Sunday, April 5, 2015

Life update

Fuh..fuhhh... tiup habuk sikitt..

Kesian betul blog ni terabai..hihi.. 

Sekarang ni very the multitasking.. x cukup tangan nak buat semua...

A mother...

1, 2, 3....ehh mana lagi sorang

4
yayy..!!


A 'working mother' i have to say...


Pengawas (Prefect) UMK
(who likes the prefect anyway..)
@_@



Si penjual tudung...


That's my partner aka sales/marketing manager
ai tukang packing jeww
^_^

Visit our FB

***

Si penjual kambing



I'm an authorised agent for Hatinie's Kitchen

Alaa..yg jual kambing perap yang sedapppp sampai ada orang taknak berus gigi tuu..



Visit our FB

***

And also your Financial Consultant


Sesiapa nak simpan duit n nak kembangkan simpanan yang ada tu
jgn sesegan kontek saya ye
sms/wa 016 209 5378


***

Hmm...mmg hectic.. klu difikir2.. mana datang kekuatan dan kudrat nak buat semua ni.. being a mother alone pun dah hectic.. 
tapi sebab suka n enjoy

i enjoy the time with my kids
i enjoy being an auditor
i love food business
n i love selling what women like
selain jual tudung saya juga jual aksesori2 wanita yg lain
cuma x komersialkan tru on9

bila kita buat apa yg kita suka, kita tak rasa pun mcm sedang bekerja
its a bonus when u do what u like n it can generate money
best kan?

(",)

ok la
cukupla tu
bai


***
Pesanan tambahan ~ semua tudung yang saya pakai dalam post ini dari NorisAyu (",)

Tuesday, February 10, 2015

Quick Update

Update lilypie je..

smlm tanya husband, 'naqib dah cukup 100 hari ke belum ek?'

'kan ke ada dalam blog?'

Maksudnya lilypie la tu..

Bila scroll ke bawah, dah outdated rupanya..

rasa macam baru je update ari tu.. tapi tu lah..anak ramai kan.. Ada baby baru, kena update lagi..hehe ;)



Bagus juga ada mendalah tu, leh tau dgn betul (taklah spesifik) umur anak, masa nak isi borang ke apa senang.. hihi

Sebenarnya tujuan tanya tu sbb terliur nak minum air kelapa, coconut shake, aiskrim kelapa.. Fenomena kelapa betul di kota bharu sekarang ni..hihi..

Still kena kira manual, umur naqib ari ni  27+31+31+10=99

eh, apesal x cukup 100 hari lagi..huhu

 k bai

Thursday, February 5, 2015

hashtag #bilahusnamasukdapur

***ni entri lama yang terkandas. so pls bear with cerita2 yg ada dah jadi sejarah pun.. n rupa husna yg masih baby2 lagi.. pic lama ;)

makanan2 dlm ni dah basi .. tapi resipi x basi la..

jom layan pic berhashtag #bilahusnamasukdapur dalam instag saya..

ekceli tiru hashtag fynn jamal #bilakokpinglapar .. hehe

btw, only simple recipe here.. saya bukan reti sgt masak..hihi.. cuma suka2 main masak2 dgn anak dara yg tgh curious nak blaja tu..

(",)

Anak dara saya ni mmg suka tolong umi kat dapur, kalau masak x panggil dia nanti dia nangis..
kekadang geram juga kalau time nak cepat, nak buat air secawan pun dia sibuk nak take part jugak..

rajin anak umi ni, moga rajin sampai besarla ye
UstazAzharIdrus kata, tak pandai masak takpe, tapi rajin masak.. ;p

*saya akan letakkan resipi kat tiap pic, tapi x yah ikut sgtla, saya hentam keromo je ikut sesedap lidah sendiri.. ;)

ROTI JALA ABAH MENGIDAM
abah request nak makan
since time ni umi dah lebih due nak meletup dah (masa ni peknen Hadif)
takut dah bersalin, lambat pulak boleh buat
nasib anak umi tolong ;)

RESIPI ROTI JALA
Tepung gandum
Telur 2 biji
Marjerin/minyak
Air
Sedikit pewarna kuning

Bancuh adunan
kisar bagi adunan halus
try test lepas x masuk corong acuan tu, klu tersekat2, tambah air lg
pastu kirai je la
;) 


ini sesaja nak test cecorong baru tu
resipi masih sama
cuma buat 2 3 adunan utk warna lain2
klu nak warna pelangi buatla 7 adunan
giteww


