isytiharkan dkt kawan2 n mr.noorie.. Minggu ni adalah Minggu Tanpa Kafein sy.. haha..adakah sy akan berjaya menempuhi hari2 penuh kesukaran ni......
Jom kita intai fakta yg sy godek2 kat bawah ni:

KEBAIKAN KAFEIN

Kafein yang terkandung didalam kopi adalah zat kimia yang berasal dari tanaman yang dapat menstimulasi otak dan sistem saraf. Kafein tergolong jenis alkaloid yang juga dikenal sebagai trimetilsantin. Selain pada kopi, kafein juga banyak ditemukan dalam minuman teh, cola, coklat, minuman berenergi (energy drink), cokelat, mahupun ubat-ubatan.(dalam hati sy kata ~ maknanye kafein bukan ada dlm nescafe jek..)

Kafein membantu Anda untuk berfikir dgn lebih cepat. Kafein yang terdapat pada kopi atau teh terbukti mampu memberikan signal pada otak untuk lebih cepat merespon dan dengan tangkas mengolah memori pada otak
(upin & ipin kata ~ betul betul betul!!hikhik)

Kafein mencegah gigi berlubang. Minum secangkir kopi hangat atau teh hangat sesaat setelah makan kek / biskut yg manis

Kafein mengurangi derita sakit kepala. Penelitian menemukan kafein yang terdapat dalam kopi atau teh (dalam jumlah tertentu) boleh mengurangi sakit kepala

Melegakan nafas penderita asma dengan cara melebarkan saluran bronkial yang menghubungkan kerongkongan dengan paru

Kafein dapat membuat badan tidak cepat lelah boleh melakukan aktiviti fizikal lebih lama
Kafein bisa meningkatkan rasa riang, membuat kita merasa lebih segar dan energik
(dlm hati sy kata ~ patutla rasa bersemangat pas minum kopi)

Perempuan yang minum dua cawan kopi atau lebih per hari dapat mengurangi risiko pereputan tulang (osteoporosis)
(dlm hati sy kata ~ sy minum paling sikit 2 cawan la..haha)

Kopi dapat meningkatkan penampilan mental dan memori karena kopi dapat merangsang banyak daerah dalam otak yang dapat mengatur tetap terjaga, rangsangan, mood dan konsentrasi
(dlm hati sy kata ~ patutla sy lebih concentrate pas minum kopi..kihkih)

Kafein dapat menangkal radikal bebas dan menghancurkan molekul yang dapat merosak sel DNA.

Kafein juga melindungi jantung
Untuk mengurangi risiko mengidap diabetes mulailah meminum kopi
(dlm hati sy kata ~ yela,kan kopi 2 pahit)

Parkinson jarang ditemukan pada orang yang minum kopi secara teratur

Minum kopi membuat sperma 'berenang' lebih cepat dan mampu meningkatkan kesuburan para lelaki
(dlm hati sy kata ~ kan org lelaki minum kopi nmpak lg maskulin..wahaha..)

Kata sy dalam hati lagi ~~ kata nak berenti ambik kafein tapi godek fakta 'KEBAIKAN KAFEIN' .. hahaha.. Mai secawan!!

No comments:

Post a Comment