******

MINI BEGER TELANJ****
Haa..bukan nasi lemak je telanj****, beger punn
(if u can recall - kes chef wan kondem nasi lemak MAS ;p)

ni kalau mat salleh tgk confirm hangin jugak ni sbb merosakkan imej burger
lol
;p

RESEPI MINI BURGER
Roti keping
Daging burger
Keju
Sedikit marjerin

sayur mayur 
(dlm pic tu sy x letak sbb xde stok masa tu~sbb tu dah jadi telanj***)

Mulakan proses tekap menekap
(anak2 seronok wat aktiviti ni ;))

Goreng daging n bakar sikit roti
tindan2 la sesuka ati
kalau nak wat tinggi2 boleh cucuk lidi

(",)


*****


PUDING ROTI LEB LEB
puding roti ni terhasil dari roti lebihan tekap menekap masa buat mini beger
jgn membazir, dari reja roti pun hasilkan makanan yg sedapp
dan dari bekas kek choc moist anis pun boleh hasilkan bentuk makanan yg comei

;)

RESIPI PUDING ROTI
Roti
Telur
Susu cair
Pewarna ikut suka

Kacau telur + susu
Masukkan roti
Lenyek2 kan
Bahagi-bahagi adunan ke dalam bekas2 utk dicampurkan warna
pastu masukkan dalam acuan selang seli guna sudu

Kukus

nak bakar pon boleyy

(",)


*******


MAKARONI CHEESE TERNAK LEMAK

ini pun abah request
since kami ini pjj 
(updated - sekarang tak dah..ngeee)
masa bersama adalah sgt limited
so makaroni ini terhasil selepas umi bersengkang mata memasak di malam2 hari
lepas masak, pukul 12malam terus makan
elokla ternak lemak semasa tidur lepas tu
asal bahagia
;)

RESIPI MAKARONI CHEESE

Makaroni 
(separuh plastik)
Daging 
(nak guna daging kisar boleh tapi klu nak lagi sedap guna daging segar kisar sendiri)
susu cair 1 tin
bawang besar Holland 1 biji
serbuk kari 1 peket
mozarella cheese
telur 5 biji

Cara membuatnya

Celur makaroni -letak minyak sikit- tos

Tumis bawang 
masuk daging
masuk serbuk kari
masuk susu cair
kacau
biar menggelegak sekejap

dalam bekas lain
pukul telur
masuk makaroni
masuk cheese
masuk bahan tumisan 

masukkan bahan tumisan tadi
gaul rata

masuk dalam acuan - sukati nak acuan cmn
atau masuk terus dalam pemanggang ajaib
tabur cheese 

bakar

nyumss
ni antara menu faveret nak buat n faveret nak makan
x jemu buat n x jemu makan
x payah la nak diet sgt

oh ya..people get annoyed when i'm talking about diet
sbb semua org kata 'mu kurus doh la...x payah nak koya diet sgt..'

diet bukan sekadar utk kurus
sekadar memantau apa yg kita makan
asyik makan yg berlemak saja pun x elok juga
walaupun mmg badan kita jenis x naik

tapi kan
org kurus ni ada juga timbunan2 lemak tu
klu saya masalah di perut
baby bump sgt
n juga
masalah biji kolesterol di area mata

ari tu g buang RM5 sebiji dia cas
boleh tahannn
dahla sakitt
@-@


*****


ROTI ISLAND SUPREME


another faveret menu semua org
especially husna

pepagi nak buat b1st sblum g sekolah pun sempat lagi
leset2 tabur2 siap2
simpan dalam peti ala frozen food
esok pepagi bakar je


pas umi buat ni dia dah x pandang pizza hut dah
serius
kitorg klu g pizza hut mesti order island supreme
lepas makan ni, pastu g makan kat pizza hut
husna siap kata, x nak yg ni, nak yg umi buat
see
kembang semangkuk maknya
^_^

yela bila buat sendiri boleh letak ramuan sepuas hati
letak tuna tebal2
crabstick pepenuh smpai x nmpak roti
tabur cheese sambil pejam mata
xde org nak marah
hehe

ok2
jom tgk resepi

Bahan2
Roti sandwich 
(sebenarnya lagi better klu roti bun besar tu pastu potong sendiri-kasi tebal sikit)
Tuna 1 tin
(tuna kosong yg dalam air @ minyak)
Crabstick - potong2
Nenas dalam tin - potong2
Bawang Holland - potong2
Mozarella cheese
Sos Thousand Island
Mayonis 

Cara buat

Gaulkan tuna+bawang+mayonis sikit

Sapu sos thousand island kat roti - sapu tebal sikit
letak adunan tuna tadi (adunan?)

tabur crabstick
nenas 

suruhla anak dara yg tgh curious nak blaja masak tu buat kerja tabur menabur ni
hehe

pastu tabur cheese
bakarrr

as usual
my bff pemanggang ajaib
klu xde pemanggang ajaib rasanya x la berapa rajin sgt nk masak benda2 bakar2 ni
hehe

api tu jgn besar
nnt cepat hangit

makan panas2
bertali2 cheese tu bila tarik nanti
sebijik macam iklan pizza hut

bebudak suka menu ni

happy trying 
(",)


*****

NUGET TOFU n TUNA


I am the victim of sugar n salt craving
bila datang rasa nak makan tu memang meluap2 n like i said b4 - spesifik

this is a menu to satisfy my wild cravings..hihi

Nuget tofu n tuna

ini lagi satu - sedappppp sgt
serius

bukan nak puji diri pandai masak
nak puji gabungan bahan dalam menu ni mmg mabeless

x semestinya kena ada bahan pelik2 n mahal2 utk dapatkan makanan yg sedap
yg murah dan mudah pun boleh je

;)

Tengok resipi jom

Tauhu telur / tofu 
Tuna
Telur - pukul
Sedikit Gandum
Serbuk kari
Bebawang
Cili padi
Perasa

simple kan bahan dia

cara buat

Penyek2 kan tauhu telur
Masukkan Tuna
Masukkan gandum sikit
bebawang + cili padi
perasa

Gaul rata

Cedok mcm buat cekodok
Golekkan atas tepung gandum
Celup telur

Goreng

pas angkat rasa nak terus masuk mulut je
sukati la kan
ngapla terus klu nak hilang deria rasa
hehe

Cubalah

recommended

(",)

****

Ok, dah penat memasak bersama husna?
last dah yg ni
confirm mabeles jugak

tagline masakan saya semestinya
mudah, ringkas, mabeles (mabeles tu abang kepada sedap) dan guna pemanggang ajaib
eh?

;)

Ok last

AISKRIM SERAI
hihi
ekceli Ayam Serai
Husna yg cakap Aiskrim Serai

Sangat simple nak buat ni

Bahan2

Serai  
(belahkan sikit atau klu nak rasa serai yg kuat boleh ketuk)
Isi ayam
Sedikit kelapa parut
Bebawang - hiris
Cili padi - hiris
Hirisan serai 
Hirisan daun kari
Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Perasa

Cara buat

Kisar isi ayam

Campurkan semua bahan2 lain kecuali batang serai ke dalam kisaran ayam tu
gaul sebati

Boleh letak tepung gandum sikit utk bagi dia lagi melekat

Tepekkan atas batang serai macam dalam gambar tu

Bakar

Of kos la guna barang ajaib tu kan

ajaib sampai yg malas memasak pun tetiba rajin masak sbb ada benda ajaib ni
mmg ajaib
hihi

Oh ya 
masa bakar tu
api sederhana
tutup kejap utk bagi dia masak smpai ke dalam

pastu boleh bukak n besar kan sikit api utk bagi kesan garing tu

Nak makan mcm tu je pun boleh
makan dengan nasi pun boleh

Cuba lah ye

tgh makan nnt igt saya ye

hihi


Okla

tu je la rangkuman resipi2 lama

nnt klu rerajin
rajin masak
rajin mengarang
saya update lagi

Resipi2 lain boleh tgk kat label Main Masak2 kat tepi belah kanan blog ni

x banyak pun

i cook occasionally
time rajin je
hihi

bye

a mother of 4 now
^_^

Monday, February 2, 2015

Muffin Maggi

1st entry 2015

Itu pun dah masuk feb.. rajinnya update kann..hihi

Ekceli n3 yg berakhir hanya di draft mmg bersusun2... Karang3 sampai berjela2 last2 malas nak sudahkan..maka tersadailah ia di situ.. Masih hutang cerita pengalaman nak bersalin hari tu (anak dah besar pun x kira nk cite jugak) #blogakukauyangpanas ;p
n pengalaman banjir ari tu.. kami sekeluarga mangsa banjir tau..huhu.. :'/

Nantila ada masa (masa ada je, walaupun anak ramai, baby baikk je, kerja dia tido, makan, yak, sengih3)
yg penting nak kena ada mood.. Bila angin nak update tu datang, pukul 2 pagi pun sanggup lagi dok tahan mata dalam gelap sorang2 mengadap fon..hehe

ok, cukupla kata2 aluan pengerusi..

Sebagai memanaskan enjin, marila kita mengupdate n3 yang pendek sahaja.. supaya ia tidak mengalami nasib serupa dgn n3 lain yang dah terkandas.. ;D

***

Dah lama datang imaginasi nak buat ni. Craving saya memang spesifik, tu yg bila masak mmg ikut imaginasi gerak hati apa yg di craving kan tu la.. Macam masa BUAT NI

So kali ni rasa nak makan something yg lembut teksturnya, rasa telur yg mewah n rasa yg kick mcm rasa kari pedas dengan lelehan cheese....mmmmm...

So, i came out with this..


MUFFIN MAGGI


Gigih tau balik kerja main masak2.. Maksudnya main masak2 tu bereksperimen dgn resipi baru, kalau masak biasa2 yg nak buat dinner tu x kisah sgt, anak2 asal ada sup ayam atau telur kicap dah menambah2 dah makan..

Hmm..sapa kata jadi wanita bekerjaya x payah masak? hmm..
As for me, masak bukan benda yg saya kena dipaksa buat oleh sesiapa pun, my husband never force me to cook for him.. dia ok je makan apa pun, always happy tummy.. nak2 sekarang dia tgh diet kann..koh3 (sakit tekak pulak ;D)
Its something i am pleasured to do.. i think cooking is therapeutic.. (asalkan anak2 x berbelit di kaki masa sy tgh masak)
Masa dok potong2, susun2 bahan.. Suka je susun berbaris dulu bahan2 macam kat rancangan masakan tu kan.. Tu yang bila sudah masak bertimbun bekas dalam sink.. ampunnn (husband sy yg selalu tolong basuh lepas sy masak..pecah rahsia sy x berjimatcermat guna bekas sothattakpayahbasuhbanyak2 seperti beliau..hihi)

Ok la..jom tengok resepi..
This is my 1st try, more room to improvise..dari segi bahan n teknik.. bila dah rasa hasilnya bolehla kita tau kat mana kurang lebihnya ;)


2 pek Maggi kari 
(rumah mangsa banjir wajib ada banyak stok maggi~bantuan banjir ;D)
Daging kisar 
(guna 1/3 plastik je)
Telur 
(semalam guna 4 biji)
Bawang holland sebiji
Serbuk kari 
(additional pada perencah maggi, kalau x mmg x rasa sgt karinya)
Mozarella cheese 
(nak guna cheddar pun boleh)
Cili padi 
(lidah melayu- ada mozarella cheese pun nak jugak penangan kick bila gigit lada tu)
Maggi cukup rasa 

yg saya x letak semalam tapi rasa lagi better klu letak
susu cair
daun bawang

***

Step nak buat

Celur maggi - toskan

---
A

Tumis bawang jap
kalau xde bebudak nak makan boleh terus masukkan cili

Masukkan daging kisar 

Masukkan perencah, rempah kari n maggi cukup rasa
Kacau


---
B

Pukul 3 (out of 4) telur 

Masukkan sikit (banyak pun xpe) cheese

Masukkan maggi yang dicelur
Kacau 

---

Jodohkan A dan B

Camni


Sebatikan

---
Kemudian
Panggillah anak dara yang ada untuk membiasakan diri di dapur 
agar nanti tidaklah dia asyik tapau makanan kedai untuk suaminya walaupun sudah bekerjaya.. @_@

Lepas dah isi dalam bekas muffin tu
Tuang sebiji lagi telur baki yg tadi (yg dah dipukul)
Tuang sikit2 je 

Letak cili padi yg dipotong klu nak
Tabur cheese -nyums

Bakar

As usual saya guna pemanggang ajaib

api sederhana

---
Ada yg tanya griskan tak acuan muffin? 

tak, saya x griskan
depend pada jenis acuan jugak kot

---

Dah siap bolehla makan


sedapp
x tipu

husna dok ulang2 'sedap umi masak..' sampai dekat 10x, lepas makan sesuap datang peluk saya 2 3 kali maknanya mmg betul2 sedap la tu.. (n yes she's dramatic that way ;))

again 
my husband's tummy gets happy again

betul dah tu saya menyokong azam diet beliau dgn tidak memasak nasi utk makan malam
tapi saya ganti dengan telur dan keju

apa? kolesterol??

kih3

k bai

(",)

Monday, December 22, 2014

Abang Ngoh

Abang Ngoh ni karakternya lucu.lincah. n baaaanyakkk cakap. plus suara kuatt..

Happy go lucky tapi manjaaa.. n mood dia boleh berubah dgn sekali petik jari je.. tgh gelak2 tetiba nangis klu ada benda yg x kena.. pastu bila kita distract dia boleh gelak2 balik dgn airmata berlinang2 lagi..

@_@

Lagi 2 bulan nak cukup 3 tahun..

Cakap sikit punya lancar tapi pelattt... ayat dia x de satu yg ada huruf konsonan kat depan..semua huruf vokal je..

Hari tu dia tanya wan

"wan, wan ashak ape..ashik emak ke? A'ngoh uke ashik emak..idapp..!"

(Wan, wan masak apa.. nasi lemak ke?Abg Ngoh suka nasi lemak. Sedapp..!")

Adoii..sume org gelak dgr dia cakap..hehe

:D

Antara kenangan perbualan abg ngoh dgn umi abah n kakak..

1. ILMU MANTIK ABG NGOH

Situasi : Umi tgh masak, abg ngoh dtg mtk pisang.. sambil kupas dia cakap..

AN : Umi, a'ngoh acam onyet kan? 
       (Umi, abg ngoh mcm monyet kan?)

U : (terkejut) Kenapa?

AN : Onyet uke ishang. A'ngoh uke ishang. A'ngoh acam onyetla umii.. (lari keluar tanpa rasa bersalah)

(Monyet suka pisang. Abg Ngoh suka pisang. Abg Ngoh mcm monyetla umii..)

U : (terpinga2 + gelihati.. sambil teringat subjek Penaakulan Mantik masa sekolah menengah dulu)

2. SALAH SAMBUT

Situasi :  Abah tgh leraikan pergaduhan anak2 yg berebut mainan smbil bagi 'syarahan'. 
Mood abah - serius sbb buat2 marah.

Abah : Abah boleh bagi balik mainan ni dengan syarat main sama-sa--- (mtk anak2 sambung)

Husna : sama-sa---maa

Abah : Daannn... Jangan bere---   (berebut)

Wafiq : ---nanggg

Umi tgh susukan naqib terburai gelak. Abah yg buat2 serius td dah kembang kempis tahan gelak. Last2 terburai jugak..
Adehh abg ngahhh.... 





3. SALAH SAMPUK

Situasi : Dalam kereta, hujan lebat, abah pasang wiper.

Husna : Abah, umi, husna tau apa yg gerak2 tu. Wiper kan. Wiper.

Wafiq : (tgh lali nak tido smbil hisap jari tiba2 menyampuk)

Apa akak? Aiper?

*bingkas bangun-jerit 》Aiper, angan ughi..!!

(Swiper, jgn mencuri..!!)

Umi abah kakak masing2 terdiam jap. Pastu gelak. 

Oh mann..!!

Abg Ngoh ni, org ckp pasal wiper dia igt Swiper. Tula lainkali nk menyampuk bagi salam. ^_^


***



Abg Omen

Sikit2 "hiyarhh..!"

Sekejap2 "scha-schaa..!!"

Klaka jugak dgr kakak marah dia

"Abg ngoh ni asyik main atomen je.. cuba main princess ke..main masak2 ke.."

Ye kakak, umi tau kakak nk sgt ada adik girl.. 
buat masa ni layanla 3 atomen tu dulu..

Hehe

K bai

(",)

Sunday, December 21, 2014

Bantal

Quick update after so long.. ^_^



Looking at kiddos' pillows today reminds me of this post 》》



Masa tu tgh peknen kat Hadif

***

So sekarang camana kakak. Cukup x bantal rumah kita? ;)

Friday, November 21, 2014

Diagnosa hari tu - Part 2

Sambungan post lepas.

Balik dari KK tu badan masih lemau.. in fact sejak dari bersalin lg badan rasa lemau n x segar sepenuhnya..

Cuaca musim tengkujuh dgn hujan lebat x berhenti mmg memburukkan keadaan.. sakit urattt...

Malam itu, saya tido seorang bersama baby n abg ngah.. husband dah balik kota bharu bawak kakak..

Adik Naqib finally tido pukul 2 pagi.. abg ngah klu dia x tido pun xpe sbb klu sy x larat nk layan pun dia diam2 duduk dgn tab dia..

Dalam pukul 4.30 pagi sy terjaga...

Sejuk ketar.. menggigil 1 badan smpai bergegar katil.. gigi terkacip smpai ada masa rasa nk tergigit lidah..

4 lapis selimut..langsung x rasa apa.. breast yg sakit tu x pyh ckp la.. smpai x boleh nk angkat tgn..
saya smpai berhalusinasi sy berjalan ke bilik MIL nk bgtau keadaan sy.. sedangkan hakikatnya sy nk capai hp kt sebelah kontek MIL pun x tercapai.. aahh sudah..!

Dekat 2 jam sy menggigil mcm tu.. finally sy kumpul kekuatan utk bangun.. Syukur Naqib tido lena selena2 nya.. seakan memahami situasi sy yg kena uruskan kesakitan ni dulu..

Dalam terketar2 sy siapkan alat2 utk tuam n pasang pam.. Masa keluar bilik nmpak bilik MIL cerah tapi perasaannya mcm jauhhhh x boleh nak sampai..

Sambil tuam sambil pam.. sakit.. tapi sy kena cepat sblum sakit makin parah.. badan terasa makin panas.. panas dalam..

MIL masuk bilik saya.. mengucap panjang dia tgk keadaan saya.. Dia tanya kenapa x panggil.. Saya ckp x tersampai nak pergi bilik dia yg cuma jarak bbrp meter tu n hp pun x tercapai..  Agaknya beginilah keadaannya org yg mghadapi sakaratulmaut sorang2 tu.. bantuan seakan x tercapai.....

Pagi itu FIL dtg sukat suhu. 39.9°. MIL terus mintak saya siap g hospital. As usual, ada rasa malas dlm hati ni nk g hospital. Takut kena admit. Mcm2 pikir. Especially pikir Naqib nk menyusu.

Dengan hati berbelah bahagi pergi juga hospital ditemani SIL. Sepanjang jalan dok ulang 'harap2 x kena admit'..

Sampai di Jabatan Kecemasan. Lepas saringan n bilik doktor, saya kena duduk dlm 1 bilik apa ntah utk masukkan air, ambik darah n buat ECG. cehh..mcm arif sgt je sebut ECG saya pun x tau apa benda. Dgr diorg sebut. Yg letak wayar2 kat dada. Pastu kepit tgn kepit kaki. Rasa mcm sakit kronik pulak dia buat mcm tu.

Masa ni doktor cakap sy kena masukkn air n dipantau sekejap sbb heartbeat sy laju n sambil tgu result darah. Klu jantung sy normal balik mungkin boleh balik.


Lepas setengah jam. Doktor datang.

"Puan kena masuk wad ye..."

Huhuhu..finally..

"Sbb jantung masih laju & result darah sel darah putih masih tinggi.."

Ok. Demi kebaikan.. redha je la kena masuk wad.. Adik Naqib, Hadif n Wafiq.. umi tinggalkan sekejap ye.. duduk baik2 dgn aki wan n ciksu.. nanti abah n kakak balik..

Hari tu sebenarnya hari ihtifal kakak.. dah dua tahun berturut2 umi terlepas ihtifal kakak..sob3 :'(

***

Pendek cerita.

Hari pertama ada dibuat scan pada abdomen n ambik sampel dinding rahim.

Acara mengambil sampel dinding rahim itu agak kurang menyenangkan. Lagi kurang menyenangkan bila kita tgk sampel itu tidak dihantar2 ke lab sampaila ke hari kita discaj. Mcm ham..pagas je kan..

Masa scan tu doktor cakap xde apa2.. katanya uterus saya cantik saja.. cuma belum kecut.. so fine.. sy pun mcm x risau la kn..

Malam tu tido..miss B msh sakit.. so tido x boleh mengiring.. statik saja.. susu pun mesti diperah setiap 2 jam.. bila dia berat dia akan jadi lagi sakit.. bila dia kosong rasa lega sikit.. tapi kesan lebam masih ada..

Antibiotik start masuk tiap 6 jam.


Hari kedua

Doktor pakar round. Dia mcm x puas ati dgn history yg anak buah dia tulis n decide sy buat scan lg sekali.

Ok.semuanya berlaku dgn pantas.

Bila discan, matanya yg pakar itu nampak ada darah tersumbat dlm rahim saya dlm 2cm. Alamak. Saya dah cuak.. Malas dah nak hadap upacara seluk menyeluk ni.. :-/

Katanya " saya cuba tolong buang darah ni ye..klu x keluar habis kita terpaksa pergi cuci.. kalau boleh keluar habis alhamdulillah.."

Maka berlangsungla acara mengeluarkan darah beku itu.. Klu saya cite prosesnya mcm ngeri tapi sejujurnya tak sakit pun.. cuma tak selesa.. Dalam 2-3 minit mcm tu dah siap.. n doktor scan semula.. done.. habis licin..

Alhamdulillah..x payah cuci.. saya x tanya pula klu.cuci tu cmn. Tapi sy rasa cuci mcm org yg keguguran tu la kot..

Lepas je darah tu dikeluarkan.. saya rasa macam 1 beban dikeluarkan dari tubuh saya.. Serta merta badan rasa ringan dan saya jadi energetic semula..

Turun dari katil dlm bilik pemeriksaan tu, terus tanya kat doktor.. "boleh sy balik dr?(discharge)

Doktor jawab "boleh, balik katil awak ye.."

Hamm..pagas lagi sekali.. salah paham la pulak..hehe

Tp dr faham maksud saya.. lepas tu dia jawab.. "bukan hari ni la ye. InsyaAllah esok awak boleh balik.."

Ok.

Pastu misi datang suntik ubat kecut rahim.. Yg mcm kita kena suntik kat peha time baru lepas bersalin tu.. Kali ni suntik kat belakang..

Lepas tu darah yg mcm sblum ni tersumbat keluar mencurah2.. Rasa lega n ringan badan.. darah kotor keluar kan..

Antibiotik tru IV dah tukar kpd tablet.. rasa lega dah cabut jarum kat tangan..  senang sikit nk gerak n buat apa2..

Lepas tu perlahan2 saya rasa sakit kat miss B tu hilang. Merah2 n lebam pun hilang. Rasa normal balik. Alhamdulillah..

Esoknya..lepas doktor check n buat scan lg sekali.. Dah boleh discaj... yeay..!!

pelawat tegar

pelawat tak berapa tegar

Tak datang melawat langsung

Hehehe
^_^

***

Nak share lagi sikit antara amalan SALAH saya yg buatkan jadi bengkak susu:

1. Tak kosongkan breast lepas baby menyusu atau pam

2. Waktu malam bila pakai sleeping bra, sy menarik bra ke atas untuk menyusu. Ini menyebabkan ada saluran yg mungkin tersumbat. 
Sbb tu kena pakai nursing bra. Sbb klu pkai bra biasa kita akan cenderung untuk menarik bra ke atas tanpa buka kancing.

***

So, final diagnosis


Endometritis & Mastitis

Kat sini sy share kan link berkaitan 2 penyakit ni klu nk tau lebih lanjut :


http://drzubaidi.com/blog/demam-ketika-dalam-pantang-bersalin/

http://www.babycenter.com.my/a1036970/mastitis

Happy reading
^_^

Thursday, November 20, 2014

Diagnosa hari tu - Part 1

Nak share sikit pasal diagnosa sakit saya semasa kena warded hari tu..

Saya pun dah anak 4 baru tau pasal semua ni.. biasalah selagi x kena kat kita x rasa nak ambik tau pun..

Skrg dh ada pengalaman, bolehla share sedikit sebanyak buat kawan2 yg belum tau.. ;)


Ok. Cite dari awal ye.

Mmg dah jadi kebiasaan setiap kali saya bersalin. Hari ke 4/5 mmg hari bengkak susu.

Last kena yg kronik masa husna dulu. Smpai MIL kena tolong tuam dgn tuala suam n urut.

Kali ni kena. Lagi kronik.

Seriusly. Sakit bersalin saya boleh tahan. Sakit yg mmg surrender. Menangis tersedu2. Rasa macam ada ketul batu. Sapa yg penah rasa tau la.

Malam tu. Demam sekejap. Dalam 2 jam macam tu, kebah sendiri.

2 hari lepas tu, yg sebelah lagi. Bengkak susu pun iye. Tapi lebih kepada cramp. Tiba2 saja jadi pukul 4 pagi. Breast mengejang dan serta merta lebam biru.

Pagi itu saya demam.

Kebetulan nurse datang rumah utk lawatan hari ke 10. Cek suhu 39°. Nurse suruh saya rujuk klinik kesihatan (KK). MIL pun suruh saya jumpa doktor lepas setel cek kuning adik Naqib.

Budak kuning
Putar la badan dia macam mana pun
tidoooo manjang
nak kejut dia bangun menyusu kena tukar pampers dia guna air sejuk

***
Sambung

Memula saya macam malas. Rasa macam 'alah, sikit je ni, x payahla smpai nak jumpa doktor..'
But i know there's no way i'm gonna escape my MIL's order..hehe

Lepas selesai cek kuning adik Naqib, terus tanyakan dekat nurse nk jumpa doktor. Since hari tu ialah hari khamis, masa tu pun dah dekat pukul 1, nasib baiklah dpt nurse yg cakna dia tolong saya selesaikan urusan dari mula smpai habis..
pempahamla hari khamis kat sini, masa keje pendek. Hari khamis agak santai n kebanyakan staf 'Missing in Action'..

Suhu di klinik agak mengejutkan. 39.8°.
Padahal sebelum turun sy dah mkn panadol. Nampaknya suhu sy x turun. Makin tinggi lagi ada.

So di klinik tpaksa ambik darah n urine. Bila jumpa doktor, doktor terangkan result darah saya nmpaknya sel darah putih tinggi wc is apa yg sy faham, sel darah putih akan jadi tinggi bila ada jangkitan kuman dlm badan.

Saya terangkan dari A-Z masalah yg sy hadapi termasuk cracked nipple. Sbb Naqib x melekap dgn betul semasa menyusu. Kali ini agak parah apa yg sy alami sampai sy trauma setiap kali nak susukan naqib. Tapi nak.x nak kena hadapi juga walau sakitnya menusuk ke tulang hitam..

So pada masa itu doktor positif mengatakan demam dan jangkitan kuman yg saya alami itu berpunca dari bengkak susu n jangkitan dari cracked nipple tersebut.

Dia cuma bagi PCM n nasihatkan saya supaya susukan anak mcm biasa n pam susu 2 jam sekali hingga kosong. Biasanya klu amalkan mcm ni insyaAllah x akan berlarutan.

Tapi kalau demam lagi dia minta saya terus ke hospital.

Sedikit soal jawab antara saya dengan doktor hari tu.

CAMANA NAK REDAKAN SAKIT BILA BREAST BENGKAK DGN SUSU N RASA MCM BATU?

Memula tuam dgn ais dulu bagi reda sakit lepas tu tuam dgn tuala suam pula utk rangsang aliran susu. Lepas tu bolehla marmet (perah dgn.tgn) atau pam.

*ok bab tuam dgn ais tu sy baru tau. Sy ckp kat doktor, 'sy igt klu tuam dgn ais susu tu jadi lagi beku. Nnt lg tersekat..'
Ok.sy nampak doktor mcm nk gelakkan saya.sambil sengih dia cakap. 'Taklah. Tujuan kita tuam dgn ais dulu utk legakan sakit tu..'

Ok.

PUTING SAYA LUKA SAMPAI BERDARAH2. KLU SAYA PUN KENA JANGKITAN KUMAN, BABY SAYA CAMANA? ADA APA2 EFEK X DIA MINUM SUSU DARI PUTING YG LUKA TU?

Amazingly jawapannya TAK. Baby x akan efek apa2 atau kena jangkitan kuman walaupun dia minum.susu dari puting yg luka tu. Sebarang kuman akan dibunuh oleh asid dlm.perut dia. Allahuakbar..!

DOKTOR, PUTING YG LUKA TU SAYA LETAK.MINYAK GAMAT. PASTU BABY SAYA HISAP N MINYAK GAMAT TU MASUK DALAM BADAN DIA. AGAK2 NI ANTARA FAKTOR KE KUNING ANAK SAYA X TURUN2 N NAJIS DIA MASIH KEHITAMAN WALAUPUN DAH HARI KE 10?

Shockingly doktor angguk. Ye. Ubat gamat yg masuk dlm badan anak bersama air susu itu bagi kesan pada tahap jaundis dlm badan dia.

Ok. Saya baru tau. Ampunnn adik naqib umi x tau. After sy stop letak minyak gamat kat luka tu bacaan kuning mula menurun n najis dah x kehitaman.


HABIS TU MCMN SAYA NAK SEMBUHKAN LUKA TU?

Caranya ambik susu badan tu. Titiskan pd luka tu n teruskan bg baby menyusu mcm biasa.

Ngilu?

Tell me if anyone knows any other option. ;)

***

Will continue ;)

Sunday, November 16, 2014

Susu

Another reminiscing n3..

Last year I wrote this..

http://mylilcutie.blogspot.com/2013/12/kisah-hadif-masuk-hospital-parttwo.html

And posted this on my IG

Susu Buat Hadif

Dari rumah ke hospital

That was 51 weeks ago

***

Today

The milk is delivered home from hospital


Susu Buat Naqib

 Hari ni umur adik Naqib 13 hari
Kuning masih ada
Tapi dlm trend menurun

Umi pun makin sihat
harap boleh balik rumah cepat

Bila org dah sihat disimpan lelama dlm wad jadi rasa nak sakit balik dah ni

Doktorrr saya nak balikkkkk...!!!




Catatan Dari Hospital
Katil 3 Wad 5F
Hospital Sultanah Nur Zahirah